Aku insan yang tiada cita-cita

CITA-CITA harus ada asasnya. Cita-cita bukan halusinasi, ia harus ditunjangi oleh prasyarat dan pemboleh ubah tertentu. Itu pandanganku. Umpamanya jika seseorang itu berada dalam aliran Sastera yang lemah Matematik dan Sains, masakan dia boleh menganyam cita-cita untuk menjadi seorang mahasiswa perubatan ataupun kejuruteraan.

Jika seseorang itu bencikan bidang politik dan tidak mahir berdebat, apatah lagi beretorika melalui hujah-hujah bernas, lagi kaya dengan kemahiran komunikasi memujuk, masakan ia boleh mengelabang cita-citanya sebagai Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya sebagai politikus. Banyak pemboleh ubah yang seharusnya selari dengan cita-cita. Faktor masa, latar belakang ekonomi, persekitaran, latar keluarga, umur, pendidikan dan lain-lain lagi, semuanya memberi kesan pada penggarapan cita-cita itu...

Dengan kemiskinan yang menyelubungi hidup zaman kanak-kanak dan remajaku, aku tidak pernah menganyam cita-cita! "Membujur lalu, melintang patah!" itu sahaja falsafahku ketika aku tamat pengajianku di tingkatan lima dahulu, malah sebelumnya lagi. Apa yang penting bagiku ketika itu ialah mengumpul wang untuk kegunaanku pada masa depan. Kegunaan untuk apa, aku sendiri tidak tahu. Ia seperti memboloskan diri dalam kegelapan pekat bangat di tengah-tengah belantara yang tidak pasti destinasinya, dan aku hanya bergantung kepada ketentuan Allah.

Lalu, pada suatu hari aku bertekad untuk mencari kerja di kawasan Perindustrian Perai. Jaraknya kira-kira 25 kilometer dari rumah nenekku. Aku mengayuh Basikal sejak pagi. Soal kudrat tidak menjadi masalah kerana aku sememangnya terkenal di sekolah sebagai pelari jarak jauh. Pernah mewakili Pulau Pinang dalam MSSM bagi acara berkenaan. Malah, setiap petang pula waktu senggang, aku berlari dari Pantai Penaga sehingga ke Kuala Muda.

Pada hari ini pun, walaupun telah lama meninggalkan zaman Persekolahan, kawan-kawan lama-lamaku masih mengenali diriku sebagai "Rahmat Runner" suatu gelaran yang tidak membanggakanku kerana sukan bagiku tidak membawa aku ke mana-mana, kecuali semangat juang untuk menang, usaha keras dan keazaman. Mungkin itulah nilai yang amat mahal aku peroleh daripada kegiatanku dalam sukan.

Pernah dalam suatu perjumpaan dengan TYT Tun Abdul Rahman Abbas, Gabenor Pulau Pinang setahun lalu, (TYT Tun adalah anak kelahiran kampungku), Tun sendiri memanggilku "Rahmat Runner" dan aku sekadar tersenyum dengan gelaran yang didendangkan sedemikian. Sampai sahaja di kawasan Perindustrian Perai, dalam kepenatan yang mengasak, aku meninjau-ninjau jika ada notis jawatan kosong di pintu pagar setiap kilang yang aku lintasi.

Banyak notis yang aku temui dalam tulisan Cina dan Inggeris. Pastinya kilang-kilang di situ kebanyakannya milik usahawan Cina. Alangkah baiknya jika ia milik usahawan Melayu, maka boleh juga aku mengadu dan merayu agarku diambil bekerja. Beberapa kilang telah aku singgah, hanya pengawal keselamatan yang melayaniku. Aku hampir kecewa. Waktu ketika itu sudah pukul 2.00 petang. Aku tahu kerana aku dapat melihat pekerja kilang yang berpusu-pilsu memasuki semula bangunan operasi setelah berehat untuk makan tengah hari. Sedangkan aku masih belum menjamah apa-apa dan belum juga solat Zuhur.

Rasa lapar mula menyelinap perutku sedangkan aku masih menggagahi mengayuh basikalku dan meninjau-ninjau notis pada setiap kilang yang aku lintasi. Ketika itu aku sudah sampai ke penghujung jalan kawasan perindustrian itu, dan di situlah aku nampak sebuah kilang gas dan notis kerja kosong di pintu pagarnya. Aku temui pengawal keselamatan di pintu pagar dan dia benarkan aku masuk untuk bertanya pegawai di kaunter pejabat. Segera aku membaca ayat suci 'Seribu Dinar', "Wamai yat takillah..."

Sememangnya sudah lebih seratus kali rasanya aku membaca ayat suci itu sejak mula mengayuh basikalku dari rumah nenek. Dengan tenagaku yang masih lemah dan keringat yang lencun di dada, aku melangkah masuk ke dalam pejabat untuk menemui pegawai di kaunter pelanggan. Aku menyusun senyuman yang amat lebar. “Mau kerja ka? Lu cuci tong gas," tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang kakitangan berbangsa Oina, yang kemudiannya memperkenalkan dirinya sebagai Teoh.

“Ya tuan, mau kerja!”

“Satu hari kerja lu dapat tiga ringgit. Hari Sabtu satu ringgit lima kupang. Hari Ahad takda kerja. Boleh ka?”

“Ya... ya boleh," jawabku dengan penuh semangat tanpa mahu tawar-menawar untuk bayaran yang lebih.

“Boleh ka?” pegawai Cina itu bertanya seperti tidak yakin dengan pengakuanku.

“Ya boleh!” aku tinggikan lagi suaraku, sedangkan pegawai Cina itu agaknya seperti tidak percaya dengan persetujuanku.

“Okey, esok datang kerja. Kita mula pukui 8.00 pagi. Tak boleh lambat. Habis kerja pukui 5.00!”

“Ya, ya... boleh!”

Persetujuanku itu berbaur dengan pelbagai persoalan dalam fikiranku. Pukul 8.00? Nak keluar dari rumah pukul berapa? Sanggupkah aku mengayuh basikal sejauh 25 km dari rumah nenek dan pergi-balik sejauh 50 km setiap hari? Bolehkah aku melestari rutin harian sedemikian?

“Tulis nama, nombor IC. Esok kasi gambar pasport!”

“Ya ya... boleh!” jawabku dengan penuh semangat; semangat tiga ringgit sehari.

Dengan kegembiraan yang tercanai dengan kesangsian, aku mula menghitung gaji tiga ringgit sehari itu untuk lima hari seminggu dan pada hari Sabtu, satu ringgit setengah. Dalam seminggu aku akan dapat RM16.50 dan dengan hitungan empat minggu (sebulan) aku akan dapat RM66 sebulan.

Untuk makan mungkin aku akan membelanjakan satu ringgit lima puluh sen, dan aku masih ada lagi iebihan seringgit lima puluh sen sehari. Bermakna dalam sebulan aku akan belanja RM36 dan masih ada RM30 lagi. Untuk nenek RM10 dan untuk Tok Wan RM10 sebulan, dan aku masih boleh simpan RM10. Setahun aku dapat simpan RM120. Aku tidak pasti apakah itu cukup untuli survivalku, dan selama mana aku akan bekerja dengan gaji sedemikian? Ahhhh... manusia yang sifar cita-cita seperti aku sanggup menerima apa sahaja.

Jlka takdirnya aku terpaksa mencuci tong gas sepanjang hidupku, itulah yang akan aku redhakan kecuali jika Allah mahu mengubahnya. Keesokannya selepas solat Subuh kira-kira pukul 6.15 pagi, aku mula mengayuh basikalku dengan gagahnya. Itulah hari yang merakamkan sebuah persimpangan dalam sejarah hidupku, bekerja kilang dengan gaji RM66 sebulan.

Aku sampai di pintu pagar kilang pada kira-kira pukul 7.10 pagi. Aku mengambil masa kira-kira 55 minit untuk mengayuh basikal. Baru aku sedar ia masih terlalu awal. Aku tidak dibenarkan masuk, kecuali setelah pejabat dibuka. Pejabat dibuka pada kira-kira pukul 7.40 pagi. Pekerja-pekerja lain mula tiba seorang demi seorang. Di kaunter, aku mula berurusan dengan Teoh. Dia pengurus kilang rupanya.

Setelah urusan menyediakan kad kerja selesai, aku diperkenalkan kepada seorang pekerja di pelantar cucian bernama Murugan. Aku dapat tahu kemudiannya bahawa dia penyelia dipelantar cucian itu. Dia mula mengarahku tentang pekerjaan yang harus aku buat. Tidaklah rumit, sekadar membasuh tong-tong gas yang diturunkan daripada treler. Ubat pencuci disediakan, dan berus juga disediakan. Ahh... kerja yang mudah! Tidak menguji sedikit pun daya keintelektualanku.

Kebanyakan pekerja yang membasuh tong gas di pelantar cucian itu adalah berketurunan India dan kesemuanya lelaki. Mereka memandang aku dengan pandangan yang tidak mesra, mungkin itu sekadar persepsiku sahaja. Tapi aku lihat penampilan Murugan, agak berbeza. Dia mengajarku tentang kerja-kerja yang harus aku lakukan. Sekali-sekala dia mahu bertanya aku itu dan ini. Lalu pada waktu-waktu yang berlalu, aku lebih banyak bertegur sapa dengan Murugan dan berbual mesra dengannya, sedangkan pekerja-pekerja India yang lain seperti tidak menyedari kehadiranku.

Murugan juga mengajarku menggolek tong-tong gas secara bertindan tegak. Pada mulanya ada yang jatuh tergolek dan agak membahayakan, tetapi lama-kelamaan aku menjadi mahir. Tong gas yang bertindan dua dapat aku golekkan dengan agak pantas dari treler ke pelantar cucian dan kemudiannya ke pelantar pengisi gas.

Nyaris maut angkara samseng

Pada tengah hari, hari yang kedua aku bekerja, ketika berehat untuk makan dan solat, barulah aku mula melihat pekerja Melayu yang lain. Mereka rupanya bertugas menghantar tong gas ke serata bandar sehingga ke Kuala Lumpur dan Alor Setar. Salah seorang daripadanya ialah Abang Man. Aku berkenalan, bukan sahaja dengan Abang Man tetapi juga dengan pekerja-pekerja yang lain. Namun Abang Man, lelaki Perai itu, lebih rapat denganku.

"Rahmat, Abang Man nak pesan, jangan lupa sertu tangan, sebab pada tong-tong gas itu ada serpihan-serpihan daging b**i" kata lelaki yang aku panggil Abang Man itu. Aku terkejut dan termangu dengan nasihat itu kerana hari sebelumnya aku tidak menyertu. Ya, pastinya benar nasihat Abang Man itu sebab tong-tong gas itu kebanyakannya dilanggani restoran Cina.

"Ada tanahkah di sini Abang Man? Nak guna untuk sertu!"

"Ada, kat sebelah hujung paip di pelantar basuh tu. Memang disediakan atas permintaan kami!"

"Ohh... bagus. Terima kasih Abang Man kerana mengingatkan saya!"

"Hmmm satu lagi... abang nak pesan. Berjaga-jagalah dengan pekerja-pekerja India tu. Samseng belaka. Kalau ada apa-apa beritahu abang!"

"Hmmm... baiklah Abang Man!"

Aku mula termenung panjang dan sekali gus terasa ada juga pelindungku di tempat yang asing bagiku ini. Belum selesai kegelisahanku, aku mula terhidu sesuatu yang tidak sihat tentang perhubungan kaum di kilang itu.

"Lu baik-baik, kalau lu lebih-lebih lu mampuih ho!"

Aku terdengar seorang pekerja lndia menengking pekerja Cina di situ, yang entah apa puncanya aku pun tidak tahu. Pekerja Cina itu hanya mendiamkan diri. Aku pasti dia rasa tidak selamat jika mahu bertekak. Aku tidak mahu mengambil tahu dan terus membasuh tong-tong gas pada pelantar cucian itu. Pada suatu petang selepas rehat tengah hari, bulan kedua aku bekerja di kilang itu, Teoh datang menemui aku.

"Rahmat, lu boleh tolong kira berapa tong masuk plant dari pagi tadi?" Selalunya Teoh sendiri yang menyempurnakan laporan keluar-masuk tong gas itu.

“No problem boss. Can you get me a pen and i will do tbat. I think there bave been five downloadings this morning and all the tanks are placed in the south corner" kataku pada Teoh.

"Hurrmmm... you can speak English, Rahmat?"

"Just in simple corwersation..." aku senyum pada Teoh.

"Ok then... this is the balance sheet, and can you please fill in those appropriate columns with numbers of tanks that come in and go out."

"No problem boss. I will do that." kataku dengan keyakinan dan perasaan dihargai, setelah melihat dan memahami borang keluar-masuk tong gas yang diberikan padaku itu.

"Ahh kerja mudah ni!" bisik hatiku. Rupa-rupanya percakapanku dengan Teoh itu seperti membangkitkan rasa tidak selesa pekerja-pekerja India di situ. Mereka mula memandang sinis padaku. Kemudiannya baharulah aku tahu, bahawa mereka tidak senang dengan Teoh dan mungkin juga mereka tidak senang dengan mana-mana pekerja yang baik dengan Teoh. Tetapi mereka lupa bahawa aku baik dengan semua orang di situ tanpa prejudis dan perasaan rasisme pada sesiapa. Lagipun tiada alasan untuk aku bermusuh dengan sesiapa.

Petang itu, kira-kira pukul 4.45 petang, Teoh datang padaku dan meminta aku kembalikan kepadanya borang berkenaan yang telah aku sempurnakan. Murugan membelek-belek angka-angka yang telah aku tulis. Namun aku pasti dia tidak tahu apa yang telah aku buat. Teoh meneliti apa yang telah aku tulis.

"Ohh you can more than I had expected Rahmat," kata Teoh dengan kagum. Aku hanya mengukir senyuman.

Dia mula mengarahkan Murugan untuk mengira semua tong yang ada di pelantar masuk dan pelantar keluar sebagai tindakan semakan. Teoh mula mencatatkan sesuatu dan dia seperti berpuas hati dengan bacaan pada balance sheet yang telah aku sempurnakan itu.

"Hmmm Rahmat you have done a good job. Tomorrow I want you to put on a proper attire and I want you to work with me in the office and not here anymore. I will pay you more," kata Teoh dengan wajahnya yang ceria. Aku terkedu. Pekerja India lain di pelantar itu mula memandangku dengan kebencian yang tebal. Ada yang berbisik: "Bodek... bodek..."

Aku persetankan semua itu. Murugan tersenyum sinis padaku. Aku tidak dapat membaca apa yang ada pada hkiran mereka, dan semua itu tidak perlu aku lambakkan dalam jiwaku yang tersimbah kegembiraan ketika itu. Esoknya aku berpakaian kemas, walaupun terpaksa mengayuh basikal sejauh 25 km dari rumah nenek ke kawasan Perindustrian Perai. Sejak pagi itu, aku lebih banyak diberikan tugas-tugas perkeranian, mengisi borang itu dan ini dan ada juga ketikanya Teoh mahu aku menulis surat tertentu kepada pelanggan. Gaji aku dinaikkan daripada tiga ringgit sehari kepada enam ringgit sehari. Aku amat bersyukur kepada Allah kerana memurahkan rezekiku.

Bila tiba waktu makan tengah hari Teoh akan membawaku ke restoran Mamak yang berdekatan. Aku mula berfikir untuk terus bekerja di situ kerana Teoh sudah mula meyakini diriku dan mahu aku terus bersama syarikat kendaliannya. Pada suatu pagi, kira-kira pukul 11.30 pagi, pada bulan ketiga aku bekerja di situ, sebuah treler penghantar gas tiba dari Ipoh. Pastinya kelindan treler berasa amat kepenatan setelah semua muatan tong gas dikeluarkan.

Pada pagi yang malang itu juga aku ke tandas untuk menunaikan tuntutan alam. Tiba di tandas aku melihat Rajoo, seorang kelindan treler sedang terbaring keletihan. Dia sedar aku masuk. "Ayoyo banyak litih ho... Tarak tahan juga," katanya setelah melihat kehadiranku. "Rehatlah Rajoo. Kalau letih macam mana mahu buat kerja," kataku dengan senyuman yang tercerna dengan rasa simpati.

Sebagaimana biasa selepas itu, aku menyambung kerjaku di pejabat. Sejurus itu Teoh pula masuk ke tandas dan aku terdengar bunyi orang bertekak. Aku tidak mempedulikannya dan terus tekun dengan mesin taip di hadapanku. Teoh masuk semula ke pejabat dengan wajah yang muncah dengan kemarahan. Aku tidak tahu apa puncanya.

Petang esoknya setelah tamat waktu kerja, aku mencapai basikalku untuk pulang. Tiba di satu persimpangan lorong pintas yang agak terpencil menuju ke jalan utama di kawasan perindustrian itu aku ternampak beberapa orang pemuda India sedang berkumpul seakan-akan sedang membuat sekatan jalan. Lorong itu sememangnya adalah lorong basikal.

"Hei lu berhenti!" jerit salah seorang pemuda India dalam kalangan mereka seramai tujuh orang itu. Rupa-rupanya jeritan itu dituju padaku. Ketika itu jugalah aku perasan bahawa ada antara mereka itu yang pernah aku lihat di kilang. Di tangan masing-masing terdapat benda tajam; pisau, parang dan besi paip yang runcing hujungnya.

Aku tergamam. Ketika itu jugalah aku mula mengingati seni silat Kuningan yang diajarkan oleh bapa saudaraku yang dituntutnya di Indonesia. Ketika ini jugalah aku mula membaca jampi serapah memakan kaca dan mengelak daripada lut senjata tajam yang selama itu tidak pernah aku amalkan.

“Hmm apa halnya ni,” fikiranku tertanya-tanya.

"Lu repot sama Teoh itu Rajoo ada tidok!" tengking salah seorang daripada mereka.

"Mana ada? Saya tak ada repot apa-apa. Dia mau tidok dia penat, itu dia punya pasailah," balasku. Aku tahu penjelasanku untuk membela diri sudah tidak penting lagi bagi mereka.

Aku segera melihat sekeliling, jika ada sesuatu yang boleh aku jadikan senjata untuk menghadapi api kemarahan mereka. Tiba-tiba aku nampak sebilah parang melayang ke dadaku. Aku segera berpencak dan menepis dengan lenganku. Bagaikan besi bertemu besi dengan bunyi 'kelengking' yang kuat. Kemudian tertuju pula pada kepalaku besi runcing. Aku menepis lagi dan aku lihat besi itu membengkok. Nampaknya jampi serapahku menjadi.

Kumpulan pemuda India itu bertambah marah dan terpinga apabila melihat aku masih berdiri tegak; tanpa darah, tanpa kecederaan yang menyakitkan, sekalipun mengadoi. Aku bersedia menerima apa jua kemungkinan. Mereka mula memaki-hamun dalam bahasa ibunda mereka. Aku tidak tahu apa tindakan mereka berikutnya. Pada waktu yang sama itu juga tiba-tiba aku terdengar suara yang amat aku kenali. Suara itu datang dari arah belakangku.

"Hoi..." dia menjerit diikuti dengan bahasa Tamil yang tidak aku fahami. Namun aku kenal itu suara Murugan. Pada sangkaanku Murugan yang berbadan besar tiga kali ganda daripada tubuhku juga mahu menyerangku dari belakang. Aku mula berpencak. Tetapi sebaliknya dia melindungi aku dan seperti memarahi kumpulan pemuda India di hadapanku itu.

Mereka mula bertengkar dengan Murugan dengan hujah-hujah yang aku tidak fahami. Melalui gayanya, aku pasti Murugan telah mengugut dan memberi amaran kepada mereka. Kemudiannya mereka berdiam diri dan seorang demi seorang mengundur dengan basikal masing-masing. Tapi ada yang menunjukkan tanda amaran keras kepadaku. "Satu hari lu mati!" pekiknya padaku.

Aku hanya mendiamkan diri dengan rasa bersyukur kerana perbalahan itu tamat di situ sahaja. Namun aku tidak tahu apa akan berlaku pada hari-hari yang mendatang.

"Rahmat... lu ada sakit ka?" tanya Murugan.

"Tak ada anei. Sikit saja," jawabku ringkas.

"Itu semua gila punya orang," balas Murugan.

"Terima kasih anei. Dia cakap Rajoo kena buang kerja pasai saya report dia tidok dalam tandas. Saya tidak report apa-apa anei."

"Itu Rajoo memang malas kerja. Sudah banyak kali dia tidok dalam tandas. Teoh sudah lama warning dia. Itu semua gila punya orang," kata Murugan kepadaku seperti membela aku.

"Terima kasih anei. Anei sudah tolong saya. Saya pun tak tahu kalau anei lambat datang tadi. Kalau saya tak mati, mesti ada kawan depa yang mati," kataku untuk menyatakan bahawa aku tidak gentar meskipun dengan senjata tajam mereka.

Murugan kemudiannya mengayuh basikalnya beremba-remba dengan basikalku perlahan-lahan sambil berbual sehingga ke persimpangan Jalan Mak Mandin. Mungkin dia mahu memastikan yang aku selamat pulang. Kemudiannya aku terus membelok ke arah Kepala Batas dan dia terus berkayuh ke arah Butterworth.

Pada keesokannya aku tidak pergi kerja dan aku menelefon Teoh dan menceritakan segala-galanya yang telah berlaku. Aku mahu dia menganggap aku telah berhenti kerja. Teoh mahu aku membuat laporan polis. Tetapi, apakah itu tindakan penyelesaian yang terbaik? Teoh juga beria-ia mahu aku terus bersama kerja di kilang gas itu. Dia menjanjikan gaji yang lebih wajar dan lumayan. Namun sayangnya aku telah membuat keputusan muktamad!

Namun pada hujung bulan itu Teoh membuat temu janji denganku untuk membayar baki gajiku yang belum aku tuntut. Sejak itu juga segala harapan masa depanku pada kilang gas itu tertutup rapat. Rezeki aku bukan di kilang itu lagi, namun aku masih insan yang tiada cita-cita... sehingga ke hari ini.

Skone Eropah vs Biskut Butter Madu Amerika
Cuti anak bandar, cuti anak kampung
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Planet bumi kita sentiasa menghasilkan sesuatu mengejutkan manusia seperti ia memaparkan bunga api, ikan-ikan yang berkilauan, gunung-ganang yang besar dan macam-macam lagi. Kami menyediakan gambar-ga...
Apakah itu Revolusi Perindustrian?Revolusi Perindustrian bermula di Great Britain. Kebanyakan inovasi teknologi awal berasal daripada British. Perkembangan perdagangan dan kebangkitan perniagaan adala...
Coca-Cola merupakan salah satu jenama minuman yang besar dan terkenal di dunia. Lebih daripada 1.9 bilion hidangan minuman dinikmati lebih daripada 200 buah negara setiap hari. Samada anda merupakan s...
Sesetengah orang berfikir jika nak tambah pendapatan melalui blogger mestilah menggunakan Google Adsense atau periklanan pada laman web kita. Sebenarnya ada cara yang lain lagi untuk jana pendapatan i...
FONT berwarna merah tebal, terpampang di tirai e-mel yang saya terima daripada orang yang tak dikenali. Syarikatnya beroperasi di Cheras, Kuala Lumpur, sama seperti iklan bekerja dari rumah yang perna...
Sejarah dunia penuh dengan misteri yang mengejutkan. Tiada seorang pun daripada kita akan hidup cukup lama untuk melihat semua misteri diselesaikan. Tetapi ia sentiasa menarik untuk melihat beberapa p...
Kampung Giethoorn, di Belanda terkenal dengan ciri-ciri yang paling unik iaitu anda tidak akan menemui mana-mana kenderaan seperti kereta, bas, lori atau seumpamannya di sini. Pekan kecil yang indah i...
Kita biasanya berfikir bahawa cara kehidupan kita berbeza dengan orang purba yang mana tradisi pelik, bahasa yang tidak dikenali, dan sebagainya. Tetapi ahli arkeologi menunjukkan bahawa padangan kita...
Hidup ni kita kenalah mempunyai perasaan. Kalau tidak ada perasaan, sila meninggal. Kami di sini menyenaraikan beberapa kelakuan yang boleh memberikan kita rasa seronok, gembira, lega, tenang dan seum...
Apa itu pengurusan sisa?Pengurusan sisa atau pelupusan sisa adalah semua aktiviti dan tindakan yang diperlukan untuk menguruskan sisa dari awal penghasilannya sehinggalah kepada peringkat pelupusan te...
Dahulu mudah mencari durian sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya di Petaling Street, Chow Kit, Kampung Baru dan Petalin Jaya. Beberapa tahun sebelum ini banyak juga kawasan yang menawarkan “Duria...

Teknologi

Fakta

Filem