Apabila pintu langit terbuka

Di ruang dapur orang itulah tempat Jamhuri seisi keluarga berlindung daripada hujan dan panas. Memang, ruang dapur itu terlalu sempit untuk sebuah keluarga tinggal bersama, tapi apakan daya... Tatkala hujan, tempat tidur mereka basah akibat ditimpa titisan hujan yang jatuh dari celahan atap yang bocor. Malah, di situlah Jamhuri dan adik-adiknya tidur berlantaikan tikar mengkuang dan berbantalkan lengan.

Kemiskinan juga membuatkan Jamhuri tidak dapat bersama kanak-kanak lain berada di alam persekolahan. Hanya mimpi-mimpi indah saja yang mampu mengalihkan perhatian hidupnya dari kesusahan yang dialaminya. Tapi ibunya selalu berpesan: "Jika bermohon doa kepada Allah, bermohonlah dengan bersungguh-sungguh. Angkatlah tangan bersungguh-sungguh nescaya apabila pintu langit terbuka, doa kita akan dimakbulkan!"

Begitulah takdir yang terpaksa dilalui Jamhuri, seorang budak kampung yang kesempitan hidup dan tidak dapat menghabiskan alam persekolahannya. Pagi-pagi lagi dia terpaksa bangun untuk bekerja di Ladang Trolak mengambil upah menanam sawit dengan tauke Cina. Kerjanya membersihkan kawasan hutan kemudian memikul anak kelapa sawit ke dalam lubang-kibang yang telah digali.

Walaupun upahnya sedikit, cukup untuk Jamhuri menabung dan membeli sedikit keperluan rumah. Dia sanggup lakukan apa saja demi sesuap nasi untuk keluarga selagi terdaya. Dia tidak pernah putus harapan. Doa ibunya menjadi azimat dan bekal setiap saat dan waktu. Selain bekerja di ladang, asal ada saja peluang untuk dia meraih hasil upah seperti memanjat pokok kelapa, berkebun atau membajak tanah. Namun rezeki di kampung tidaklah seberapa.

Setelah meningkat remaja sekitar usia 14 tahun, Jamhuri berhijrah pula ke Bangi di Selangor. Di sana dia bekerja menyusun batu bata membina bangunan Pusat Latihan Malayan Banking Bangi. Upahnya tidaklah memberangsangkan, hanya sekadar RM15 sehari.

Penat bekerja kontrak, Jamhuri merantau semula ke negeri kelahirannya Perak dan mencari peluang pekerjaan di bandar raya Ipoh. Sampai di Ipoh, dia menumpang tidur di Masjid Negeri di hadapan stesen kereta api selama tiga hingga empat hari. Jamhuri berdoa lagi seperti pesan ibunya supaya Tuhan membukakan pintu rezeki untuknya. Suatu hari Jamhuri berkenalan dengan seorang remaja yang tinggal di Kuala Pari, bekerja di sebuah kilang getah milik syarikat Jepun di Jalan Lahat, Ipoh.

Melalui kenalannya inilah Jamhuri dan seorang remaja dari Kelantan bernama Rafi dapat bertemu bos kilang untuk sesi temuduga. Akhirnya, Jamhuri dan Rafi di tawar bekerja di kilang tersebut dengan upah sebanyak lapan ringgit sehari. Dia dan rakan baiknya ini kemudian menyewa di sebuah rumah beratap rumbia di Kuala Pari dengan bayaran sewa sebanyak RM40 sebulan.

Di kilang getah inilah Jamhuri membina kerjayanya. Selama bekerja di kilang getah ini jugalah dia menyimpan wang dan seterusnya berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, seawal usia 19 tahun. Apabila sudah berkeluarga, tanggungjawab Jamhuri semakin besar. Dia bekerja bersungguh-sungguh sehinggalah dinaikkan pangkat sebagai ketua bahagian dan dihantar bekerja ke kilang di Yokohama, Jepun pada tahun 1995 ketika berusia 25 tahun.

Setelah menimba pengalaman di negara matahari terbit selama tidak sampai setahun, Jamhuri dilantik sebagai pengurus besar operasi dan dihantar bertugas ke Shanghai, di China. Di sana, dia bertugas di kawasan perkampungan yang majoriti penduduknya juga hidup melarat. Akibat kemiskinan, penduduk disana terpaksa memakan anjing untuk memanaskan badan ketika cuaca sejuk.

Namun, Jamhuri tidak lama di Shanghai, beberapa bulan kemudian dia kembali ke tanah air dan bekerja semula di kilang lamanya. Begitulah perjalanan hidup anak muda ini. Siapa sangka kerjayanya naik mendadak setelah berusaha dan berdoa seperti pesan ibunya. Namun, ujian datang lagi. Pada tahun 1997, negara mengalami kegawatan ekonomi. Seperti rakan-rakannya yang lain Jamhuri turut merasai keperitan akibat diberhentikan kerja dan mendapat pampasan sebanyak RM30 ribu.

Sepanjang tiga tahun, 1997 hingga 1999, Jamhuri terpaksa menganggur. Dia tidak lupakan doa seperti yang dititipkan oleh ibunya. Dia percaya rezeki ada di mana-mana asalkan berusaha. Dia sanggup melakukan apa saja untuk mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarganya hatta menyapu sampah di Plaza Yik Foong, di Ipoh. Biarlah segala harta, rumah, kereta terpaksa dijual asalkan dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Malah dia tidak merasa malu untuk meminjam motosikal jiran untuk keluar bekerja di bahagian pemasaran sebuah perusahaan. Biarpun peluang pekerjaan amat sukar tetapi berkat doa tidak putus-putus dia berjaya mendapat kerja di sebuah kilang keluli sebagai pekerja am. Suatu hari Jamhuri mendapat idea untuk berniaga. Pengalaman selama enam bulan sebagai pekerja am di kilang keluli berkenaan dimanfaatkan untuk memulakan perniagaan.

Dia bermula secara kecil-kecilan, membeli bahan mentah, mesin-mesin lama dan menyewa tapak kilang. Dari sinilah, Jamhuri belajar mengawal produk, membuat satu barangan dan menjualnya. Keuntungan daripada barangan tersebut dijadikan sebagai modal pusingan. Walaupun keuntungannya sedikit, tetapi Jamhuri bersyukur pintu rezekinya masih terbuka. Dia percaya segala pesan ibunya. Selagi berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh, selagi itulah pintu rezeki akan terbuka. Perlahan-lahan per-niagaan membuat barang-barang daripada keluli tahan karat miliknya mendapat sambutan.

Daripada merangkak, bertatih dan mula berjalan, perlahan-lahan perniagaannya berkembang maju hingga mampu membeli tanah di Kuala Selangor untuk dijadikan kilang barangan keluarannya, Great Tool SDN. BHD. Produk keluarannya mendapat sambutan daripada pelanggan terutamanya daripada industri perusahaan restoran. Pengalamannya yang pernah turun padang di bahagian pemasaran dahulu memberi kelebihan lelaki ini mengenal pasti sasaran pelanggan.

Bertitik tolak dari situlah Jamhuri langsung tidak menoleh ke belakang. Dia melayari arus perniagaan dengan bersemangat tambahan lagi tidak ramai usahawan bumiputera yang menceburi bidang ini. Sungguhpun berdepan dengan kos yang meningkat dan barangan yang tidak dapat dikawal, Jamhuri terkesan dengan segala ujian yang ditempuhinya sepanjang bergelut dengan kesusahan hidup semasa zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Hari ini walaupun sudah berlalu 12 tahun lamanya, Jamhuri masih berasa pelik bagaimana seorang budak kampung yang tidak habis sekolah, tidak mempunyai ijazah malah tidak tahu berbahasa Inggeris memiliki empayar perniagaannya sendiri. Bagi Jamhuri kejayaan tidak datang bergolek kecuali setelah berusaha, berikhtiar dan berdoa bersungguh-sungguh. Malah sehingga sekarang dia tetap memegang pesan ibunya supaya berdoa bersungguh-sungguh.

"Angkatlah tangan bersungguh-sungguh nescaya apabila pintu langit terbuka, doa kita akan dimakbulkan!" begitulah pesan ibunya yang tidak pernah dilupai Jamhuri sampai bila-bila.

Nota: DATUK Seri Jamhuri Abd. Rahman merupakan salah seorang usahawan bumiputera yang berkecimpung dalam industri keluli tahan karat yang jarang-jarang dipelopori oleh golongan bumiputera. Kini di bawah penjenamaan baru syarikatnya Steel bakal melonjak hasil sebanyak RM100 ribu seminggu. Beliau turut mempelawa golongan belia untuk menyertainya sama-sama membangunkan modal insan menuju kecemerlangan dunia dan akhirat.

Merdekanya si belatuk itu
Hebatnya tentera nyamuk
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Sejarah dunia penuh dengan misteri yang mengejutkan. Tiada seorang pun daripada kita akan hidup cukup lama untuk melihat semua misteri diselesaikan. Tetapi ia sentiasa menarik untuk melihat beberapa p...
PERFUME berasal dari bahasa Latin "per" (Melalui) dan “fumum” (Asap).Zaman dahulu ketika awal muncul minyak wangi, ia diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Cara pembuatannya adalah melalui kaedah:Meneka...
Bluestacks adalah sebuah syarikat teknologi Amerika yang menghasilkan perisian pemain BlueStacks dan produk berasaskan awan yang lain. Perisian pemain BlueStacks direka untuk membolehkan aplikasi Andr...
Kita biasanya berfikir bahawa cara kehidupan kita berbeza dengan orang purba yang mana tradisi pelik, bahasa yang tidak dikenali, dan sebagainya. Tetapi ahli arkeologi menunjukkan bahawa padangan kita...
Dahulu mudah mencari durian sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya di Petaling Street, Chow Kit, Kampung Baru dan Petalin Jaya. Beberapa tahun sebelum ini banyak juga kawasan yang menawarkan “Duria...
Pada cuti sekolah lalu, saya membawa anak-anak menonton sekuel ketiga filem Narnia. Kami pilih panggung yang menggunakan teknik 3D. Tetapi anda tahu berapa kosnya? Jangan terkejut, untuk tiket tiga de...
Terdapat eksperimen mudah tertentu yang akan menarik perhatian kanak-kanak. Mereka mungkin tidak sepenuhnya memahami penjelasan yang ada tetapi mereka akan mengingati akan hasilnya sepanjang hidup mer...
Terdapat lebih satu bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia pada masa ini. Walaubagaimanapun tidak semua yang tahu fungsi-fungsi WhatsApp secara keseluruhan kerana tidak mengetahuinya. Di sini kami ...
Kertas, gam dan bakat. Ini adalah kombinasi yang digunakan oleh artis Jepun Manabu Kosaka untuk membuat jam tangan replika yang sempurna. Kerja itu sangat teliti dan lengkap. Pencapaian terbesar Kosak...
Wahai anakku!Lihatlah ke arah burung berdada putih di atas pohon itu. Kepaknya berbulu hitam putih bagai salju di tanah hitam. Bulu dari tengkuk hingga ke kepalanya bagai matahari berwarna oren sewakt...
Kisah lorworth Hoare, perogol bersiri yang dihukum penjara seumur hidup dan memenangi hadiah loteri tujuh juta pound (RM49 juta) pada ketika dahulu adalah sebuah cerita yang menakutkan. Bukannya nak b...

Teknologi

Fakta

Filem