Batik dan keunikkannya

BATIK MAKIN UNIK

Batik adalah salah-satu cabang seni penghasilan kain dalam industri tekstil. Batik telah menjadi warisan Negara Malaysia. Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, khususnya negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik di Malaysia. Sungguhpun Batik adalah sebuah warisan negara, ia tidak menjadi sejarah terhenti, sebaliknya ia terus berkembang pada segala aspek seperti teknik pembuatan, reka corak, warna dan penggunaan bahan. Justeru, kini masyarakat Malaysia dapat melihat pelbagai kategori batik seperti:

Batik Blok

Batik blok dikenali sebagai batik terap, batik cap atau batik pukul. Batik blok dihasilkan melalui penggunaan blok kayu atau blok besi atau tembaga. Blok yang diukir akan timbul  dengan corak-corak menarik. Cara membuatnya adalah dengan mencelupkan blok ke dalam pewarna sebelum ditekan ke atas kain.

Teknik blok ini adalah antara teknik tertua yang digunakan dalam penghasilan batik.

Batik Canting

Batik canting juga dikenali sebagai batik lukis atau batik tulis. Batik canting dilukis tangan menggunakan kaedah mencanting; iaitu campuran lilin cair dimasukkan ke dalam alat canting dan kemudian dilakar di atas permukaan kain dasar yang diregang di atas pemidang. Proses mencanting ini dilakukan bagi membentuk motif dan reka corak batik yang telah dilukis. Batik canting atau batik lukis ini adalah batik yang paling popular sehingga ke hari ini kerana corak dan motifnya unik dan tampak eksklusif.

Batik Ela

Batik ela ialah batik blok yang dihasilkan dalam ukuran yang panjang serta boleh dipotong dan dijahit untuk dijadikan pakaian. Batik ela dijual seperti kain ela, keratannya mengikut keperluan dan kehendak pengguna.

Batik Pelangi

Batik pelangi ialah batik yang berwarna-warni yang dihasilkan menggunakan teknik ikat celup. Ia juga dikenali sebagai teknik pelangi. Batik jenis ini sesuai dipakai ketika bersantai di tepi pantai seperti Pareo.

Batik Sarung

Batik sarung ialah pakaian harian masyarakat tempatan di Malaysia. Banyak kaum yang memakai batik sarung, contohnya kaum Melayu, India, Mamak dan Baba Nyonya. Boleh dikatakan batik sarung sesuai dipakai bersama pelbagai jenis baju atas seperti baju kurung, baju Kedah, baju kebaya dan blaus. Kain batik sarung boleh dibuat dengan menggunakan teknik blok, canting atau cetakan skrin. Rupa bentuk kain batik sarung terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kepala, badan dan kaki (gigi) kain.

Batik Skrin

Batik skrin, ada yang memanggilnya dengan nama batik stensil atau batik sutera saring. Proses membuat batik jenis ini dimulakan dengan meregangkan kain polyester di atas pemidang, kemudian motif-motifnya dilukis dengan menggunakan kain organdie. Bahan lacquer digunakan pada pemidang tersebut kerana ia berfungsi sebagai stensil. Bagi menghasilkan sehelai kain batik skrin, beberapa keping pemidang dengan corak yang berbeza diperlukan. Pelbagai produk boleh dihasilkan melalui teknik Batik Skrinseperti pakaian, topi, beg dan aksesori wanita.

Batik Kemeja

Batik Kemeja kini semakin banyak pemakainya. Ramai orang lelaki di Malaysia yang memakai Batik Kemeja ketika menghadiri majlis-majlis rasmi. Batik Kemeja juga sering dipakai oleh penjawat awam dan dianggap pakaian rasmi pada setiap hari Khamis.

Warna dan corak batik, memang cantik dan mempersona.

Penulis terkejut melihat perkembangan terbaru batik. Sekarang batik dijumpai dalam industri pembuatan kek. Rupanya sangat menarik dan unik. Ia patut diperluaskan lagi terutamanya sebagai tarikan kepada industri pelancongan Negara Malaysia.

Di Negara Indonesia, Kek Kartika sudah menjadi kebiasaan bagi pelancong yang datang ke Bandung. Penulis berharap semoga Kek Gulung Batik akan menjadi pilihan utama untuk buah tangan oleh pelancong luar negara, seperti popularity Kek Kartika di Bandung.

Sumber rujukan: Ensiklopedia Kraf Malaysia, Cetakan Pertama 2012, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Jana pendapatan dengan Facebook Instant Articles, ...
Adakah anda tahu berapa lamakah gelas dan plastik ...
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Seniman moden sering mengkritik dunia kita yang tidak sempurna dalam karya mereka. Gunduz Agayev adalah seorang seniman sedemikian, tetapi karya-karyanya berbeza sama sekali.Gunduz tidak takut menunju...
Boss ajak makan malam. Sampai di Jaya 33 Mall, Petaling Jaya, kami pusing-pusing tengok spot yang best untuk melepak. Pilihan kami malam ini ialah untuk melepak di restoran yang berkonsepkan café. Ada...
Wahai anakku!Lihatlah ke arah burung berdada putih di atas pohon itu. Kepaknya berbulu hitam putih bagai salju di tanah hitam. Bulu dari tengkuk hingga ke kepalanya bagai matahari berwarna oren sewakt...
Filem ini mengisahkan seorang budak perempuan yang bernama Shahida warganegara Pakistan yang bisu terpisah dengan ibunya di negara asing India. Budak ini bertemu seorang pemuda warganegara India yang ...
Pada cuti sekolah lalu, saya membawa anak-anak menonton sekuel ketiga filem Narnia. Kami pilih panggung yang menggunakan teknik 3D. Tetapi anda tahu berapa kosnya? Jangan terkejut, untuk tiket tiga de...
Sejarah dunia penuh dengan misteri yang mengejutkan. Tiada seorang pun daripada kita akan hidup cukup lama untuk melihat semua misteri diselesaikan. Tetapi ia sentiasa menarik untuk melihat beberapa p...
Anda tahu tentang Roselle? Roselle ialah sejenis bunga daripada keluarga Malvaceae. Ia adalah salah-satu daripada kumpulan Bunga Raya. Nama botanikalnya ialah Hibiscus sabdariffa L. Di negara – negara...
Robot sudah menjadi kehadiran yang biasa dalam industri perkilangan. Tidak dinafikan bahawa robot-robot di kilang telah membuat aktiviti perkilangan menjadi semakin senang, membolehkan pengeluaran pro...
Facebook Messenger telah membuat banyak peningkatan sejak setahun yang lalu dan kini anda boleh menghantar gambar resolusi tinggi ke senarai. Bermula hari ini, Facebook melancarkan keupayaan untuk men...
Apa itu pengurusan sisa?Pengurusan sisa atau pelupusan sisa adalah semua aktiviti dan tindakan yang diperlukan untuk menguruskan sisa dari awal penghasilannya sehinggalah kepada peringkat pelupusan te...
Jika anda memikirkan betapa banyak perkara pelik dan luar biasa yang terdapat di dunia tetapi tidak merasakan keajaiban kewujudannya. Anda mungkin telah bosan untuk hidup barangkali, tetapi kami pasti...

Teknologi

Fakta

Filem