BR1M 2018: Kemaskini dan permohonan baru dibuka pada 27.11.2017 sehingga 31.12.2017

KUALA LUMPUR – Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin 27.11.2017 sehingga 31.12.2017 ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, berkata permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian melalui portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN.

“Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my,” katanya.

Kementerian itu berkata pasangan kepada penerima BR1M tahun lepas yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun lepas perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018.

Bagi penerima sedia ada, pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial yang lain.

“Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui lama sesawang https://ebr1M.hasil.gov.my.

“Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat,” menurut kementerian berkenaan.

Katanya mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Bajet 2018 mengumumkan pemberian BR1M pada tahun hadapan akan diteruskan dengan pengekalan kadar maksimum RM1,200. –Bernama

Sumber: Sinar Harian

Sejarah dan asal usul teh yang telah menjadi kegem...
Jam kertas 3d yang kelihatan realistik
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Ia adalah fakta yang diketahui bahawa wanita hidup lebih lama daripada lelaki. Sekiranya anda tidak pernah fikirkan tentang sebab-sebab fenomena ini, kompilasi foto lucu dari kami akan menerangkan ban...
21.12.12 telah pun lama berlalu. Jelaslah kiamat sebagaimana diuar-uarkan oleh media Barat tidak berlaku. Hakikatnya kiamat pasti akan berlaku tetapi manusia tetap tidak tahu bila ia akan tiba.Terbukt...
Total Image Converter menukarkan imej kepada format lain, potong, mengubah saiz dan memusingkannya. Menukar TIFFs besar menjadi JPEG kecil, menghasilkan gambar yang sesuai untuk laman web atau memulih...
Coca-Cola merupakan salah satu jenama minuman yang besar dan terkenal di dunia. Lebih daripada 1.9 bilion hidangan minuman dinikmati lebih daripada 200 buah negara setiap hari. Samada anda merupakan s...
Pada cuti sekolah lalu, saya membawa anak-anak menonton sekuel ketiga filem Narnia. Kami pilih panggung yang menggunakan teknik 3D. Tetapi anda tahu berapa kosnya? Jangan terkejut, untuk tiket tiga de...
Sejarah dunia penuh dengan misteri yang mengejutkan. Tiada seorang pun daripada kita akan hidup cukup lama untuk melihat semua misteri diselesaikan. Tetapi ia sentiasa menarik untuk melihat beberapa p...
Biasanya, kita dengan mudah melihat pemuzik, pengarah, dan pelakon yang mempunyai tabiat buruk sebagai perkara seharian. Mereka adalah orang yang kreatif. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada ...
Seniman moden sering mengkritik dunia kita yang tidak sempurna dalam karya mereka. Gunduz Agayev adalah seorang seniman sedemikian, tetapi karya-karyanya berbeza sama sekali.Gunduz tidak takut menunju...
Filem ini mengisahkan tentera laut Amerika Syarikat membangunkan projek penerbangan untuk menangani pengganas antarabangsa dan musuh-musuh negara dengan cepat dan senyap, dan pengurus projek Kapten Ge...
Kecelakaan besar menimpa seluruh umat Islam apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bakal mengumumkan peralihan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.Bahaya sekali tindakan T...
Pada tahun 2043, pengkhianat James Cole (Aaron Stanford) telah direkrut oleh pasukan saintis "Project Splinter" yang diketuai oleh ahli fizik Katarina Jones (Barbara Sukowa) untuk menghantar kembali k...

Teknologi

Fakta

Filem