Churros: Sejenis donut lain daripada yang lain

Boss ajak makan malam. Sampai di Jaya 33 Mall, Petaling Jaya, kami pusing-pusing tengok spot yang best untuk melepak. Pilihan kami malam ini ialah untuk melepak di restoran yang berkonsepkan café. Ada penghawa dingin, lampu sekeliling warna oren, tidak padat dengan pelanggan dan yang penting ada menyediakan kopi ais.

Kopi ais adalah minuman kegemaran saya. Boleh dikatakan apa saja jenis kopi ais saya akan minum. Dan saya seorang yang “adventurous”. Saya suka mencuba sesuatu yang baru terutamanya makanan dan minuman.

Malam ini saya memesan Churros.

Churros?

Saya tak pernah jumpa sesuatu makanan yang bernama Churros. Dalam menu restoran ini, saya membaca terjemahan Churros sebagai sejenis donut berasal dari negara Sepanyol Ini pertama kali saya mencuba Churros.

Biasanya donut, bentuknya adalah bulat. Tetapi Churros berbentuk jejari. Cara memasak donut ialah dengan kaedah menggoreng. Tetapi Churros dimasak melalui kaedah dibakar dalam oven. Jika donut, hiasannya adalah dari bentuk gula atau sira coklat. Tetapi Churros dimakan dengan cara mencicah ke dalam sos coklat.

Memang luar biasa Churros ini daripada donut yang biasa saya lihat!!! Kerana rasa ingin tahu tentang Churros, saya mengkaji tentang Churros.

SEJARAH CHURROS

Asal-usul Churros dapat ditentukan secara pasti. Terdapat dua teori yang terkenal tentang asal-usul Churros:

Teori pertama:

  • Mencadangkan bahawa Churros dibawa ke Eropah dari China oleh orang Portugis. Orang Portugis belayar ke negara Timur (Orient). Dikatakan ketika orang Portugis kembali ke Portugal pada zaman  Dinasti Ming, mereka membawa bersama-sama teknik masakan kulineri, termasuk mengubah doh youtiao (yóuzháguǐ) menjadi Churros. Tetapi bentuk doh baru ini diubah daripada rupa doh yang ditarik-tarik kepada doh berbentuk yang anda lihat sekarang.

Teori kedua:

  • Churro dibuat oleh gembala-gembala yang berada di Sepanyol. Gembala-gembala ini membuat Churros untuk menggantikan makanan-makanan bakeri segar. Pes Churros mudah dibuat dan boleh digoreng di tempat api terbuka di kawasan pergunungan, menjadikan ia pilhan utama bagi gembala-gembala untuk menghabiskan sebahagian besar masa menggembala mereka.

RESIPI CHURROS

Melalui kajian yang saya lakukan, barulah saya tahu bahawa cara memasak Churros adalah sama ada menggoreng dalam minyak yang penuh atau membakar dalam oven.

CHURROS BAKAR

Bahan-bahan:

  • 2 sudu teh gula perangs
  • 1/2 sudu the garam
  • 1/3 cawan marjerin atau mentega
  • 1 cawan tepung serba guna
  • 2 biji telur
  • 1 sudu ekstrak vanila
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis (atau secukup rasa)
  • Sos coklat (untuk cicah)

Cara memasak:

  1. Panaskan ketuhar hingga 425 darjah F.
  2. Tutup dua helai baking sheet dengan kertas parchment; mengetepikan.
  3. Dalam periuk sederhana, kacau 1 cawan air bersama gula perang dan garam. Masukkan mentega dalam periuk itu. Pasangkan api sederhana tinggi. Panaskan adunan tadi sehingga mentega cair dan campuran mula mendidih.
  4. Angkat periuk dari api.
  5. Tambahkan tepung dalam periuk itu. Kacau adunan dengan senduk kayu.
  6. Dalam bekas lain, gabungkan telur dan vanila. Kocakkan telur dan vanilla itu. Masukkan gabungan telur ini ke dalam periuk yang berisi adunan tepung tadi.
  7. Kacau sehingga telur  sebati dalam adunan tepung.
  8. Pindahkan doh ke dalam beg paip yang dilengkapi dengan penghias Ateco tip # 867.
  9. Bakar doh selama 10-12 minit atau sehingga sedikit kembang di dalam oven.
  10. Selepas itu, tukar setting oven kepada setting grill. Perhatikan dengan teliti semasa di peringkat grill ini kerana doh akan cepat bertukar kepada warna perang keemasan. Jangan sampai doh terbakar !!!!!!
  11. Keluarkan doh yang sudah perang keemasan. Sejukkan.
  12. Taburkan gula dan serbuk kayu manis ke atas Churros yang hampir sejuk.
  13. Hidangkan Churros bersama Sos Coklat.

CHURROS GORENG

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air
  • 2 1/2 sudu besar gula putih
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu minyak sayuran
  • 1 cawan tepung serba guna
  • 2 sudu minyak untuk menggoreng
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • Sos coklat (untuk cicah)

Cara memasak:

  1. Dalam periuk kecil di atas api sederhana, gabungkan air, 2 1/2 sudu besar gula, garam dan 2 sudu minyak sayuran. Didihkan dan angkat periuk dari api. Masukkan tepung dan kacau sehingga campuran membentuk bola.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng dalam kuali pada suhu 375 darjah F (190 darjah C). Gunakan acuan jejari dan tekan bahan ke dalam minyak panas (menggunakan beg pastri).
  3. Goreng hingga warna keemasan. Alas Churros yang telah dimasak ke atas kertas servet.
  4. Taburkan 1/2 cawan gula dan serbuk kayu manis atas Churros. Hidangkan bersama sos coklat.

Disusun oleh: UMMU ABDILLAH AL-MADANI

Perkara yang remeh tapi berbahaya
Celakanya jerat zionis menjelajah Baitulmaqdis
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Bluestacks adalah sebuah syarikat teknologi Amerika yang menghasilkan perisian pemain BlueStacks dan produk berasaskan awan yang lain. Perisian pemain BlueStacks direka untuk membolehkan aplikasi Andr...
Biasanya, kita dengan mudah melihat pemuzik, pengarah, dan pelakon yang mempunyai tabiat buruk sebagai perkara seharian. Mereka adalah orang yang kreatif. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada ...
Dahulu mudah mencari durian sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya di Petaling Street, Chow Kit, Kampung Baru dan Petalin Jaya. Beberapa tahun sebelum ini banyak juga kawasan yang menawarkan “Duria...
Teh adalah minuman berkafeina dan dihasilkan daripada daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis atau Camellia thea di dalam air panas dan sejuk, melalui cara rendaman atau campuran. Cara pemproses...
Sejarah dunia penuh dengan misteri yang mengejutkan. Tiada seorang pun daripada kita akan hidup cukup lama untuk melihat semua misteri diselesaikan. Tetapi ia sentiasa menarik untuk melihat beberapa p...
Anda tahu tentang Roselle? Roselle ialah sejenis bunga daripada keluarga Malvaceae. Ia adalah salah-satu daripada kumpulan Bunga Raya. Nama botanikalnya ialah Hibiscus sabdariffa L. Di negara – negara...
KUALA LUMPUR – Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin 27.11.2017 sehingga 31.12.2017 ini.Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, be...
ARPG 3D FINAL FANTASY pertama di Malaysia dan Singapore telah dilancarkan, dan akan membawa anda ke penciptaan dunia. SQUARE ENIX telah memberi kebenaran, ARPG FF 3D pertama di Malaysia dan Singapore,...
Di ruang dapur orang itulah tempat Jamhuri seisi keluarga berlindung daripada hujan dan panas. Memang, ruang dapur itu terlalu sempit untuk sebuah keluarga tinggal bersama, tapi apakan daya... Tatkala...
Filem ini mengisahkan seorang budak perempuan yang bernama Shahida warganegara Pakistan yang bisu terpisah dengan ibunya di negara asing India. Budak ini bertemu seorang pemuda warganegara India yang ...
Kisah ini terjadi pada tahun 2010 dimana ketika itu umurku 25 tahun. Aku seorang lelaki berasal dari pantai timur yang merantau jauh dari keluarga untuk mencari rezeki di Klang Selangor. Aku menyewa s...

Teknologi

Fakta

Filem