Dunia Tidak Mustahil: Pekerja robot pengganti tenaga manusia di farmasi

Robot sudah menjadi kehadiran yang biasa dalam industri perkilangan. Tidak dinafikan bahawa robot-robot di kilang telah membuat aktiviti perkilangan menjadi semakin senang, membolehkan pengeluaran produk berskala besar (mass production), ketepatan (precision) dan pelbagai kebaikan lain.

Kehadiran robot pada masa kini (Revolusi Perindustrian yang ke-empat) akan memasuki era yang lebih maju kerana robot-robot akan memasuki ke bahagian pekerjaan berorientasikan layanan baru seperti dalam bidang farmasi. Diramalkan menjelang tahun 2021, kita bakal mempunyai ahli farmasi yang terdiri daripada robot pertama di Amerika Syarikat.

Perkara ini tidak mustahil kerana Pusat Perubatan UCSF telah bergantung pada perkhidmatan "farmasi robot" automatik semenjak 5 tahun yang lepas. Robot farmasi di UCSF telah bekerja mengisi preskripsi ubatan mengikut dos dan bilangan biji ubat-ubatan. Robot ini melakukan kerjanya dengan cermat pada tingkat ketepatan sebanyak 100% tepat.

Wow!!!! Memberansangkan!!!

Sedarkah anda, dengan adanya teknologi maju yang sebegini hebat, ahli farmasi suatu hari nanti akan kehilangan pekerjaan mereka?

Jika robot-robot farmasi diletakkan bekerja di seluruh hospital, justeru kerja apakah yang bakal dilakukan oleh ahli-ahli farmasi?

Dr. Marilyn Stebbins, profesor farmasi dan naib pengerusi inovasi klinikal di UCSF berkata "Teknologi dan automasi akan menggantikan perkara-perkara yang selama ini dilakukan oleh ahli-ahli farmasi tradisional. Oleh itu, jika ahli-ahli farmasi tidak dapat membuktikan nilai mereka di luar peranan mereka yang sedia ada, automasi (robot) akan menang. Akhirnya sumber tenaga kerja robot akan diambil dalam dunia farmasi kerana ia akan menjadi lebih jimat."

Kajian oleh Dr. Steven Silverstein PharmD BCPS, Assistant Director of Pharmacy Comprehensive Pharmacy Services, Mercy Hospital and Medical Center, 2525 S. Michigan Ave., Chicago, mengatakan bahawa “Penggunaan automasi farmasi dianggap sebagai alat untuk meningkatkan keselamatan pesakit dan kecekapan bagi jabatan farmasi. Melaraskan keperluan aliran kerja farmasi dan definisi semula staf adalah penting apabila melaksanakan automasi farmasi.”

Kajian Dr. Steven selama 2 tahun terhadap penggunaan robot di bahagian pemberian ubat, menunjukkan kecekapan sebanyak 71%. Tetapi apabila pembaikan dijalankan dan proses penggunaan robot seawal dari peringkat pengambilan ubat dari kabinet stok ubatan, kecekapan meningkat kepada paras 85% hingga 90%. Kajian kes ini memberi petunjuk bahawa penggunaan robot di jabatan farmasi adalah lebih baik untuk keselamatan pesakit seperti menerima jenis ubat yang betul dan pada dos yang betul.

Contoh robot farmasi:

Sumber Rujukan:

  1.  Sage Journals, Article by Dr. Steven Silverstein on “Pharmacy Automation and Workflow Implicatons : A Case Study”.
  2. Pedersen, CA, Schneider, PJ, Scheckelhoff, DJ. ASHP national survey of pharmacy practice in hospital settings: Dispensing and administration—2008. Am J Health Syst Pharm 2009; 66: 926–46.
  3. Oswald, S, Caldwell, R. Dispensing error rate after implementation of an automated pharmacy carousel system. Am J Health Syst Pharm 2007; 64: 1427–31.
  4. American Society of Health-System Pharmacists. ASHP guidelines on the safe use of automated medication storage and distribution devices. Am J Health Syst Pharm 1998; 55: 1403–7.
  5. Kuiper, SA, McCreadie, SR, Mitchell, JF. Medication errors in inpatient pharmacy operations and technologies for improvement. Am J Health Syst Pharm 2007; 64: 955–9.
  6. Nursing, pharmacy benefit from ROBOT-Rx medication dispensing solution [Evergreen Hospital Medical Center] (Case Study). Cranberry Township, PA: McKesson Automation, Inc., 2008.
  7. Witkowski, P. Case study: Novel ways automation enhances medication safety. Am J Health Syst Pharm 2007; 64: S21–3.
  8. Article by Mallory Pickett, KQED Science, Published on April 28, 2016.
  9. Article by Cadie Thompson, Tech Insider, Published on November 12, 2015.

Disusun oleh: Ummu Abdillah Al-Madani

Perfume dan asal usulnya
Revolusi Perindustrian Keempat: Apakah maksud dan ...

Artikel Berkaitan

 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Joomla! adalah sistem pengurusan kandungan percuma dan sumber terbuka (CMS) untuk menerbitkan kandungan laman web. Selama bertahun-tahun Joomla! telah memenangi beberapa anugerah. Ia dibina di atas ra...
Terdapat lebih satu bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia pada masa ini. Walaubagaimanapun tidak semua yang tahu fungsi-fungsi WhatsApp secara keseluruhan kerana tidak mengetahuinya. Di sini kami ...
Facebook Messenger telah membuat banyak peningkatan sejak setahun yang lalu dan kini anda boleh menghantar gambar resolusi tinggi ke senarai. Bermula hari ini, Facebook melancarkan keupayaan untuk men...
Boss ajak makan malam. Sampai di Jaya 33 Mall, Petaling Jaya, kami pusing-pusing tengok spot yang best untuk melepak. Pilihan kami malam ini ialah untuk melepak di restoran yang berkonsepkan café. Ada...
Apa itu pengurusan sisa?Pengurusan sisa atau pelupusan sisa adalah semua aktiviti dan tindakan yang diperlukan untuk menguruskan sisa dari awal penghasilannya sehinggalah kepada peringkat pelupusan te...
Kisah lorworth Hoare, perogol bersiri yang dihukum penjara seumur hidup dan memenangi hadiah loteri tujuh juta pound (RM49 juta) pada ketika dahulu adalah sebuah cerita yang menakutkan. Bukannya nak b...
Admin telah menggunakan perisian ini lebih dari 7 tahun dan ianya betul-betul memuaskan. Sekarang ni pun admin masih lagi menggunakannya utk domain http://majalah.me, http://jpjkpptest.com dan lain-la...
Kembang kempis hidung Abdul Ghani Ali apabila tercium bau busuk daripada tong sampah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang diselongkar. Satu per satu beg hitam yang bertimbun itu dikir...
Dunia berubah dengan cepat dan kita bersama-sama dengannya. Malangnya, tidak semua perubahan ini adalah untuk kebaikan kita.Sesetengah orang telah menyatakan keprihatinan mereka tentang kita melalui s...
Raymond "Red" Reddington, bekas pegawai perisikan angkatan tentera laut AS yang telah menghilangkan diri lebih dua puluh tahun lalu kini menjadi salah satu daripada sepuluh pelarian paling dikehendaki...
Ia adalah fakta yang diketahui bahawa wanita hidup lebih lama daripada lelaki. Sekiranya anda tidak pernah fikirkan tentang sebab-sebab fenomena ini, kompilasi foto lucu dari kami akan menerangkan ban...

Teknologi

Fakta

Filem