Durian & Alibaba

Dahulu mudah mencari durian sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya di Petaling Street, Chow Kit, Kampung Baru dan Petalin Jaya. Beberapa tahun sebelum ini banyak juga kawasan yang menawarkan “Durian Buffet” seperti di Hentian Rehat Bukit Merah, Tapak Ekspo Seberang Jaya, R&R Seremban dan lain-lain tempat.

Tetapi tahun 2017 buah Durian umpama ketandusan. Sudahlah musimnya sepatut tiba sekitar bulan Jun ke Disember. Kelibat musim durian baru kelihatan di bulan Disember. Apakah faktor kelewatan ini? Adakah ia berpunca daripada alam semulajadi seperti keadaan cuaca kemarau, bah ataupun  disebabkan kelewatan proses polinasi? Ataupun ia disebabkan oleh faktor campur tangan manusia? Harga buah Durian juga semakin tidak masuk akal. Pernah penulis ternampak sebiji durian Musang King di sebuah pasar raya berharga RM130 pada bulan Oktober 2017 !!!!

Hari ini (17/12/2017) penulis berjumpa dengan 8 ulas durian yang diletakkan dalam satu piring berharga RM40 di sebuah pasaraya jimat.

Pada 24/11/2017, penulis menghadiri sebuah seminar bersama Kementerian Pengajian Tinggi bertempat di KLCC Convention Centre. Pada seminar tersebut, salah-sebuah syarikat online iaitu AliBaba dijemput. Penulis terhibur dengan pembentangan yang dibuat dalam seminar tersebut. Syarikat AliBaba memberitahu bahawa mereka sudah bekerjasama dengan syarikat online terkenal dari Malaysia iaitu Lazada. Berita menarik bagi penulis adalah syarikat AliBaba akan menawarkan jualan durian secara online.

Adakah jualan durian secara online ini memanfaatkan para pengguna terutamanya para peminat durian?

Bagaimanakah cara pembungkusan durian online?

Bagaimanakah bentuk durian yang akan diterima oleh pengguna, mungkinkah ia durian segar atau durian sejuk-beku?

Penulis tak sabar juga nak tahu…….

Disusun Oleh: Ummu Abdillah Al-Madani

12 Monkeys: Rancangan tv sci-fi yang menarik untuk...
The Blacklist: Rancangan tv konspirasi yang menari...
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Anda tahu tentang Roselle? Roselle ialah sejenis bunga daripada keluarga Malvaceae. Ia adalah salah-satu daripada kumpulan Bunga Raya. Nama botanikalnya ialah Hibiscus sabdariffa L. Di negara – negara...
Filem ini mengisahkan tentera laut Amerika Syarikat membangunkan projek penerbangan untuk menangani pengganas antarabangsa dan musuh-musuh negara dengan cepat dan senyap, dan pengurus projek Kapten Ge...
21.12.12 telah pun lama berlalu. Jelaslah kiamat sebagaimana diuar-uarkan oleh media Barat tidak berlaku. Hakikatnya kiamat pasti akan berlaku tetapi manusia tetap tidak tahu bila ia akan tiba.Terbukt...
Planet bumi kita sentiasa menghasilkan sesuatu mengejutkan manusia seperti ia memaparkan bunga api, ikan-ikan yang berkilauan, gunung-ganang yang besar dan macam-macam lagi. Kami menyediakan gambar-ga...
Bluestacks adalah sebuah syarikat teknologi Amerika yang menghasilkan perisian pemain BlueStacks dan produk berasaskan awan yang lain. Perisian pemain BlueStacks direka untuk membolehkan aplikasi Andr...
PERFUME berasal dari bahasa Latin "per" (Melalui) dan “fumum” (Asap).Zaman dahulu ketika awal muncul minyak wangi, ia diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Cara pembuatannya adalah melalui kaedah:Meneka...
Teh adalah minuman berkafeina dan dihasilkan daripada daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis atau Camellia thea di dalam air panas dan sejuk, melalui cara rendaman atau campuran. Cara pemproses...
Sekiranya anda kehilangan cd driver komputer, anda tidak perlu risau lagi. Kini Snappy driver dapat membantu anda dengan mengesan dan menyediakan segala jenis driver untuk semua jenis komputer sama ad...
Kisah ini terjadi pada tahun 2010 dimana ketika itu umurku 25 tahun. Aku seorang lelaki berasal dari pantai timur yang merantau jauh dari keluarga untuk mencari rezeki di Klang Selangor. Aku menyewa s...
Malam 24hb Disember 2017 penulis berada di sebuah majlis makan malam. Terdapat banyak makanan yang tuan rumah hidangkan antaranya Kari Kambing, Ayam Kurmak, Sayur Cendawan campur, Sup Ketam Surimi, ku...
Jika anda memikirkan betapa banyak perkara pelik dan luar biasa yang terdapat di dunia tetapi tidak merasakan keajaiban kewujudannya. Anda mungkin telah bosan untuk hidup barangkali, tetapi kami pasti...

Teknologi

Fakta

Filem