Fenomena semulajadi yang menakjubkan kelihatan mustahil

Planet bumi kita sentiasa menghasilkan sesuatu mengejutkan manusia seperti ia memaparkan bunga api, ikan-ikan yang berkilauan, gunung-ganang yang besar dan macam-macam lagi. Kami menyediakan gambar-gambar yang membuktikan alam semuladi mempunyai imaginasi yang sangat menakjubkan.

Kilat Dalam Gunung Berapi

Terletak di teluk yang indah di pulau selatan Kyushu, gunung berapi 1,117 meter ini telah menjadi gergasi selepas tidur selama tiga tahun yang lalu sebelum tercetusnya gunung berapi ini. Kejadian itu berlaku pada pukul 12:02 pagi pada hari Selasa tahun 2013 di kawah gunung Showa, yang mengakibatkan asap abu 5,000 meter tinggi.

Lingkaran Ajaib Di Namibia

Penyiasat fenomena misteri ini menunjukkan bahawa ia adalah "karya" dari anai-anai gurun.

Tambak Batu Gergasi

Ini adalah terjadi daripada letusan gunung berapi purba di Ireland Utara. Ia menghasilkan rupa bumi yang diliputi dengan 40,000 tiang basalt yang kukuh.

Awan Seperti Berputar

Awan-awan ini terjadi di Georgia Utara, AS yang mana fenomena semulajadi yang jarang berlaku.

Kilat Yang Menyambung-Nyambung

Pancaran kilat ini muncul di atas air 140-160 hari pada waktu malam setahun selama sepuluh jam sehingga 280 kali per jam. Ianya berlaku di sungai Catatumbo, Venezuela.

Ketam Merah di Pulau Christmas

Setiap tahun, kira-kira 43 juta ketam merah bergerak secara besar-besaran ke laut untuk meletakkan telur mereka. Pihak berkuasa tempatan menutup hampir semua jalan selama seminggu supaya tidak mengganggu ketam-ketam tersebut itu. Tetapi ingat ketam ini tidak boleh dimakan kerana hidup di dua alam.

Lubang Biru Besar

Lubang biru besar ini adalah lubang untuk kapal selam gergasi di luar pantai Belize. Ia terletak berhampiran pusat Reef Lighthouse dari tanah besar dan Belize City. Lubang ini berbentuk bulat, 318m (1,043 kaki) dan 124m (407 kaki) dalamnya.

Awan Gelombang Kasar

Awan ini dipanggil "Undulatus Asperatus" atau gelombang kasar. Awan jenis ini berbentuk agak misteri, baru-baru ini dimasukkan dalam klasifikasi oleh ketua Persatuan Penghargaan Awan.

Tasik Natron, Tanzania

Tasik air masin ini yang mana terjadi melalui mata air yang panas, adalah satu-satunya tempat yang kelihatan seperti kemerah-merahan.

Tasik Danau

Tasik Danau Kanada adalah rizab magnesium sulfat, kalsium dan natrium terbesar di dunia.

Pintu Ke Neraka, Turkmenistan

Ini adalah kebakaran di lombong gas yang berlaku pada tahun 1971. Ini disebabkan kecuaian oleh penyelidik dan ianya masih belum berhenti sampai sekarang.

Batu Tongkol Bulat Di New Zealand

Hakisan dengan tindakan gelombang batu lapis yang terdiri daripada batuan dasar tempatan dan tanah runtuh setempat menyebabkan terhasilnya batu yang bulat.

Buih Ais Yang Mudah Terbakar

Ini adalah buih metana yang terperangkap di dalam ais di Tasik Abraham, Kanada. Metana ialah sebatian kimia dengan formula kimia CH4. Ia adalah sejenis alkana yang mudah terbakar yang merupakan komponen utama gas asli. Ia barangkalinya merupakan sebatian organik yang paling banyak dijumpai di Bumi, menjadikan ia bahan api yang menarik. Walau bagaimanapun, metana sukar diangkut dari sumbernya kerana sifat gasnya dalam keadaan normal.

Ikan Sardin

Dari bulan Mei hingga Julai, berbilion ikan sardin bergerak sepanjang pantai dari Utara ke Timur Afrika Selatan.

Awan Tsunami

Gelombang besar yang melanda Sydney ini telah mengejutkan seluruh dunia.

Ribut pasir

Awan hujan ribut ini hampir menutup kem tentera ketika ia melalui Al Asad di Iraq, tepat pada malam pada 27 April 2005. Gambar di ambil oleh Korporal Alicia M. Garcia, Kor Marin A.S

Fungsi aplikasi WhatsApp yang mungkin anda tidak t...
Senarai perasaan terbaik di dunia

Artikel Berkaitan

 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Membuang sampah merata-rata adalah perbuatan yang tidak baik. Adalah tidak adil apabila seseorang perlu mengutip sampah yang dibuang oleh seseorang lain. Adakah anda bersikap tidak peduli andai sampah...
Wahai anakku!Lihatlah ke arah burung berdada putih di atas pohon itu. Kepaknya berbulu hitam putih bagai salju di tanah hitam. Bulu dari tengkuk hingga ke kepalanya bagai matahari berwarna oren sewakt...
Surimi pernah menjadi bahan perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (sila rujuk portal myhealth.gov.my). Hal ini berpunca daripada bahan utama dalam membuat surimi, iaitu Transglutaminase.1. Transglu...
PERFUME berasal dari bahasa Latin "per" (Melalui) dan “fumum” (Asap).Zaman dahulu ketika awal muncul minyak wangi, ia diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Cara pembuatannya adalah melalui kaedah:Meneka...
Seniman moden sering mengkritik dunia kita yang tidak sempurna dalam karya mereka. Gunduz Agayev adalah seorang seniman sedemikian, tetapi karya-karyanya berbeza sama sekali.Gunduz tidak takut menunju...
Filem ini mengisahkan kisah benar seorang lelaki berkulit hitam diculik dan dijual untuk dijadikan sebagai hamba. Pada tahun 1841, Solomon Northup adalah seorang lelaki Afrika-Amerika yang bekerja seb...
Boss ajak makan malam. Sampai di Jaya 33 Mall, Petaling Jaya, kami pusing-pusing tengok spot yang best untuk melepak. Pilihan kami malam ini ialah untuk melepak di restoran yang berkonsepkan café. Ada...
Apa itu pengurusan sisa?Pengurusan sisa atau pelupusan sisa adalah semua aktiviti dan tindakan yang diperlukan untuk menguruskan sisa dari awal penghasilannya sehinggalah kepada peringkat pelupusan te...
Kertas, gam dan bakat. Ini adalah kombinasi yang digunakan oleh artis Jepun Manabu Kosaka untuk membuat jam tangan replika yang sempurna. Kerja itu sangat teliti dan lengkap. Pencapaian terbesar Kosak...
Dahulu mudah mencari durian sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya di Petaling Street, Chow Kit, Kampung Baru dan Petalin Jaya. Beberapa tahun sebelum ini banyak juga kawasan yang menawarkan “Duria...
Di ruang dapur orang itulah tempat Jamhuri seisi keluarga berlindung daripada hujan dan panas. Memang, ruang dapur itu terlalu sempit untuk sebuah keluarga tinggal bersama, tapi apakan daya... Tatkala...

Teknologi

Fakta

Filem