Fungsi aplikasi WhatsApp yang mungkin anda tidak tahu

Terdapat lebih satu bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia pada masa ini. Walaubagaimanapun tidak semua yang tahu fungsi-fungsi WhatsApp secara keseluruhan kerana tidak mengetahuinya. Di sini kami menyenaraikan fungsi-fungsi WhatsApp yang mungkin sangat berguna kepada anda. Jom kita lihat senarai-senarai dibawah:

Membaca Mesej Tanpa Diketahui Oleh Penghantar

Kadangkala kita terbaca mesej yang dihantar oleh kawan-kawan dan keluarga pada waktu sibuk tanpa sempat membalasnya. Akhirnya kita lupa sehingga berjam-jam untuk membalas mesej menyebabkan mereka tersinggung kerana kita lambat membalas mesej mereka. Tapi jangan risau, kini WhatsApp menyediakan satu kemudahan di mana anda boleh membaca mesej yang dihantar oleh kenalan tanpa diketahui oleh mereka.

Cara-cara: Pergi ke Settings --> Account --> Privacy --> Pastikan Read Receipts tidak bertanda.

Kesimpulan: Jika anda menggunakan fungsi ini, anda juga tidak dapat mengetahui samada mesej anda dibaca juga oleh penerima di aplikasi WhatsApp. Adil bukan?.

Menghantar Lokasi Anda

Sekiranya anda dan kawan-kawan keluar melancong, kemudian kawan anda sesat. Anda boleh menggunakan ciri ini untuk memberitahu kawan dimana kedudukan anda sekarang. Perkongsian lokasi ini menggunakan aplikasi gabungan iaitu Google Maps dan GPS. Ianya sangat tepat. Anda juga boleh kongsi lokasi secara langsung dengan memilih "Share live location". Dengan ini anda boleh mengetahui secara langsung di mana pasangan anda berada haha.

Status Mesej Yang Dihantar

Setiap kali kita menghantar mesej, WhatsApp pasti akan menunjukkan status mesej seperti gambar di atas. Di sini kita boleh mengetahui secara langsung sama ada mesej kita berjaya dihantar dan dibaca oleh penerima. Mari kita semak:

  • Send message (icon seperti bentuk jam): Ini akan terjadi sekiranya talian internet telefon anda mengalami gangguan atau teruk menyebabkan mesej tidak dihantar kepada penerima.
  • Message delivered (icon satu tanda betul): Mesej berjaya di hantar tetapi masih lagi belum diterima oleh penerima. Ini biasanya berlaku apabila telefon penerima tiada talian internet ataupun telefon di tutup. Kehabisan bateri mungkin.
  • Message received (icon dua tanda betul berwarga kelabu): Mesej berjaya di hantar dan di terima tetapi penerima masih lagi belum membacanya.
  • Message read (icon dua tanda betul berwarna biru): Ini bermakna mesej anda telah di baca oleh penerima dengan jayanya.
  • Audio received (icon mikrofon berwarna hijau): Berjaya dihantar tetapi penerima masih lagi belum mendengarnya.
  • Audio heard (icon mikrofon berwarna biru): Berjaya dihantar dan didengar oleh penerima.

Menghentikan Bunyi Notis Mesej Baru

Ini sangat berguna sekiranya anda terlibat dengan kumpulan aktif dalam WhatsApp. Bunyi bising apabila setiap kali mesej baru masuk sudah pasti menggangu kehidupan anda. Dengan ciri ini anda kini boleh memilih mana-mana kumpulan atau orang yang mana yang hendak hentikan bunyi notis itu apabila ada mesej baru masuk daripada mereka.

Cara-cara: Pilih kumpulan atau senarai yang anda mahu kemudian pergi ke Mute notification dan pilihan akan keluar seperti dalam gambar di atas.

Menyembunyikan Kali Terakhir Menggunakan WhatsApp

Walaupun kita tak membaca mesej yang telah diterima tetapi orang tetap boleh tahu yang mana kita ada membuka aplikasi WhatsApp dengan melihat status kali terakhir kita menggunakan WhatsApp. Jadi untuk mengelak sudah tentu tidak berhasil bukan?. Jadi anda juga perlu memastikan status kali terakhir tidak dilihat oleh sesiapa.

Cara-cara: Pergi ke Settings --> Account -> Privacy --> Last seen = Nobody

Kesimpulan: Jika anda menggunakan ciri ini, anda juga tidak dapat melihat status kali terakhir orang lain juga tetapi berjaga-jaga, status dalam talian anda boleh dilihat sekiranya anda aktif menggunakan WhatsApp pada waktu itu.

Mendapatkan Semula Mesej Sedia Ada

Adakah anda risau jika mesej yang bertahun-tahun lamanya hilang apabila telefon di curi ataupun menukar ke telefon baru?. Kini anda boleh membuat salinan mesej dari telefon ke dalam talian secara automatik dengan menggunakan Google Drive Backup bagi pengguna Android atau iCloud bagi pengguna iPhone. Untuk menggunakan ciri ini, anda dikehendaki memiliki e-mel yang sah daripada Google (gmail). Daftar e-mel adalah percuma.

Cara-cara: Pergi ke Settings --> Chat --> Chat backup (Di sini anda boleh membuat pilihan samada membuat salinan secara manual ataupun setiap hari, mingguan dan bulanan).

Kesimpulan: Walaupun salinan secara terus ke Google Drive ini sangat bagus tapi ianya memiliki kekurangan yang mungkin anda tidak suka. Setiap salinan yang dilakukan ke Google Drive akan disalin semula dengan memadam salinan-salinan yang lama. Jadi jika anda hendak mendapatkan salinan yang sebelumnya adalah mustahil. Jadi pastikan anda membuat pilihan waktu salinan yang betul supaya tidak pening kepala di masa hadapan.

Membuat Panggilan

Fungsi ini sangat berguna sekiranya anda perlu membuat panggilan samada di dalam atau di luar negara. Tiada caj yang tersembunyi dan boleh bercakap seberapa lama yang anda mahukan. Tapi kena ingat, menggunakan ciri ini memerlukan talian internet yang stabil dan laju supaya perbualan tidak terputus-putus.

Cara-cara: Tekan butan panggilan di bahagian atas atau bawah aplikasi (bergantung pada sama ada anda berada di iOS atau Android), kemudian klik pada orang yang anda mahu hubungi. Sebagai alternatif di dalam Android, anda boleh mengklikkan pada gambar seseorang dalam ruangan mesej dan kemudian membuat panggilan melalui kotak yang muncul.

Akses Secara Terus Dari Komputer

Saya pasti anda sukakan kemudahan ini. Melalui WhatsApp laman sesawang, anda kini boleh membaca, membalas, membuat mesej bersuara melalui komputer dengan mudah dan pantas. Malah anda juga boleh kongsikan segala gambar dan video ke WhatsApp secara terus dari komputer anda.

Cara-cara: Pergi ke laman http://web.whatsapp.com/ kemudian pergi ke telefon bimbit anda dan buka aplikasi WhatsApp --> WhatsApp Web dan halakan kamera telefon anda ke komputer untuk imbas Kod QR yang terpapar di halaman sesawang. Selepas sesi pengesahan, anda terus boleh menggunakan laman sesawang WhatsApp tanpa perlu muat turun apa-apa.

Kesimpulan: Komputer dan telefon bimbit memerlukan talian internet untuk menggunakan kemudahan ini.

Mengurangkan Penggunaan Data Ketika Membuat Panggilan

Perlu di ingat, membuat panggilan dengan menggunakan WhatsApp di telefon bimbit akan melibatkan penggunaan data yang tinggi. Di sini WhatsApp ada menyediakan ciri-ciri di mana anda boleh mengurangkan kadar penggunaan data ketika membuat panggilan melalui aplikasi WhatsApp. Dengan ini anda tidak lagi perlu risau tentang penggunaan data di aplikasi WhatsApp.

Cara-cara: Pergi ke Settings --> Data usage --> Tandakan pada Low data usage seperti dalam gambar di atas.

Anda kini boleh menghantar gambar di Facebook Mess...
Fenomena semulajadi yang menakjubkan kelihatan mus...
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Planet bumi kita sentiasa menghasilkan sesuatu mengejutkan manusia seperti ia memaparkan bunga api, ikan-ikan yang berkilauan, gunung-ganang yang besar dan macam-macam lagi. Kami menyediakan gambar-ga...
Kecelakaan besar menimpa seluruh umat Islam apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bakal mengumumkan peralihan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.Bahaya sekali tindakan T...
21.12.12 telah pun lama berlalu. Jelaslah kiamat sebagaimana diuar-uarkan oleh media Barat tidak berlaku. Hakikatnya kiamat pasti akan berlaku tetapi manusia tetap tidak tahu bila ia akan tiba.Terbukt...
Ia adalah fakta yang diketahui bahawa wanita hidup lebih lama daripada lelaki. Sekiranya anda tidak pernah fikirkan tentang sebab-sebab fenomena ini, kompilasi foto lucu dari kami akan menerangkan ban...
Biasanya, kita dengan mudah melihat pemuzik, pengarah, dan pelakon yang mempunyai tabiat buruk sebagai perkara seharian. Mereka adalah orang yang kreatif. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada ...
CITA-CITA harus ada asasnya. Cita-cita bukan halusinasi, ia harus ditunjangi oleh prasyarat dan pemboleh ubah tertentu. Itu pandanganku. Umpamanya jika seseorang itu berada dalam aliran Sastera yang l...
Rupa kedua-dua makanan ini hampir serupa cuma rasanya berlainan.Skone adalah sejenis roti yang sering dimakan oleh orang Eropah pada waktu petang. Biasanya ia dihidangkan bersama teh, gabungan ini din...
Pada cuti sekolah lalu, saya membawa anak-anak menonton sekuel ketiga filem Narnia. Kami pilih panggung yang menggunakan teknik 3D. Tetapi anda tahu berapa kosnya? Jangan terkejut, untuk tiket tiga de...
Hidup ni kita kenalah mempunyai perasaan. Kalau tidak ada perasaan, sila meninggal. Kami di sini menyenaraikan beberapa kelakuan yang boleh memberikan kita rasa seronok, gembira, lega, tenang dan seum...
Dahulu mudah mencari durian sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya di Petaling Street, Chow Kit, Kampung Baru dan Petalin Jaya. Beberapa tahun sebelum ini banyak juga kawasan yang menawarkan “Duria...
Kisah ini terjadi pada tahun 2010 dimana ketika itu umurku 25 tahun. Aku seorang lelaki berasal dari pantai timur yang merantau jauh dari keluarga untuk mencari rezeki di Klang Selangor. Aku menyewa s...

Teknologi

Fakta

Filem