Hati hati membeli Surimi

Surimi pernah menjadi bahan perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (sila rujuk portal myhealth.gov.my). Hal ini berpunca daripada bahan utama dalam membuat surimi, iaitu Transglutaminase.

  • Transglutaminase ialah sejenis enzim yang digunakan sebagai kondisioner makanan untuk produk surimi.
  • Transglutaminase boleh diperolehi daripada sumber haiwan seperti:
    • protein plasma babi (porcine plasma protein).
    • protein plasma lembu (bovine plasma protein).
  • Transglutaminase dicampurkan ke dalam surimi supaya mengekalkan kestabilan kualiti surimi dengan membentuk gel-gel yang kuat.

Penggunaan protein plasma haiwan adalah dilarang kepada umat Islam walaupun ia hasil daripada lembu. Hal ini kerana:

  • Di dalam Al-Quran Al-Kareem, darah adalah dikategorikan sebagai najis.
  • Disebabkan itu, ia merupakan bahan yang haram untuk digunakan sebagai bahan makanan, walaupun dengan kuantiti yang sedikit. Tidak kiralah sama ada haiwan itu adalah haiwan yang hala dimakan atau cara sembelihannya adalah halal. Kerana yang menjadi perkara asas perbahasan adalah : Darah adalah Najis. Justeru ia haram dimakan.
  • Pengguna juga perlu berhati-hati kerana surimi yang menggunakan plasma darah lembu mungkin terdapat Encephalopathy spongiform bovine (BSE, penyakit lembu gila).

Plasma Darah

Tajuk artikel berkenaan plasma darah sebagai bahan tambah makanan.

Demikian, bagi menjadikan surimi halal dimakan oleh umat Islam,  Protein plasma (Transglutaminase) wajib digantikan dengan putih telur.

Selain Transglutaminase, salah-satu bahan utama surimi yang menjadi perbahasan juga ialah serbuk protein Whey. Serbuk protein Whey dihasilkan melalui sumber haiwan, biasanya daripada babi atau lembu. Serbuk ini perlu dalam pembuatan surimi kerana ia mengekalkan tekstur surimi yang kenyal. Protein Whey adalah produk hiliran daripada pembuatan keju. Asal keju adalah daripada susu haiwan. Oleh itu, adalah menjadi kepentingan untuk umat Islam untuk memastikan bahawa protein Whey yang mereka makan bukan bersumber daripada babi. Belilah surimi yang ada tanda Halal Jakim atau tanda halal yang sah.

Serbuk protein whey

 

Sumber rujukan:

  1. http://www.myhealth.gov.my/ramuan-kritikal-dalam-produk-surimi/
  2. "World Surimi Market", by Benoit Vidal-Giraud and Denis Chateau, Globefish Research Programme, Volume 89, April 2007
  3. The Evolution of the Surimi-Making Process (1961/1970/current) (in Japanese)
  4. "Nutrient data for 15109, Fish, surimi"National Nutrient Database for Standard Reference. Release 25. United States Department of Agriculture. 9 October 2012. Retrieved 5 May 2013.
  5. 使用硼砂替代品吃得更安心, 彰化縣衛生局 (Changhua county health bureau), 2008-09-04.
Final Fantasy Awakening Gift Code List (Weekly Upd...
Loteri dulu, loteri sekarang

Artikel Berkaitan

 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

CITA-CITA harus ada asasnya. Cita-cita bukan halusinasi, ia harus ditunjangi oleh prasyarat dan pemboleh ubah tertentu. Itu pandanganku. Umpamanya jika seseorang itu berada dalam aliran Sastera yang l...
Dunia berubah dengan cepat dan kita bersama-sama dengannya. Malangnya, tidak semua perubahan ini adalah untuk kebaikan kita.Sesetengah orang telah menyatakan keprihatinan mereka tentang kita melalui s...
FONT berwarna merah tebal, terpampang di tirai e-mel yang saya terima daripada orang yang tak dikenali. Syarikatnya beroperasi di Cheras, Kuala Lumpur, sama seperti iklan bekerja dari rumah yang perna...
Surimi pernah menjadi bahan perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (sila rujuk portal myhealth.gov.my). Hal ini berpunca daripada bahan utama dalam membuat surimi, iaitu Transglutaminase.Transglutam...
Singapura adalah sebuah negara yang sangat mementingkan kebersihan dan mempunyai undang-undang yang ketat. Walaupun ia sebuah negara yang kecil ia adalah negara yang stabil ekonomi berbanding dengan n...
Jika anda memikirkan betapa banyak perkara pelik dan luar biasa yang terdapat di dunia tetapi tidak merasakan keajaiban kewujudannya. Anda mungkin telah bosan untuk hidup barangkali, tetapi kami pasti...
Joomla! adalah sistem pengurusan kandungan percuma dan sumber terbuka (CMS) untuk menerbitkan kandungan laman web. Selama bertahun-tahun Joomla! telah memenangi beberapa anugerah. Ia dibina di atas ra...
Kampung Giethoorn, di Belanda terkenal dengan ciri-ciri yang paling unik iaitu anda tidak akan menemui mana-mana kenderaan seperti kereta, bas, lori atau seumpamannya di sini. Pekan kecil yang indah i...
Facebook Messenger telah membuat banyak peningkatan sejak setahun yang lalu dan kini anda boleh menghantar gambar resolusi tinggi ke senarai. Bermula hari ini, Facebook melancarkan keupayaan untuk men...
Pada cuti sekolah lalu, saya membawa anak-anak menonton sekuel ketiga filem Narnia. Kami pilih panggung yang menggunakan teknik 3D. Tetapi anda tahu berapa kosnya? Jangan terkejut, untuk tiket tiga de...
ARPG 3D FINAL FANTASY pertama di Malaysia dan Singapore telah dilancarkan, dan akan membawa anda ke penciptaan dunia. SQUARE ENIX telah memberi kebenaran, ARPG FF 3D pertama di Malaysia dan Singapore,...

Teknologi

Fakta

Filem