Hebatnya tentera nyamuk

Dengungannya mengalahkan bunyi jet pejuang. Tentera nyamuk menggigit serata tubuh. Tentera nyamuk juga memasuki lubang hidung, telinga dan mata.

Jutaan tentera nyamuk yang diarah menyerbu tentera berkuda Raja Namrud itu terus bermaharajalela. Begitu ramai tentera Raja Namrud yang lengkap bersenjata, tapi kesemuanya tewas di tangan 'tentera' yang paling kecil dikirim Allah untuk membantu Nabi Ibrahim.

Allah telah membuktikan bahawa haiwan yang lemah ini mampu menjadi 'askar-askar' yang hebat seperti yang diceritakan dalam al-Quran bagi membantu memusnahkan 700 ribu tentera berkuda Raja Namrud.

Raja Namrud yang ego itu juga tewas oleh seksaan seekor nyamuk yang masuk ke dalam tubuhnya melalui lubang hidung. Firman Allah kepada Nabi Ibrahim: "Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku. Sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku untuk mengutus tentera nyamuk, sudah tentu Aku akan mengirim haiwan yang jauh lebih halus daripada nyamuk, yang jika seribu jumlahnya berkumpul menjadi satu, tidak akan mencapai besar nyamuk, tentu akan Aku musnahkan juga mereka itu dengannya."

Kalau Raja Namrud dan bala tenteranya seramai 700 ribu boleh musnah hanya serangan tentera nyamuk, jangan perkecilkan serangga ini! Serangga kecil ini sebenarnya makhluk yang terlalu hebat. Metamortosis kehidupannya sentiasa mengundang cabaran. Seekor nyamuk betina mampu mengeluarkan puluhan, bahkan ratusan telur dalam satu masa. Cabaran pertama adalah untuk telur-telur ini bersatu dalam satu kelompok sampan yang terapung pada permukaan air supaya tidak tenggelam.

Dalam tempoh seminggu, telur-telur itu akan menetas mengeluarkan larva yang kita panggil sebagai jentik-jentik. Setelah keluar daripada telur, cabaran baru bermula lagi. Untuk bernafas di dalam air, serangga kecil ini menggunakan tiub khas yang berada pada hujung badannya untuk menghirup udara agar ia boleh terus kekal di dalam air. Jika tidak cukup udara, serangga ini akan mati.

Sirkulasinya berterusan, daripada jentik-jentik kemudian menjadi pupa sebelum akhirnya berkembang menjadi nyamuk dewasa. Apabila tiba masa untuk keluar daripada dalam air, ia juga satu cabaran sukar kerana tubuhnya yang basah akan menyukarkan usahanya untuk terbang. Tetapi, ada keistimewaan yang diberi si Pencipta untuk makhluk ini. Di hujung kakinya terdapat satu persenyawaan kimia yang membantu meningkatkan ketegangan pada permukaan air.

Dan 'kuasa' inilah yang membantu nyamuk keluar daripada kepompongnya lalu berdiri di atas permukaan air tanpa kakinya tenggelam. Setelah berjaya terbang cabaran hidupnya berterusan untuk mengenali pembuluh darah manusia terutama dalam kepekatan malam agar mampu menghisap darah.

Dan haiwan kecil ini dianugerahkan lagi keistimewaan dengan sistem inframerah yang membantunya untuk mengesan pembuluh darah hanya berdasarkan suhu tubuh manusia. Sistem pengesan inframerah panasnya amat peka. Serangga ini mampu mengesan pelbagai haba panas yang dipancarkan oleh benda-benda bernyawa di sekelilingnya.

Oleh kerana itu, serangga ini mampu menemukan pembuluh darah walaupun pada waktu malam tanpa memerlukan daya penglihatan yang tinggi. Nyamuk juga diberi kelebihan hingga tiub yang lebih kecil daripada tubuhnya amat mudah untuk menembusi kulit manusia lantas menyedut darahnya. Organnya berfungsi bagaikan gergaji yang mampu menusuk masuk ke dalam pembuluh darah dengan mudah. Malah, darah yang dihisapnya juga tidak akan membeku kerana tubuhnya menghasilkan satu enzim yang mencegah pembekuan darah.

Begitu hebatnya keistimewaan yang diciptakan Allah terhadap makhluk kecil yang lemah ini. Sekecil-kecil nyamuk, makhluk ini sebenarnya tidak mampu kita tewaskan malah telah lama mengorbankan jutaan manusia yang menjadi punca demam denggi malaria atau pelbagai penyakit bawaannya.

Apabila pintu langit terbuka
Skim dari kayangan

Artikel Berkaitan

 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Raymond "Red" Reddington, bekas pegawai perisikan angkatan tentera laut AS yang telah menghilangkan diri lebih dua puluh tahun lalu kini menjadi salah satu daripada sepuluh pelarian paling dikehendaki...
Kita biasanya berfikir bahawa cara kehidupan kita berbeza dengan orang purba yang mana tradisi pelik, bahasa yang tidak dikenali, dan sebagainya. Tetapi ahli arkeologi menunjukkan bahawa padangan kita...
Filem ini mengisahkan tentera laut Amerika Syarikat membangunkan projek penerbangan untuk menangani pengganas antarabangsa dan musuh-musuh negara dengan cepat dan senyap, dan pengurus projek Kapten Ge...
Total Image Converter menukarkan imej kepada format lain, potong, mengubah saiz dan memusingkannya. Menukar TIFFs besar menjadi JPEG kecil, menghasilkan gambar yang sesuai untuk laman web atau memulih...
Terdapat lebih satu bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia pada masa ini. Walaubagaimanapun tidak semua yang tahu fungsi-fungsi WhatsApp secara keseluruhan kerana tidak mengetahuinya. Di sini kami ...
Pada cuti sekolah lalu, saya membawa anak-anak menonton sekuel ketiga filem Narnia. Kami pilih panggung yang menggunakan teknik 3D. Tetapi anda tahu berapa kosnya? Jangan terkejut, untuk tiket tiga de...
Membuang sampah merata-rata adalah perbuatan yang tidak baik. Adalah tidak adil apabila seseorang perlu mengutip sampah yang dibuang oleh seseorang lain. Adakah anda bersikap tidak peduli andai sampah...
Dalam tempoh yang singkat, terkenal pada musim panas yang lepas, Pokémon Go mencapai kedudukan yang tertinggi dalam carta permainan telefon bimbit. Ia memberi kesan ketagihan, kegembiraan, kecederaan ...
Sekiranya anda kehilangan cd driver komputer, anda tidak perlu risau lagi. Kini Snappy driver dapat membantu anda dengan mengesan dan menyediakan segala jenis driver untuk semua jenis komputer sama ad...
PERFUME berasal dari bahasa Latin "per" (Melalui) dan “fumum” (Asap).Zaman dahulu ketika awal muncul minyak wangi, ia diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Cara pembuatannya adalah melalui kaedah:Meneka...
Bluestacks adalah sebuah syarikat teknologi Amerika yang menghasilkan perisian pemain BlueStacks dan produk berasaskan awan yang lain. Perisian pemain BlueStacks direka untuk membolehkan aplikasi Andr...

Teknologi

Fakta

Filem