Jana pendapatan dengan Facebook Instant Articles, masih ramai blogger dan pemilik Facebook fanpage/group yang tidak tahu.

Sesetengah orang berfikir jika nak tambah pendapatan melalui blogger mestilah menggunakan Google Adsense atau periklanan pada laman web kita. Sebenarnya ada cara yang lain lagi untuk jana pendapatan iaitu melalui Facebook Instant Articles. Instant Articles adalah artikel untuk peranti mudah alih seperti telefon bimbit atau tablet yang menggunakan applikasi Facebook samada Android/iOS supaya dibuka dengan pantas tanpa memasuki laman web pemilik artikel.

Melalui instant articles juga Facebook telah menyediakan ciri-ciri periklanan secara automatik yang mana dari situlah kita akan menjana pendapatan. Apa yang kita perlukan untuk mengaktifkan pengiklanan adalah dengan menggunakan Audience Network daripada link https://developers.facebook.com/

Laporan ini adalah hasil daripada sedikit pengikut dengan satu artikel sahaja, bayangkan kalau anda mempunyai ratusan ribu pengikut.

Kelebihan Instant Articles:

- Pembaca pantas membuka artikel dari facebook page kita tanpa perlu menunggu.

- Dapat menjimatkan bandwidth hosting kita kerana segala artikel akan disimpan ke dalam server Facebook (Hanya text sahaja, gambar dan lain-lain masih lagi ditarik daripada website kita).

- Dapat menjana pendapatan yang tinggi.

- Mendapat maklumbalas dari pembaca dengan segera.

 

Kekurangan Instant Articles:

- Format artikel adalah terhad.

- User tidak menyinggah laman web kita.

- Jika dalam artikel dari laman web ada plugin slideslow, ianya tidak akan disokong oleh Facebook kerana hanya format bersih sahaja dibenarkan.

 

Untuk memohon kelulusan Instant Articles cukup mudah. Anda perlukan:

1. Laman web yang ada plugin atau extensions Instant Articles. Digalakkan anda menggunakan CMS Joomla atau Wordpress.

2. Aktifkan Instant Articles panel dengan menggunakan link ini --> https://instantarticles.fb.com/

3. Linkkan laman web anda ke Facebook page melalui --> http://developer.facebook.com/

4. Anda perlukan 10 artikel untuk direviewkan oleh pihak Facebook. Biasanya kelulusan mengambil masa 3-5 hari bekerja jika tiada masalah.

Sila tonton tutorial di bawah:

Jadi jangan lepaskan peluang ini. Rugi jika anda mempunyai fanpage yang besar tapi tidak menggunakan Instant Articles.

Jika anda masih lagi tidak berjaya, jangan segan silu untuk menghubungi kami untuk bantuan. Nanti kita bincangkan lebih lanjut lagi. Sila hubungi kami di halaman Facebook atau borang Hubungi Kami.

WampDeveloper: Perisian terbaik untuk windows web ...
Batik dan keunikkannya
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Apakah itu Revolusi Perindustrian?Revolusi Perindustrian bermula di Great Britain. Kebanyakan inovasi teknologi awal berasal daripada British. Perkembangan perdagangan dan kebangkitan perniagaan adala...
Biasanya, kita dengan mudah melihat pemuzik, pengarah, dan pelakon yang mempunyai tabiat buruk sebagai perkara seharian. Mereka adalah orang yang kreatif. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada ...
KUALA LUMPUR – Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin 27.11.2017 sehingga 31.12.2017 ini.Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, be...
Sesetengah orang berfikir jika nak tambah pendapatan melalui blogger mestilah menggunakan Google Adsense atau periklanan pada laman web kita. Sebenarnya ada cara yang lain lagi untuk jana pendapatan i...
Filem ini mengisahkan kisah benar seorang lelaki berkulit hitam diculik dan dijual untuk dijadikan sebagai hamba. Pada tahun 1841, Solomon Northup adalah seorang lelaki Afrika-Amerika yang bekerja seb...
Kampung Giethoorn, di Belanda terkenal dengan ciri-ciri yang paling unik iaitu anda tidak akan menemui mana-mana kenderaan seperti kereta, bas, lori atau seumpamannya di sini. Pekan kecil yang indah i...
Dengungannya mengalahkan bunyi jet pejuang. Tentera nyamuk menggigit serata tubuh. Tentera nyamuk juga memasuki lubang hidung, telinga dan mata.Jutaan tentera nyamuk yang diarah menyerbu tentera berku...
Di ruang dapur orang itulah tempat Jamhuri seisi keluarga berlindung daripada hujan dan panas. Memang, ruang dapur itu terlalu sempit untuk sebuah keluarga tinggal bersama, tapi apakan daya... Tatkala...
Filem ini mengisahkan seorang budak perempuan yang bernama Shahida warganegara Pakistan yang bisu terpisah dengan ibunya di negara asing India. Budak ini bertemu seorang pemuda warganegara India yang ...
Anda tahu tentang Roselle? Roselle ialah sejenis bunga daripada keluarga Malvaceae. Ia adalah salah-satu daripada kumpulan Bunga Raya. Nama botanikalnya ialah Hibiscus sabdariffa L. Di negara – negara...
Dunia berubah dengan cepat dan kita bersama-sama dengannya. Malangnya, tidak semua perubahan ini adalah untuk kebaikan kita.Sesetengah orang telah menyatakan keprihatinan mereka tentang kita melalui s...

Teknologi

Fakta

Filem