Kelly masih berkeliaran

Sekitar musim luruh 1979, penduduk Liverpool di England gempar dengan cerita aneh membabitkan seorang lelaki, Frank Haines, 56. Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang selepas menziarahi ibunya yang uzur.

Jam menunjukkan pukul 1.45 pagi. Hujan pula masih renyai, malang... kereta Ford buruk Frank mengalami masalah enjin. Entah kenapa setiap kali berhenti di persimpangan lampu isyarat, keretanya merajuk!

"Ahh...! Kenapa tiba-tiba mati enjin ni?" getus Frank di dalam hati. Dia memulas kunci, enjin hidup dan dia meneruskan perjalanan. Sampai simpang yang lain, sekali lagi enjin keretanya mati. Puas dia memulas kunci starter, tapi tak berhasil.

Ketika sedang berpeluh-peluh itulah, dia nampak kelibat seorang gadis di sisi keretanya. Wanita itu, masih muda, berkemeja-T dan berseluar jean. Gadis itu mengetuk cermin tingkap kereta Frank. Simpati dengan keadaan gadis itu yang kuyup, Frank segera membuka pintu penumpang sebelahnya sambil memberi isyarat masuk.

"Pak cik... boleh tumpangkan saya?" tanya gadis itu penuh sopan sambil kedua-dua tangannya membetulkan rambutnya yang basah.

"Awak berani masuk ke kereta orang yang tak dikenali macam ni, bahaya tau tak?" Frank seperti berceramah.

"Mujur pak cik ni baik dan kamu bernasib baik. Bagaimana kaiau pak cik ni orang jahat. Lain kali berhati-hati."

"Ehh... kamu nak ke mana?" tanya Frank tersenyum selepas memberikan nasihat.

"Barnham Drive aja..." jawabnya sebelum dia sempat memberikan alamat penuh. "Nanti kejap. Kereta pak cik ni buat hal,” kata Frank sambil cuba menghidupkan lagi enjin keretanya. Pelik, sekali pulas kuncinya, enjin terus hidup.

“Di mana tempat tu tadi?” Frank bertanya semula sebaik memulakan perjalanan keretanya. Gadis mengulanginya sambil Tersenyum simpul.

Suasana sepi beberapa ketika. Tiba-tiba tanpa segan silu, gadis itu menyanyikan lagu kegemaran Frank. Sudah lama dia tak mendengar lagu itu - Bye Bye Baby oleh kumpulan muzik terkenal era awal 1970-an.

"Kenapa kamu berjalan-jalan waktu begini?" Frank bertanya sebaik gadis itu habis menyanyi.

"Saja... jalan-jalan makan angin. Tak sangka pula hujan tiba-tiba turun," ujar-nya manja.

"Apa nama pak cik?" gadis itu semakin berani bertanya.

"Frank. Kamu?" balas Frank.

"Kelly," jawabnya ringkas.

"Terima kasih pak cik, sudi tumpangkan saya. Pak cik lepas ni balik terus ke rumah ke?" Kelly jelas makin mesra.

"Eh! Mestilah. Pak cik tinggal di Court Hey,” jawab Frank.

"Aaa... bolehlah pak cik tolong saya sikit. Maaf ya, mungkin pak cik ingat saya nakal. Tapi boleh pak cik berhenti sekejap di Chelwood Avenue, di depan tu kejap, nak jumpa kawan," kata Kelly sambil memegang tangan Frank.

"Tadi nak ke lain, sekarang lain! Hey... kamu ingat pak cik ni pemandu teksi?” Frank meninggi suara.

"Alah, pak cik tolonglah, takkan itu pun nak marah!" Kelly bersuara sedih.

Frank menggeleng-geleng kepala sambil memandang serius muka Kelly. Dia mengesyaki gadis ini melarikan diri dari rumah.

"Baiklah, tapi pak cik turunkan Kelly di depan rumah dulu. Lepas tu bagi tau ibu bapa yang kamu nak ke rumah kawan. Pak cik tunggu di dalam kereta," kata Frank.

"Terima kasih pak cik. Pak cik tunggu, tunggu lima minit saya datang," suara Kelly lebih manja.

Ketika menunggu itu, fikirannya melayang. Dia hairan, bagaimana gadis seperti Kelly mudah percayakan dirinya pada tengah malam begini.

"Gadis-gadis macam nilah yang kerap jadi mangsa," bisiknya sambil menggeleng-geleng. Hujan sudah pun reda tetapi cuaca cukup sejuk di luar. Lima belas minit berlalu. "Apa ni..." bisiknya. Bagaimanapun dia terus memberi ruang kerana menyangka Kelly masih berbual dengan ibu bapanya.

"Barangkali bapanya tidak izinkan dia keluar kut," Frank bercakap seorang diri. Dia kemudian menghidupkan enjin untuk pulang ke rumahnya.

Peliknya, begitu mudah enjin keretanya dihidupkan seperti tak pernah menghadapi masalah sebelumnya. “Tuah Kellylah ni!” bisiknya.

"Pedulikanlah dia. Janji aku dah hantar dia selamat sampai ke rumah," bebel Frank terus beredar.

Lebih kurang dua kilometer berjalan, tiba-tiba enjin keretanya senyap. Dia ke tepi, terus berhenti.

"Ahh! Ini semua Kelly punya pasal. Kalau tak aku dah sampai rumah waktu ni," Frank menyumpah gadis tersebut.

Frank tiada pilihan. Diredahnya cuaca sejuk berjalan kaki ke arah rumah Kelly untuk meminta bantuan. Bagaimanapun tiba di depan rumah itu, tiada sebuah pun lampu menyala.

Tok...! Tok...! Tok...!

"Helo! Ada tak orang di dalam?" jerit Frank menggigil kesejukan.

"Siapa?" terdengar suara lembut menyahut.

“Saya Frank. Kelly ke?” Frank bertanya.

Pintu rumah tersebut perlahan-lahan dibuka. Namun berdiri di depan pintu seorang lelaki separuh abad memberikan senyuman.

"Maaf kerana ganggu encik tengah malam begini. Ahh! Tapi... Kelly ada di dalam tak?" Frank terpaksa bertanya sambil tangannya dilekapkan ke dalam jaketnya.

"Siapa Kelly?" soal lelaki berkenaan terpinga-pinga. Di sebelahnya seekor anjing jenis Alsatian berdiri dengan lidah terjelir.

Frank lantas menerangkan pengalamannya berkenalan dan menghantar Kelly pulang sebentar tadi. Lelaki itu terpaku sambil tunduk membisu. Dia menghela nafas panjang. Frank bertambah bingung.

Frank dijemput masuk. Menurut lelaki tua itu, Kelly - satu-satu anak perempuannya telah meninggal empat tahun lepas. Dia menemui ajal selepas dilanggar sebuah kereta di Fir Lane.

Bagi membuktikan kesahihan ceritanya, dia menunjukkan album gambar mendiang Kelly. Frank antara percaya dan tidak, termasuk yang memaparkan pakaian yang Frank lihat itu.

Salah satu kemeja-T yang dipakai Kelly dalam album itu memaparkan gambar kumpulan Bay City Rollers, penyanyi Bye Bye Baby. Malah Kelly semasa hayatnya juga sering bersiul dan menyanyikan lagu popular kumpulan tersebut Bye Bye Baby bersama rakan-rakan.

Lelaki itu kemudian menangis teresak-esak, sementara Frank pula kelu seakan-akan tidak mempercayai apa yang dialaminya. Menurut ayah Kelly, patutlah anjingnya asyik menyalak di sekeliling bilik mendiang Kelly setengah jam lalu.

"Saya tak sangka anak saya pulang!" katanya dalam esak tangis. Sejak itu ramai pemandu yang melalui Fir Lane pada lewat malam sering melihat seorang gadis mundar-mandir di situ. Tapi tiada siapa pun berani memberhentikan kereta.

Sup ketam Surimi
Takkan ini pun salah!
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Facebook Messenger telah membuat banyak peningkatan sejak setahun yang lalu dan kini anda boleh menghantar gambar resolusi tinggi ke senarai. Bermula hari ini, Facebook melancarkan keupayaan untuk men...
Singapura adalah sebuah negara yang sangat mementingkan kebersihan dan mempunyai undang-undang yang ketat. Walaupun ia sebuah negara yang kecil ia adalah negara yang stabil ekonomi berbanding dengan n...
Terdapat lebih satu bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia pada masa ini. Walaubagaimanapun tidak semua yang tahu fungsi-fungsi WhatsApp secara keseluruhan kerana tidak mengetahuinya. Di sini kami ...
Wahai anakku!Lihatlah ke arah burung berdada putih di atas pohon itu. Kepaknya berbulu hitam putih bagai salju di tanah hitam. Bulu dari tengkuk hingga ke kepalanya bagai matahari berwarna oren sewakt...
ARPG 3D FINAL FANTASY pertama di Malaysia dan Singapore telah dilancarkan, dan akan membawa anda ke penciptaan dunia. SQUARE ENIX telah memberi kebenaran, ARPG FF 3D pertama di Malaysia dan Singapore,...
Filem ini mengisahkan seorang budak perempuan yang bernama Shahida warganegara Pakistan yang bisu terpisah dengan ibunya di negara asing India. Budak ini bertemu seorang pemuda warganegara India yang ...
Pada tahun 2043, pengkhianat James Cole (Aaron Stanford) telah direkrut oleh pasukan saintis "Project Splinter" yang diketuai oleh ahli fizik Katarina Jones (Barbara Sukowa) untuk menghantar kembali k...
Sesetengah orang berfikir jika nak tambah pendapatan melalui blogger mestilah menggunakan Google Adsense atau periklanan pada laman web kita. Sebenarnya ada cara yang lain lagi untuk jana pendapatan i...
FONT berwarna merah tebal, terpampang di tirai e-mel yang saya terima daripada orang yang tak dikenali. Syarikatnya beroperasi di Cheras, Kuala Lumpur, sama seperti iklan bekerja dari rumah yang perna...
Kita biasanya berfikir bahawa cara kehidupan kita berbeza dengan orang purba yang mana tradisi pelik, bahasa yang tidak dikenali, dan sebagainya. Tetapi ahli arkeologi menunjukkan bahawa padangan kita...
Setiap hari, kebanyakan manusia menggunakan minyak wangi. Di Amerika Syarikat sahaja, pasaran minyak wangi mendatangkan jualan tahunan berjumlah berbilion-bilion dolar.Siapa sangka, teks kuno dan peng...

Teknologi

Fakta

Filem