Kisah Benar: Pengalaman hidupku yang pernah jadi seorang gelandangan

Kisah ini terjadi pada tahun 2010 dimana ketika itu umurku 25 tahun. Aku seorang lelaki berasal dari pantai timur yang merantau jauh dari keluarga untuk mencari rezeki di Klang Selangor. Aku menyewa sebuah rumah kampung kos rendah di Klang yang cukup murah pada ketika itu (tahun 2010) iaitu RM 250 sebulan dan bekerja secara kontrak di syarikat swasta di Petaling Jaya. Aku bekerja sebagai data entry/data cleaning yang mana kerja kadangkala balik lewat malam (overtime) jika ada projek urgent nak kena siap. Bukan aku sahaja kontrak, malah berpuluh-puluh orang lagi taraf kontrak seperti aku. Aku kerja di syarikat ini lebih daripada setahun dengan bayaran gaji RM5/sejam. Aku suka kerja di sini kerana tekanan kurang melainkan hanya kerja balik lewat malam sahaja tapi aku tak kisah memandangkan aku masih bujang. Aku memang minat bidang IT.

Pada bulan 9 tahun 2010 aku telah disahkan mengidap penyakit berjangkit berbahaya iaitu tibi. Penyakit ini sebenarnya telah kena pada diriku awal tahun itu tetapi tidak dapat dikesan oleh doktor (mungkin terlalu awal) yang mana aku pergi ke Klinik Bukit Kuda pada masa itu. Aku hanya diberikan ubat batuk dan antibiotik sahaja. Beberapa bulan kemudian keadaan aku semakin teruk kerana hilang selera makan dan semakin kurus. Pada satu hari aku telah mengalami batuk berdarah dan aku terus pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Doktor swasta mengesyaki aku menghidap penyakit tibi lalu menyuruhku pergi ke Hospital Pantai Klang untuk membuat ujian X-Ray.

Sebaik sahaja mendapat keputusan X-Ray, aku tunjukkan kepada doktor swasta itu tadi dan dia telah menulis satu surat untuk aku bawakan ke Klinik Pandamaran Klang bahawasanya aku disahkan positif penyakit tibi dan perlukan rawatan dengan segera. Katanya hanya Hospital/Klinik kerajaan sahaja dibenarkan untuk merawat penyakit tibi. Aku pun dikenakan ujian saringan iaitu ujian kahak, darah dan suntikan Mantaoux. Aku berasa lega kerana doktor telah memberikan kelonggaran untuk tidak menahan aku dan dirawat di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah dengan bersyarat iaitu aku wajib datang ke Klinik Pandamaran pada setiap minggu untuk semakan dan pemberian ubat akan diberikan secara mingguan.

Dalam tempoh rawatan, 2 minggu pertama aku tidak digalakkan untuk bergaul dengan orang kerana untuk mengelakkan penyakit tibi ini berjangkit dekat orang lain. Malah doktor juga telah memberikanku sijil cuti sakit selama 2 minggu untuk diserahkan kepada syarikat tempat aku bekerja. Aku menjadi risau jika aku serahkan sijil ini, aku pasti dibuang kerja memandangkan aku hanya pekerja bertaraf kontrak. Sangkaan aku tepat, aku dipecat serta merta selepas menyerahkan sijil cuti sakit ini.

 

Ketika aku dipecat pada pertengahan bulan 9 dan menerima saki baki gaji lebih kurang RM 500, aku pun membuat kira-kira untuk perbelanjaan akan datang tetapi hanya boleh bertahan selama sebulan sahaja. Memandangkan aku tengah sakit, mustahil untuk mendapat pekerjaan dalam tempoh yang singkat walaupun kerja kilang. Duit simpanan pun tidak ada pada ketika itu. Dalam keadaan aku yang sakit dan tidak bekerja, aku telah membuat keputusan untuk keluar dari rumah sewa pada hujung bulan itu dengan cara yang baik dan mendapat semula duit deposit sebanyak RM 250 (1 bulan rumah sewa) + RM 100 (bil api dan air). Jadi ada la duit lebih untuk bertahan dalam tempoh yang lama. Nasib baik rumah aku kosong, tidak ada perabot, peti ais dan mesin basuh. Hanya sekadar tilam dan kipas untuk tempat tidur. Ahli keluarga aku langsung tidak tahu perkara ini kerana aku tak nak menyusahkan dan merisaukan mereka terutamanya orang tuaku di kampung.

Ni adalah gambarku di ambil di kampung pada malam raya 09.09.2010.

Maka disinilah bermulanya kisah gelandangan aku. Pada malam pertama aku gelandangan, aku mencari-cari tempat mana yang sesuai untuk dibuat tempat tidur. Nasib baik aku pada ketika ini mempunyai motorsikal untuk memudahkanku meronda satu daerah Klang mencari tempat yang sesuai untuk tidur tapi tak jadi sebab takut punya pasal kemudian aku pun pergi lepak di siber kafe sampai ke pagi.

 

Keesokkan barulah aku mula mencari dan menemui satu tempat tidur yang sesuai iaitu di bawah jambatan Klang yang mana bukan aku seorang gelandangan, malah ada orang lain lagi senasib denganku. Kira rasa lebih selamat ada teman segelandangan jika dibandingkan keseorangan. Motorsikal pula aku tumpang letak di Balai Polis dan aku jalan kaki kejambatan kerana jaraknya dekat sahaja. Makanan aku hanya beli nasib lemak kosong dua bungkus waktu pagi (RM1.20/sebungkus), tengah hari dan petang tidak makan, hanya sekadar minum air sahaja, malam makan roti keping gardenia bersama kaya (roti dan kaya boleh bertahan 2-3 hari untuk saiz sederhana). Air pula beli secara isian melalui mesin air tepi jalan 20 sen 1 liter. Aku kena pastikan perbelanjaan tidak lebih daripada RM7 sehari termasuk minyak motor. Mandi pula kadangkala di tandas Petronas bukit tinggi dan Taman Rakyat Klang. Beginilah rutinku setiap hari dalam tempoh gelandangan.

Pada bulan 10, aku cuba mencari kerja dan dapat sebagai penjaga stor syarikat pinggang mangkuk tapi aku hanya bertahan seminggu sahaja kerana kerjanya cukup berat mengangkat pinggang, gelas, piring, dan segala barang berkaitan dengan dapur yang dibungkus dalam satu kotak/set naik turun dari tingkat satu. Rasa macam nak putus nafas ketika buat kerja ini dalam keadaan aku masih lagi sakit. Duit gaji dari kerja seminggu ini aku tidak dapat kerana berhenti kerja secara mengejut.

Di kawasan petak merahlah tempat aku bekerja sebagai penjaga stor

Masuk bulan 11 aku masih lagi tidak menemui pekerjaan yang sesuai dengan keadaanku. Aku putus harapan, semangat dan tekanan mental semakin ketara. Aku tetap bersabar dengan ujian-Nya. Aku bersyukur kerana tidak memilih jalan yang salah seperti bunuh diri atau menjadi seorang yang jahat seperti perompak dan penyamun. Aku masih lagi sedar dan kekalkan pendirian aku untuk tidak menyusahkan orang sekeliling terutamanya ahli keluargaku di kampung.

Masuk pertengahan bulan 12 akhir aku mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan di Shah Alam yang mana kerjanya sangat sesuai dengan keadaan aku yang masih lemah dalam proses pemulihan penyakit tibi. Ketika ini syarikat pengawal keselamatan telah menempatkan aku di Maybank Automobile PKNS Shah Alam (Kini Maybank di PKNS telah ditutup). Dapat sahaja gaji pertama (setengah bulan bekerja), aku terus telefon tuan rumah sewa yang dahulu aku menyewa dan bertanyakan ada kekosongan lagi tak rumah sewa di kawasan aku sewa itu dulu. Aku bernasib baik kerana kebetulan ada orang sewa disitu hendak pindah keluar. Maka pada tarikh 01-01-2011 secara rasminya aku tidak lagi jadi seorang gelandangan sehingga kini.

Dulu rumah sewa murah, sekarang dah naik ke RM380 selepas diambil alih oleh orang lain

Selepas beberapa bulan, aku pun berhenti kerja pengawal keselamatan kerana mendapat tawaran bekerja di syarikat pertanian swasta sebagai web master. Aku terus menggunakan kesempatan ini mempelajari programming web base melalui CMS Joomla (PHP, MySQL, JavaScript, jQuery, CSS dan HTML) dan belajar sendiri melalui Google dan Youtube. Sekarang syukur hidupku jauh lebih baik daripada dulu dan pengalaman sebagai seorang gelandangan selama 3 bulan setengah cukup bermakna walaupun kesan terhadap mental dan fizikal cukup tinggi.

P/S: Maaf la bercampur-campur dengan perkataan bahasa inggeris hehe.

Cuti anak bandar, cuti anak kampung
Snappy Driver: Perisian terbaik untuk memasang dri...
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Dunia berubah dengan cepat dan kita bersama-sama dengannya. Malangnya, tidak semua perubahan ini adalah untuk kebaikan kita.Sesetengah orang telah menyatakan keprihatinan mereka tentang kita melalui s...
Joomla! adalah sistem pengurusan kandungan percuma dan sumber terbuka (CMS) untuk menerbitkan kandungan laman web. Selama bertahun-tahun Joomla! telah memenangi beberapa anugerah. Ia dibina di atas ra...
Apakah itu Revolusi Perindustrian?Revolusi Perindustrian bermula di Great Britain. Kebanyakan inovasi teknologi awal berasal daripada British. Perkembangan perdagangan dan kebangkitan perniagaan adala...
Biasanya, kita dengan mudah melihat pemuzik, pengarah, dan pelakon yang mempunyai tabiat buruk sebagai perkara seharian. Mereka adalah orang yang kreatif. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada ...
ARPG 3D FINAL FANTASY pertama di Malaysia dan Singapore telah dilancarkan, dan akan membawa anda ke penciptaan dunia. SQUARE ENIX telah memberi kebenaran, ARPG FF 3D pertama di Malaysia dan Singapore,...
PERFUME berasal dari bahasa Latin "per" (Melalui) dan “fumum” (Asap).Zaman dahulu ketika awal muncul minyak wangi, ia diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Cara pembuatannya adalah melalui kaedah:Meneka...
Boss ajak makan malam. Sampai di Jaya 33 Mall, Petaling Jaya, kami pusing-pusing tengok spot yang best untuk melepak. Pilihan kami malam ini ialah untuk melepak di restoran yang berkonsepkan café. Ada...
Membuang sampah merata-rata adalah perbuatan yang tidak baik. Adalah tidak adil apabila seseorang perlu mengutip sampah yang dibuang oleh seseorang lain. Adakah anda bersikap tidak peduli andai sampah...
Dengungannya mengalahkan bunyi jet pejuang. Tentera nyamuk menggigit serata tubuh. Tentera nyamuk juga memasuki lubang hidung, telinga dan mata.Jutaan tentera nyamuk yang diarah menyerbu tentera berku...
Di ruang dapur orang itulah tempat Jamhuri seisi keluarga berlindung daripada hujan dan panas. Memang, ruang dapur itu terlalu sempit untuk sebuah keluarga tinggal bersama, tapi apakan daya... Tatkala...
Terdapat lebih satu bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia pada masa ini. Walaubagaimanapun tidak semua yang tahu fungsi-fungsi WhatsApp secara keseluruhan kerana tidak mengetahuinya. Di sini kami ...

Teknologi

Fakta

Filem