Loteri dulu, loteri sekarang

Kisah lorworth Hoare, perogol bersiri yang dihukum penjara seumur hidup dan memenangi hadiah loteri tujuh juta pound (RM49 juta) pada ketika dahulu adalah sebuah cerita yang menakutkan. Bukannya nak bertaubat, sebaliknya Hoare bercadang menggunakan wang itu untuk melayari hidup baru di Phuket, Thaiiand, Tujuannya menikmati seberapa ramai wanita yang terpedaya.

Loteri, oh loteri. Betul ramai yang jadi jutawan segera, tapi ramai juga yang papa kedana kerananya. Ada yang bergaduh, malah ramai yang mati gara-gara permainan judi itu. Mari kita kongsi cerita-cerita menarik ini...

Loteri bermula di China sekitar 195 Sebelum Masihi (SM) melalui permainan keno yang dicipta oleh panglima perang Dinasti Han bernama Cheung Leung. Bentuknya seperti loteri pada hari ini dan wang yang diperoleh daripada "sumbangan" orang ramai digunakan untuk membina Tembok Besar China.

Augustus Caesar (Gaius Octavius) yang memerintah pada 27 SM hingga 14 Masihi pula memulakan loteri di Rome bagi mencari dana membaik pulih kota itu. Tiket dijual dalam majlis-majlis keramaian, terbuka kepada semua.

Dalam sejarah moden Eropah, loteri menjadi lebih terkenal bermula 1400, dianjurkan oleh bandar-bandar tertentu bagi menampung biaya pertahanan. Ia dimulai oleh bandar L'Ecluse, Perancis yang menganjurkannya pada 1420, pemenang menerima barang-barang berharga serta komoditi. Pada 1466, bandar Bruges, Belgium menganjurkan loteri untuk mengutip dana membantu golongan miskin.

Perkataan loteri berasal daripada bahasa Itali, ‘lotto’ atau ‘lothi’ yang bermaksud nasib atau takdir. Sesetengah pihak berkata, loteri terbuka untuk masyarakat awam Itali buat pertama kalinya dianjurkan pada 1530 oleh Majlis Bandaran Florenze, dengan nama ‘La Lotto de Firenze’. Hadiahnya ialah wang tunai sebahagian daripada jumlah kutipan manakala wang selebihnya digunakan untuk membina sekolah dan membetulkan jalan.

Bagaimanapun, pencatat sejarah Venice, Marin Sanudo mendakwa Venice adalah tempat bermulanya loteri di Itali. Pengasasnya ialah Geronimo Bambarara, penjual pakaian terpakai di Rialto. Ketika itu harga tiket hanyalah 20 soldi, tapi kemudiannya naik kepada 3 lira, selepas itu satu syiling emas.

Pemenang meraih hadiah permaidani, wang tunai, 200 syiling emas serta pakaian bertatahkan emas. Ia kemudiannya meningkat kepada 1,500 syiling emas, pakaian sutera dan bulu, batu ambar, malah kucing, kuda dan sebagainya! Gara-gara loteri, bandar Rialto menjadi sesak setiap kali keputusan diumumkan. Seorang lelaki dihukum mati kerana memalsukan tiket.

Pada 28 Februari, 1522 loteri swasta diharamkan. Alasannya, kerajaan telah menemui cara yang mudah untuk mengumpul dana. Republik Venice seterusnya mengenakan cukai kepada pemenang loteri bagi mengumpul dana perang. Hadiah ditukar kepada kedudukan dan keistimewaan, jawatan dalam republik, khususnya sebagai pemungut cukai, tol di Terusan S. Zulian, duti kastam di Sile dan duti eksais minuman keras, kawasan hutan di Lugano serta rumah di Terusan Grande.

Queen Elizabeth I adalah orang yang mula-mula memperkenalkan loteri bagi negeri-negeri di Britain. Ia bermula pada 1560, hadiahnya berupa wang serta kain dewangga bertatahkan kata-kata dan lukisan indah. Bagaimanapun, hanya 400,000 tiket dijual. Keuntungan digunakan untuk membaiki pelabuhan dan dermaga.

Pada 1694 Parlimen British meluluskan penganjuran loteri untuk membiayai pinjaman bernilai 1 juta pound. Tiket dijual berharga 10 pound dan hadiah utamanya anuiti selama 16 tahun.

Raja James I menganjurkan loteri untuk penduduk London pada 1612 bagi membantu syarikat Virginia menakluk Jamestown, Virginia di benua Amerika. Tindakan itu membuahkan kejayaan dan ia menjadi koloni pertama Inggeris di benua itu. Penganjuran loteri dilanjutkan pula oleh syarikat Virginia bagi mengumpul modal membangunkan wilayah tersebut. Lucu, semasa mula-mula diperkenalkan, dua daripada tiga cabutan dimenangi oleh gereja Anglican!

Loteri pertama anjuran pemerintah koloni Inggeris di Amerika Syarikat bermula di Massadhusset pada 1744 bagi membayar putang ketenteraa. Loteri kebangsaan Amerika buat julung kalinya dianjurkan pada 1776 untuk mengisi dana. revolusi Amerika.

Dari sinilah berkembangnya loteri di Amerika Syarikat, termasuk yang haram. Loteri anjuran swasta pula dipenuhi dengan rasuah dan kerajaan gagal mengawalnya secara berkesan. Akibatnya, pada 1828 loteri diharamkan di semua negeri kecuali Lousiania.

Judi loteri mula dilihit sebagai hiburan mulai 1800-an dan pada 1832, lapan negeri di Amerika Syarakat mencatatkan perolehan sebanyak AS$53 juta - lebih AS$3 juta daripada pendapatan Amerika pada tahun tersebut.

Hadiah loteri jackpot terbesar setakat ini dicatat oleh dua pemenang dari Michigan dan Illionis, Amerika Syarikat yang dimenangi pada 9 Mei 2000. Ia membolehkan mereka mendapat wang tunai AS$90 juta serta berkongsi anuiti sebanyak AS$363 juta!

Seorang pemenang loteri di Jepun pada pertengahan tahun ini telah menyerahkan semua hadiah kemenangannya (RM6.9 juta) kepada mangsa-mangsa banjir di Fukui.

Michael 0’Leary, 54, yang tinggal di Merseyside, England membunuh isterinya, Michelle, 36, selepas wanita itu meminta sebahagian daripada 400,000 pound yang dimenanginya dalam satu permainan loteri. Beliau melakukan jenayah tersebut pada Jun 1996 dengan memukul dan mencekik wanita yang telah dikahwininya selama 19 tahun itu.

Evelyn Bassett, 83, sedang dalam perjalanan untuk mengutip hadiah loteri bersama anaknya, Margaret, 63, apabila keretanya dilanggar sebuah kereta api barang semasa melintasi sebuah landasan di Ballarat, berhampiran rumah mereka di Wilaura, Australia. Evelyn mati di tempat kejadian.

Arturo Eufemia, pemandu teksi di Andpolo City, Filipina hidup miskin hinggalah berusia 58 tahun apabila isterinya, Leticia memenangi hadiah utama loteri bernilai 19.6 juta peso (RM1.3 juta). Leticia mengambil 5 juta peso secara tunai manakala selebihnya disimpan bank. Mereka mengadakan parti setiap malam tetapi berakhir dua minggu kemudian apabila tujuh lelaki menceroboh rumah pasangan itu dan menembak Eufemia, mengambil wangnya serta van mewah yang baru dibeli. Ketika itu Leticia berada di rumah saudaranya di Camp Crame.

Leslie Pountain yang menyangka dirinya bakal bergelar jutawan dan hutangnya berjumlah 25,000 pound (RM 172,500) selesai, membunuh diri selepas mendapat tahu perjudian loteri Internet yang dimenanginya adalah bohong semata-mata. Bekerja sebagai juruteknik universiti dan mempunyai dua orang anak, Leslie mendapat tahu kernenangan itu melalui e-mel yang menyuruhnya membuka akaun untuk dimasukkan wang berjumlah 1 juta pound (RM6.9 juta). Namun apabila akaun dibuka, tiada sesen pun wang dimasukkan dan dia mengamuk bagai nak gila selepas polis memberitahu loteri tersebut palsu. Leslie mencurah petrol, kemudian membakar dirinya pada pukul 11.00 pagi 18 November 2003, dua hari selepas menyambut ulang tahunnya yang ke-48

Nota: Artikel ini untuk tujuan pengetahuan, bukan menggalakkan anda bermain loteri. Tidak ada agama yang menyuruh penganutnya berjudi.

Hati hati membeli Surimi
Sup ketam Surimi
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Anda tahu tentang Roselle? Roselle ialah sejenis bunga daripada keluarga Malvaceae. Ia adalah salah-satu daripada kumpulan Bunga Raya. Nama botanikalnya ialah Hibiscus sabdariffa L. Di negara – negara...
Setiap hari, kebanyakan manusia menggunakan minyak wangi. Di Amerika Syarikat sahaja, pasaran minyak wangi mendatangkan jualan tahunan berjumlah berbilion-bilion dolar.Siapa sangka, teks kuno dan peng...
Sejarah dunia penuh dengan misteri yang mengejutkan. Tiada seorang pun daripada kita akan hidup cukup lama untuk melihat semua misteri diselesaikan. Tetapi ia sentiasa menarik untuk melihat beberapa p...
Jika anda memikirkan betapa banyak perkara pelik dan luar biasa yang terdapat di dunia tetapi tidak merasakan keajaiban kewujudannya. Anda mungkin telah bosan untuk hidup barangkali, tetapi kami pasti...
Kertas, gam dan bakat. Ini adalah kombinasi yang digunakan oleh artis Jepun Manabu Kosaka untuk membuat jam tangan replika yang sempurna. Kerja itu sangat teliti dan lengkap. Pencapaian terbesar Kosak...
Malam 24hb Disember 2017 penulis berada di sebuah majlis makan malam. Terdapat banyak makanan yang tuan rumah hidangkan antaranya Kari Kambing, Ayam Kurmak, Sayur Cendawan campur, Sup Ketam Surimi, ku...
Kita biasanya berfikir bahawa cara kehidupan kita berbeza dengan orang purba yang mana tradisi pelik, bahasa yang tidak dikenali, dan sebagainya. Tetapi ahli arkeologi menunjukkan bahawa padangan kita...
Total Image Converter menukarkan imej kepada format lain, potong, mengubah saiz dan memusingkannya. Menukar TIFFs besar menjadi JPEG kecil, menghasilkan gambar yang sesuai untuk laman web atau memulih...
FONT berwarna merah tebal, terpampang di tirai e-mel yang saya terima daripada orang yang tak dikenali. Syarikatnya beroperasi di Cheras, Kuala Lumpur, sama seperti iklan bekerja dari rumah yang perna...
Kembang kempis hidung Abdul Ghani Ali apabila tercium bau busuk daripada tong sampah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang diselongkar. Satu per satu beg hitam yang bertimbun itu dikir...
Filem ini mengisahkan tentera laut Amerika Syarikat membangunkan projek penerbangan untuk menangani pengganas antarabangsa dan musuh-musuh negara dengan cepat dan senyap, dan pengurus projek Kapten Ge...

Teknologi

Fakta

Filem