Merdekanya si belatuk itu

Wahai anakku!

Lihatlah ke arah burung berdada putih di atas pohon itu. Kepaknya berbulu hitam putih bagai salju di tanah hitam. Bulu dari tengkuk hingga ke kepalanya bagai matahari berwarna oren sewaktu petang. Oh, betapa indahnya burung belatuk itu.

Tap! Tap! Tapppp!

Anakku! Lihatlah bagaimana burung belatuk itu menggunakan paruhnya yang sekecil ranting, mematuk kulit pokok yang maha keras itu sehingga berlubang. Patukannya sungguh bertenaga! Tidak mudah mengalah dan patah semangat!

Tidak seperti burung lain, burung belatuk istimewa, mampu berjalan menegak 360 darjah, menaik, mengiring dan menuruni pohon tanpa sebarang masalah. Keistimewaan anugerah Tuhan inilah membolehkan belatuk tangkas berputar sesuka hatinya mengelilingi batang pohon sambil mematuk untuk mencari makanan.

Anakku, kita tidak mampu berbuat seperti burung belatuk lakukan. Jika ingin memanjat, kita mesti memeluk batang pokok seerat-eratnya bagi mengelakkan daripada terjatuh. Tapi, si burung belatuk dengan mudahnya berjalan di permukaan kulit kayu yang menggerutu itu dengan sepasang kaki kecilnya. Aneh bukan! Tiada burung lain yang diberi keistimewaan seperti dimiliki si burung belatuk ini! Merdeka, bergerak ke sana ke mari tanpa rasa takut!

Kenapa burung belatuk asyik mematuk?

Jawapannya mudah anakku! Burung belatuk itu mematuk sambil mencari anak-anak serangga yang terdapat dalam pohon kayu itu untuk makanannya. Anakku, begitulah tamsilannya, seorang insan yang bijak boleh diumpamakan dengan seekor burung belatuk yang merdeka. Manakala,dunia ini pula diibaratkan sebagai pohon besar. Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini jika kita berusaha.

Sebagaimana burung belatuk dengan sabar mematuk setiap tempat bagi mengeluarkan serangga untuk dimakannya, insan yang bijak juga mesti bersabar dan berdikari mencari rezeki kehidupan. Hanya dengan memiliki keimanan, keyakinan dan keteguhan hati, seorang insan yang bijak berjaya melakukan sesuatu perkara yang dianggap mustahil dan tidak mampu dilakukan orang lain.

Kisah si burung belatuk ini umpama seorang insan bijak yang bersikap bersyukur dengan pemberian Tuhan. Insan yang bijak, tidak tamak tetapi sanggup berkongsi rezeki dengan orang lain.

Anakku, si burung belatuk tidak pernah tamak untuk memiliki dan menakluki hasil mahsul dari pohon itu seorang diri tapi hanya mengambil sedikit saja untuk keperluan hidupnya.

Belajarlah daripada burung belatuk wahai anak-anakku! Semoga Tuhan membantumu menjadi seorang insan yang bijaksana.

Mari kenali burung belatuk ini:

Burung belatuk ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung belatuk ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh burung belatuk tidak bergigi dan keras seperti mata pahat.

Kebanyakan spesies belatuk Semenanjung Malaysia berwarna terang dan berwarna-warni. Bagaimanapun, belatuk betina biasanya kurang terang dan berwarna-warni (Madoc, 1976). Burung ini boleh dilihat bertenggek secara menegak di atas hujung ekornya yang keras di batang pokok sambil paruhnya yang keras dan berbentuk pahat mematuk batang pokok dengan laju berulang-ulang kali seperti tembakan mesingan (Madoc, 1976) untuk mencari makanan ataupun untuk melubangi pokok untuk membuat sarang. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh. Selain itu, belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring. Di udara, belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah (Tweedie, 1960, 1970; Madoc, 1976). Daripada tabiatnya yang suka mematuk dahan atau batang pokok itulah belatuk mendapat namanya (daripada imbuhan sisipan <el> dalam perkataan patuk).[2] Namanya dalam bahasa Inggeris (woodpecker) pun memberi gambaran yang serupa.

Saiz belatuk Semenanjung Malaysia berubah-ubah dari sebesar punai hingga lebih kecil daripada pipit. Belatuk boleh didapati di pelbagai kawasan di Semenanjung dari bakau ke pergunungan. Ada yang berupa burung taman (Madoc, 1976).

Ramalan hari kiamat bohong
Apabila pintu langit terbuka
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Dunia berubah dengan cepat dan kita bersama-sama dengannya. Malangnya, tidak semua perubahan ini adalah untuk kebaikan kita.Sesetengah orang telah menyatakan keprihatinan mereka tentang kita melalui s...
Terdapat lebih satu bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia pada masa ini. Walaubagaimanapun tidak semua yang tahu fungsi-fungsi WhatsApp secara keseluruhan kerana tidak mengetahuinya. Di sini kami ...
Filem ini mengisahkan kisah benar seorang lelaki berkulit hitam diculik dan dijual untuk dijadikan sebagai hamba. Pada tahun 1841, Solomon Northup adalah seorang lelaki Afrika-Amerika yang bekerja seb...
Sejarah dunia penuh dengan misteri yang mengejutkan. Tiada seorang pun daripada kita akan hidup cukup lama untuk melihat semua misteri diselesaikan. Tetapi ia sentiasa menarik untuk melihat beberapa p...
Kecelakaan besar menimpa seluruh umat Islam apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bakal mengumumkan peralihan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.Bahaya sekali tindakan T...
Filem ini mengisahkan seorang budak perempuan yang bernama Shahida warganegara Pakistan yang bisu terpisah dengan ibunya di negara asing India. Budak ini bertemu seorang pemuda warganegara India yang ...
Rupa kedua-dua makanan ini hampir serupa cuma rasanya berlainan.Skone adalah sejenis roti yang sering dimakan oleh orang Eropah pada waktu petang. Biasanya ia dihidangkan bersama teh, gabungan ini din...
Filem ini mengisahkan tentera laut Amerika Syarikat membangunkan projek penerbangan untuk menangani pengganas antarabangsa dan musuh-musuh negara dengan cepat dan senyap, dan pengurus projek Kapten Ge...
21.12.12 telah pun lama berlalu. Jelaslah kiamat sebagaimana diuar-uarkan oleh media Barat tidak berlaku. Hakikatnya kiamat pasti akan berlaku tetapi manusia tetap tidak tahu bila ia akan tiba.Terbukt...
Boss ajak makan malam. Sampai di Jaya 33 Mall, Petaling Jaya, kami pusing-pusing tengok spot yang best untuk melepak. Pilihan kami malam ini ialah untuk melepak di restoran yang berkonsepkan café. Ada...
Serpihan gelas susah nak lupus. Telah didapati gelas masih belum terlupus walaupun berusia 3000 tahun! manakala plastik pula mengambil masa selama 500 tahun untuk terurai. Bahan kimianya akan mencemar...

Teknologi

Fakta

Filem