Nak pandai design website sendiri tak?. Mari kenali Joomla

Joomla! adalah sistem pengurusan kandungan percuma dan sumber terbuka (CMS) untuk menerbitkan kandungan laman web. Selama bertahun-tahun Joomla! telah memenangi beberapa anugerah. Ia dibina di atas rangka kerja aplikasi web pengawal model-view yang boleh digunakan secara bebas daripada CMS yang membolehkan anda untuk membina aplikasi dalam talian yang hebat. Meh aku cerita sedikit kenapa aku pilih Joomla sedangkan ada lagi CMS yang lebih terkenal iaitu WordPress.

Mula-mula aku kenal Joomla ni pada tahun 2011 dan masa tu Joomla terkenal dengan versi adalah 1.5 walaupun sudah keluar versi 1.7. Masa mula-mula layan seronok la jugak sebab nak belajar benda baru. Sebelum Joomla, aku ada cuba WordPress tapi tak kena dengan jiwa aku lak sebab WordPress UI aku tak berkenan. Bila aku cuba install Joomla 1.5 dan lihat UI dia, terus aku jatuh cinta. Maka aku pun membuat kata putus untuk fokus Joomla sepenuhnya. WordPress aku tolak ke tepi. Masa ni aku tak sentuh lagi coding sebab tak tahu. Terus terang aku langsung tak tahu tentang kewujudan PHP, MySQL, CSS, HTML, jQuery dan Javascript. Bila dah layan Joomla baru kenal puak-puak ni. Sadis, umur 26 baru tahu tapi lebih baik lambat daripada tidak pernah bukan?.

Aku ambil masa seminggu untuk menguasai penggunaan asas Joomla seperti Installation, menu, article, template, component, module, plugin dan module position. Stress jugak belajar sendiri ni. Semua sumber belajar aku cari melalui google dan youtube. Bila dah pandai sikit, aku rasa macam ada yang kurang pula iaitu templates dan extensions. Takkan nak guna template defaultkan?. Jadi aku pun mula invest untuk membeli segala Joomla Templates dan Extensions yang aku rasa perlu.

Pasal coding lak aku mula dengan component Fabrik. Fabrik ni dia adalah Joomla Application Builder yang mana kalau nak design database melalui component ni la. Belajar Fabrik ni perh, kaw-kaw otak kena perah. Melalui Fabrik lah baru aku mula berjinak dengan PHP, MySQL, CSS, HTML, jQuery dan Javascript. Huru-hara jugak masa mula-mula nak belajar sebab tak tahu nak mula dari mana. Guru pun takde. Main belasah je. Bertahun-tahun layan Fabrik akhirnya betul-betul membuahkan hasil dan memuaskan hati. Aku sudah boleh design database system dan buat coding sendiri tapi dengan Joomla la. Xde Joomla aku boleh balik awal.

Susah ke nak belajar Joomla?

Kacang je Joomla ni. Kalau ada guru mengajar aku rasa 3-4 hari sudah boleh mahir kalo betul serius. Aku ni yang takde guru ni pun seminggu boleh kuasai asas Joomla. Usaha, semangat dan minat tu penting.

Susah ke nak belajar programming?

Hmmm tak jugak. Programming ni aku rasa susah dia mcm matematik. Ingat formular, tahu fungsi kod, tak jadi masalah pun untuk menguasai Programming ni cuma mental kena kuat, memakan masa yang banyak dan mesti kena ada minat. Kalo korang belajar programming hanya sekadar suka-suka nak isi masa atau ingin tahu je, baik lupakanlah. Banyak dah orang aku jumpa nak belajar programming, semua separuh jalan je sebab otak tak tahan. Aku pernah ajar orang programming ni, tak sampai seminggu cabut lari. Buang masa aku je, ilmu dah la free malah Joomla extensions dan templates pun aku sponsor. Hampeh.

Kesimpulan: Semua benda kat dunia ni senang je nak capai yang penting kena ada ilmu, usaha dan sokongan. Jangan la buat sorang-sorang macam aku ni wei. Tak boleh pergi jauh seorang diri ni. Sila cari geng yang sama minat. Kalau susah sangat korang nak cari geng, mari join aku sekali. Aku pun takde geng jugak ni. Sedih huhu.

Snappy Driver: Perisian terbaik untuk memasang dri...
Ilustrasi oleh seniman berbakat yang terpaksa meni...

Artikel Berkaitan

 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Dengungannya mengalahkan bunyi jet pejuang. Tentera nyamuk menggigit serata tubuh. Tentera nyamuk juga memasuki lubang hidung, telinga dan mata.Jutaan tentera nyamuk yang diarah menyerbu tentera berku...
Kembang kempis hidung Abdul Ghani Ali apabila tercium bau busuk daripada tong sampah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang diselongkar. Satu per satu beg hitam yang bertimbun itu dikir...
KUALA LUMPUR – Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin 27.11.2017 sehingga 31.12.2017 ini.Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, be...
Kita biasanya berfikir bahawa cara kehidupan kita berbeza dengan orang purba yang mana tradisi pelik, bahasa yang tidak dikenali, dan sebagainya. Tetapi ahli arkeologi menunjukkan bahawa padangan kita...
Hidup ni kita kenalah mempunyai perasaan. Kalau tidak ada perasaan, sila meninggal. Kami di sini menyenaraikan beberapa kelakuan yang boleh memberikan kita rasa seronok, gembira, lega, tenang dan seum...
PERFUME berasal dari bahasa Latin "per" (Melalui) dan “fumum” (Asap).Zaman dahulu ketika awal muncul minyak wangi, ia diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Cara pembuatannya adalah melalui kaedah:Meneka...
CITA-CITA harus ada asasnya. Cita-cita bukan halusinasi, ia harus ditunjangi oleh prasyarat dan pemboleh ubah tertentu. Itu pandanganku. Umpamanya jika seseorang itu berada dalam aliran Sastera yang l...
Coca-Cola merupakan salah satu jenama minuman yang besar dan terkenal di dunia. Lebih daripada 1.9 bilion hidangan minuman dinikmati lebih daripada 200 buah negara setiap hari. Samada anda merupakan s...
Filem ini mengisahkan seorang budak perempuan yang bernama Shahida warganegara Pakistan yang bisu terpisah dengan ibunya di negara asing India. Budak ini bertemu seorang pemuda warganegara India yang ...
Malam 24hb Disember 2017 penulis berada di sebuah majlis makan malam. Terdapat banyak makanan yang tuan rumah hidangkan antaranya Kari Kambing, Ayam Kurmak, Sayur Cendawan campur, Sup Ketam Surimi, ku...
Boss ajak makan malam. Sampai di Jaya 33 Mall, Petaling Jaya, kami pusing-pusing tengok spot yang best untuk melepak. Pilihan kami malam ini ialah untuk melepak di restoran yang berkonsepkan café. Ada...

Teknologi

Fakta

Filem