Pengurusan sisa coklat

Apa itu pengurusan sisa?

Pengurusan sisa atau pelupusan sisa adalah semua aktiviti dan tindakan yang diperlukan untuk menguruskan sisa dari awal penghasilannya sehinggalah kepada peringkat pelupusan terakhirnya.

Aktiviti pengurusan sisa termasuk pengumpulan, pengangkutan, rawatan dan pelupusan sampah, pemantauan dan peraturan.

Adakah anda sedar wujudnya undang-undang dan pengawalseliaan berkaitan pengurusan sisa? Aktiviti “Kitar Semula” adalah salah-satu undang-undang kawal selia bagi pengurusan sisa coklat (Brown Waste Management).

Apa itu sisa?

Sisa terdapat dalam pelbagai bentuk sama ada pepejal, cecair atau gas. Sisa boleh didapati dari pelbagai penyumbang seperti industri, biologi dan isi rumah.

Setiap sisa mempunyai kaedah pelupusan dan pengurusan yang berbeza. Sampah kebanyakannya dibuang di kawasan pelupusan sampah, pembakaran, kitar-semula dan penguraian. Pengurusan pelupusan sampah adalah kurang effektif kerana sampah-sampah bandaran didapati lambat terlupus. Jika mengurus sampah melalui pembakaran pula, ia mencemarkan kualiti udara dan melonjakkan suhu panas global.

Oleh itu, pengurusan sampah melalui kitar-semula dan penguraian menjadi pilihan beberapa negara seperti di Switzerland, Austria, Jerman, Netherlands, Norway, India, Jepun, China, United Kingdom dan Afrika.

Mengikut kajian majlis-majlis bandaran di Malaysia, pungutan sampah-sampah bandaran adalah terdiri daripada beberapa jenis antaranya sampah sisa makanan, plastik, lampin pakai buang, kertas, sisa kebun, kaca, tekstil, tetrapak dan selainnya.

Mengapakah pengurusan sisa adalah penting?

Pengurusan sisa dilakukan untuk mengurangkan kesan buruk sampah terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar atau nilai estetika. Terdapat kes-kes khas di mana sisa boleh menimbulkan ancaman kepada kesihatan manusia serta flora dan fauna. Kebanyakan orang tidak mengendahkan ancaman keracunan berpunca daripada sisa buangan. Oleh itu, mereka tidak berasa kesal membuang sampah merata-rata termasuk membuang di dalam longkang, parit dan sungai. Sampah-sampah yang mereka buang kebanyakanya mengandungi bahan kimia yang boleh larut dalam air dan tanah.

Mungkin rakyat jelata kurang sedar bahawa sumber air di Malaysia banyaknya berpunca daripada sungai. Andai sungai-sungai banyak tercemar, bagaimanakah kualiti air minuman dan pengurusan pembersihan yang perlu dilakukan supaya air tersebut selamat untuk diminum.

Sebuah kajian dijalankan dan mendapati rakyat Malaysia secara puratanya membuang hampir 800 gram sampah setiap hari. Di bandar Kuala Lumpur sahaja, sebanyak 2500 tan sampah dikutip oleh majlis bandaran setiap hari.

Didapati daripada sampah-sampah bandaran di Malaysia, terdiri daripada sisa-sisa yang boleh dikitar-semula. Adalah amat merugikan negara apabila sisa-sisa ini tidak digunakan secara cekap.

Aktiviti kitar semula (recycle) amat penting dasawarsa ini. Kitar semula dapat menyelamatkan dunia daripada kelupusan sumber asli. Kitar-semula juga mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran dan pemanasan global. Ia juga boleh megurangkan tahap sampah terkumpul di pusat pelupusan sampah.

Jadi, marilah kita sama-sama melakukan aktiviti kitar semula. Biarlah ia bermula secara kecil seperti mengasingkan sampah mengikut jenisnya.

Kemudian mengambil tahu bilakah jadual majlis bandaran mengutip sisa-sisa boleh kitar semula ini.

Anda juga boleh menambah pembabitan nda di luar dengan menggunakan tong sampah berkaitan ketika membuang sisa-sisa seperti berikut:

Rebutlah peluang sebagai sukarelawan yang berkhidmat menjaga alam sekitar dengan melibatkan diri dalam kempen mengumpul tin bersama syarikat-syarikat yang terlibat dalam kempen memelihara alam sekitar seperti BIOGREEN!

Sumber rujukan:

  1. How to Make Compost, a Composting Guide.
  2. Jump up^ California Integrated Waste Management Board - Home Composting.

Disusun oleh: Ummu Abdillah Al-Madani

Celakanya jerat zionis menjelajah Baitulmaqdis
Wangian orang-orang zaman dahulu
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Filem ini mengisahkan kisah benar seorang lelaki berkulit hitam diculik dan dijual untuk dijadikan sebagai hamba. Pada tahun 1841, Solomon Northup adalah seorang lelaki Afrika-Amerika yang bekerja seb...
Sesetengah orang berfikir jika nak tambah pendapatan melalui blogger mestilah menggunakan Google Adsense atau periklanan pada laman web kita. Sebenarnya ada cara yang lain lagi untuk jana pendapatan i...
Joomla! adalah sistem pengurusan kandungan percuma dan sumber terbuka (CMS) untuk menerbitkan kandungan laman web. Selama bertahun-tahun Joomla! telah memenangi beberapa anugerah. Ia dibina di atas ra...
Kisah ini terjadi pada tahun 2010 dimana ketika itu umurku 25 tahun. Aku seorang lelaki berasal dari pantai timur yang merantau jauh dari keluarga untuk mencari rezeki di Klang Selangor. Aku menyewa s...
Jika anda memikirkan betapa banyak perkara pelik dan luar biasa yang terdapat di dunia tetapi tidak merasakan keajaiban kewujudannya. Anda mungkin telah bosan untuk hidup barangkali, tetapi kami pasti...
Apakah itu Revolusi Perindustrian?Revolusi Perindustrian bermula di Great Britain. Kebanyakan inovasi teknologi awal berasal daripada British. Perkembangan perdagangan dan kebangkitan perniagaan adala...
Planet bumi kita sentiasa menghasilkan sesuatu mengejutkan manusia seperti ia memaparkan bunga api, ikan-ikan yang berkilauan, gunung-ganang yang besar dan macam-macam lagi. Kami menyediakan gambar-ga...
Total Image Converter menukarkan imej kepada format lain, potong, mengubah saiz dan memusingkannya. Menukar TIFFs besar menjadi JPEG kecil, menghasilkan gambar yang sesuai untuk laman web atau memulih...
Anda tahu tentang Roselle? Roselle ialah sejenis bunga daripada keluarga Malvaceae. Ia adalah salah-satu daripada kumpulan Bunga Raya. Nama botanikalnya ialah Hibiscus sabdariffa L. Di negara – negara...
Kampung Giethoorn, di Belanda terkenal dengan ciri-ciri yang paling unik iaitu anda tidak akan menemui mana-mana kenderaan seperti kereta, bas, lori atau seumpamannya di sini. Pekan kecil yang indah i...
Di ruang dapur orang itulah tempat Jamhuri seisi keluarga berlindung daripada hujan dan panas. Memang, ruang dapur itu terlalu sempit untuk sebuah keluarga tinggal bersama, tapi apakan daya... Tatkala...

Teknologi

Fakta

Filem