Perkampungan yang indah tanpa jalan raya

Kampung Giethoorn, di Belanda terkenal dengan ciri-ciri yang paling unik iaitu anda tidak akan menemui mana-mana kenderaan seperti kereta, bas, lori atau seumpamannya di sini. Pekan kecil yang indah ini dikenali sebagai 'Venice dari Belanda' yang mana tidak mempunyai jalan raya, hanya sungai sahaja. Oleh itu, hanya dengan perahu atau sampan sahaja caranya untuk meronda sekitar kawasan perkampungan ini sambil menikmati suasana yang unik seperti tenang, udara yang segar dan selesa. Perkampungan Giethoorn yang aman damai sudah tentu menjadi tempat tinggal impian semua orang.

Kampung ini diasaskan pada tahun 1230 oleh sekumpulan pelarian dari selatan yang menemui kawasan itu untuk mencari penempatan yang baru. Apabila mereka mula-mula tiba di sini, mereka kagum dengan sejumlah tanduk kambing yang besar ditinggalkan selepas banjir besar. Itulah sebabnya tempat itu bernama Giethoorn, yang bermaksud 'tanduk kambing'.

Selama bertahun-tahun, penduduk sebelum itu telah menemui banyak tanah bergambut. Gembira dengan penemuan mereka, para peneroka menggali gambut di kawasan-kawasan yang sesuai dan mengakibat meninggalkan kesan lubang di tanah. Setelah masa berlalu, lubang-lubang ini berubah menjadi tasik dan kemudian menjadi sungai yang kita lihat hari ini di mana telah menjadikan kampung itu sebagai tarikan utama pelancong.

Kebanyakan rumah di kampung ini terletak di kepulauan dihubungkan dengan 50 jambatan kayu.

Dengan banyak buluh yang terdapat di kawasan ini, hampir ke semua rumah mempunyai bumbung jerami. Pada zaman dahulu, hanya orang kaya yang mampu menghasilkan bumbung berjubin. Hari ini pula sebaliknya di mana bumbung jerami lebih mahal.

Kampung ini menjadi terkenal pada tahun 1960-an keranat pengarah Belanda Bert Haanstra kerana telah menjadikan perkampungan ini sebagai lokasi di salah satu filemnya.

Perahu yang serba guna, perahu kembung, perahu kecil untuk disewa. Semua ini adalah cara yang ada untuk meronda dan mengelilingi kampung. Hanya perahu elektrik sahaja dibenarkan. Perahu petrol atau diesel tidak dibenarkan sama sekali.

Jam kertas 3d yang kelihatan realistik
Rosella: Tumbuhan yang boleh mencegah ketegangan o...
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Filem ini mengisahkan kisah benar seorang lelaki berkulit hitam diculik dan dijual untuk dijadikan sebagai hamba. Pada tahun 1841, Solomon Northup adalah seorang lelaki Afrika-Amerika yang bekerja seb...
Sekitar musim luruh 1979, penduduk Liverpool di England gempar dengan cerita aneh membabitkan seorang lelaki, Frank Haines, 56. Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang selepas menziarahi i...
Apa itu pengurusan sisa?Pengurusan sisa atau pelupusan sisa adalah semua aktiviti dan tindakan yang diperlukan untuk menguruskan sisa dari awal penghasilannya sehinggalah kepada peringkat pelupusan te...
21.12.12 telah pun lama berlalu. Jelaslah kiamat sebagaimana diuar-uarkan oleh media Barat tidak berlaku. Hakikatnya kiamat pasti akan berlaku tetapi manusia tetap tidak tahu bila ia akan tiba.Terbukt...
Pada tahun 2043, pengkhianat James Cole (Aaron Stanford) telah direkrut oleh pasukan saintis "Project Splinter" yang diketuai oleh ahli fizik Katarina Jones (Barbara Sukowa) untuk menghantar kembali k...
Seniman moden sering mengkritik dunia kita yang tidak sempurna dalam karya mereka. Gunduz Agayev adalah seorang seniman sedemikian, tetapi karya-karyanya berbeza sama sekali.Gunduz tidak takut menunju...
Dahulu mudah mencari durian sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya di Petaling Street, Chow Kit, Kampung Baru dan Petalin Jaya. Beberapa tahun sebelum ini banyak juga kawasan yang menawarkan “Duria...
Total Image Converter menukarkan imej kepada format lain, potong, mengubah saiz dan memusingkannya. Menukar TIFFs besar menjadi JPEG kecil, menghasilkan gambar yang sesuai untuk laman web atau memulih...
Singapura adalah sebuah negara yang sangat mementingkan kebersihan dan mempunyai undang-undang yang ketat. Walaupun ia sebuah negara yang kecil ia adalah negara yang stabil ekonomi berbanding dengan n...
Dunia berubah dengan cepat dan kita bersama-sama dengannya. Malangnya, tidak semua perubahan ini adalah untuk kebaikan kita.Sesetengah orang telah menyatakan keprihatinan mereka tentang kita melalui s...
Rupa kedua-dua makanan ini hampir serupa cuma rasanya berlainan.Skone adalah sejenis roti yang sering dimakan oleh orang Eropah pada waktu petang. Biasanya ia dihidangkan bersama teh, gabungan ini din...

Teknologi

Fakta

Filem