Perkara-perkara yang tidak patut anda lakukan di Singapore

Singapura adalah sebuah negara yang sangat mementingkan kebersihan dan mempunyai undang-undang yang ketat. Walaupun ia sebuah negara yang kecil ia adalah negara yang stabil ekonomi berbanding dengan negara-negara yang jiran. Jika anda merancang untuk melancong di negara ini, pastikan anda tidak melakukan perkara-perkara seperti di bawah untuk mengelak daripada menghadapi masalah seperti didenda atau dipenjarakan.

Gula-Gula Getah

Membeli atau membawa gula-gula getah dari luar apatah lagi meludah keluar adalah di larang sama sekali. Jika ditangkap anda boleh dikenakan denda sebanyak SGD 500 (RM 1500++) ke atas pengguna atau denda sehingga SGD 100,000 (RM 300,000) ke atas penjual. Gula-gula getah hanya boleh digunakan untuk rawatan sahaja dan surat rawatan wajib dibawa sekali ketika mengunyahnya.

Tandas

Pastikan siram mangkuk tandas selepas menggunakannya. Jika ditangkap, anda akan didenda sebanyak SGD 150 (RM 450++).

Video Lucah Atau Berbogel

Tengok video lucah atau berbogel adalah satu kesalahan walaupun anda bersendirian di rumah sendiri. Kadar denda juga tinggi iaitu SGD 2,000 (RM 6,000++) atau dipenjara sehingga 3 bulan jika disabit kesalahan.

Sampah

Membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda sebanyak SGD 1,000 (RM 3,000++) walaupun sampah tu sekecil ibu jari. Jika tak jumpa tong sampah, sila jadikan poket anda sebagai tong sampah sementara jika tak mahu duit melayang.

Kaki

Peranan kaki juga sensitif kerana boleh menyingung perasaan orang sekeliling yang terlihat walaupun anda tidak sengaja. Jadi anda perlu elakkan meletak kaki anda di kerusi atau pun meja untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini terjadi. Walaubagaimana pun kesalahan ini tidak dikenakan denda.

MRT

Anda tidak dibenarkan sama sekali makan atau minum di dalam MRT walaupun makanan ringan sekalipun. Jika tidak anda akan didenda sehingga SGD 500 (RM 1500++) jika sabit kesalahan.

WiFi

Pastikan anda tidak menggunakan sambungan wifi tanpa mengetahui siapakah kepunyaannya. Ini kerana menggunakan sambungan wifi sesuka hati di anggap satu kesalahan besar dan boleh dikenakan denda sehingga SGD 10,000 (RM 30,000++) atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun di bawah akta penyalahgunaan komputer.

Hadiah

Dalam pemberian hadiah kepada seseorang juga memerlukan cara yang betul iaitu 1) Jenis pembalut jangan sesekali menggunakan warna putih kerana ia mempunyai maksud berkabung. 2) Jam, bunga dan sapu tangan adalah berkaitan dengan pengebumian orang Cina. Oleh itu, elakkan dijadikan sebagai hadiah. 3) Jangan berikan hadiah dengan tangan kiri anda.

Merokok

Merokok di tempat awam akan di denda sebanyak SGD 200 (RM 600++) walaupun di tempat itu tiada tanda larangan merokok.

Grafiti

Menyembur/melukis di mana-mana dinding dikira satu kesalahan berat walaupun sedikit. Bukan setakat denda atau dipenjara, malah anda mungkin akan dipukul akibat perbuatan ini. Jadi gunakanlah seni grafiti anda itu ditempat yang berpatutan.

Dadah

Jika anda seorang penagih tegar, lupakanlah untuk pergi ke Singapore. Untuk memasuki negara ini diperlukan sistem badan bersih dari dadah dan akan di semak sebaik sahaja anda sampai ke sana. Anda boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan melibatkan dadah.

Meludah

Anda juga tahu bukan meludah pada tempat yang tidak sesuai bukanlah satu sifat yang baik tetapi jika perbuatan ini dilakukan di Singapore, anda pasti akan terima padahnya. Jika ditangkap, anda akan dikenakan denda sehingga SGD 1,000 (RM 3,000++) dan diberikan tamparan percuma di muka.

Aktiviti

Melakukan apa-apa aktiviti sahaja yang boleh menjejaskan lalu lintas juga merupakan satu kesalahan seperti aktiviti bermain layang-layang. Denda akan dikenakan sehingga SGD 5,000 (RM 15,000++). Jika hendak bermain, sila jauhi tempat awam yang sibuk terutamanya jalan raya.

Burung Merpati

Anda mungkin rasa tidak apa-apa memberikan makanan kepada burung dengan roti anda tetapi kena ingat, ia adalah satu kesalahan di negara ini dan anda boleh dikenakan denda SGD 500 (RM 1500++).

Melintas

Melintas sesuka hati tanpa menggunakan laluan yang betul (50 meter / 164 kaki dari laluan yang dibenarkan) juga merupakan satu kesalahan dan anda boleh dikenakan denda sehingga SGD 1,000 (RM 3,000++) atau dipenjara 3 bulan. Jika ditangkap buat kali ke dua akan dikenakan denda sehingga SGD 2,000 (RM 6,000++) atau 6 bulan penjara.

Bajrangi Bhaijaan: Filem hindi yang menarik patut ...
Anda kini boleh menghantar gambar di Facebook Mess...
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Total Image Converter menukarkan imej kepada format lain, potong, mengubah saiz dan memusingkannya. Menukar TIFFs besar menjadi JPEG kecil, menghasilkan gambar yang sesuai untuk laman web atau memulih...
Jika anda memikirkan betapa banyak perkara pelik dan luar biasa yang terdapat di dunia tetapi tidak merasakan keajaiban kewujudannya. Anda mungkin telah bosan untuk hidup barangkali, tetapi kami pasti...
Kisah lorworth Hoare, perogol bersiri yang dihukum penjara seumur hidup dan memenangi hadiah loteri tujuh juta pound (RM49 juta) pada ketika dahulu adalah sebuah cerita yang menakutkan. Bukannya nak b...
Bluestacks adalah sebuah syarikat teknologi Amerika yang menghasilkan perisian pemain BlueStacks dan produk berasaskan awan yang lain. Perisian pemain BlueStacks direka untuk membolehkan aplikasi Andr...
Raymond "Red" Reddington, bekas pegawai perisikan angkatan tentera laut AS yang telah menghilangkan diri lebih dua puluh tahun lalu kini menjadi salah satu daripada sepuluh pelarian paling dikehendaki...
Planet bumi kita sentiasa menghasilkan sesuatu mengejutkan manusia seperti ia memaparkan bunga api, ikan-ikan yang berkilauan, gunung-ganang yang besar dan macam-macam lagi. Kami menyediakan gambar-ga...
Serpihan gelas susah nak lupus. Telah didapati gelas masih belum terlupus walaupun berusia 3000 tahun! manakala plastik pula mengambil masa selama 500 tahun untuk terurai. Bahan kimianya akan mencemar...
Anda tahu tentang Roselle? Roselle ialah sejenis bunga daripada keluarga Malvaceae. Ia adalah salah-satu daripada kumpulan Bunga Raya. Nama botanikalnya ialah Hibiscus sabdariffa L. Di negara – negara...
Terdapat lebih satu bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia pada masa ini. Walaubagaimanapun tidak semua yang tahu fungsi-fungsi WhatsApp secara keseluruhan kerana tidak mengetahuinya. Di sini kami ...
Coca-Cola merupakan salah satu jenama minuman yang besar dan terkenal di dunia. Lebih daripada 1.9 bilion hidangan minuman dinikmati lebih daripada 200 buah negara setiap hari. Samada anda merupakan s...
ARPG 3D FINAL FANTASY pertama di Malaysia dan Singapore telah dilancarkan, dan akan membawa anda ke penciptaan dunia. SQUARE ENIX telah memberi kebenaran, ARPG FF 3D pertama di Malaysia dan Singapore,...

Teknologi

Fakta

Filem