Revolusi Perindustrian Keempat: Apakah maksud dan kesannya

Apakah itu Revolusi Perindustrian?

Revolusi Perindustrian bermula di Great Britain. Kebanyakan inovasi teknologi awal berasal daripada British. Perkembangan perdagangan dan kebangkitan perniagaan adalah penyebab utama Revolusi Perindustrian. Revolusi Perindustrian menandakan titik perubahan utama dalam sejarah di mana hampir setiap aspek kehidupan seharian dipengaruhi olehnya.

Penggunaan terawal yang termaktub dalam istilah "Revolusi Perindustrian" ditemui pada penulisan oleh Louis-Guillaume Otto dalam surat bertarikh 6 Julai 1799.

Apa punca industri berubah?

  • REVOLUSI INDUSTRI PERTAMA: Tenaga daripada punca air & teknologi wap telah membawa kepada industri buatan secara mekanikal.
  • REVOLUSI INDUSTRI KEDUA: Tenaga Elektrik telah membawa kepada perusahaan besar-besaran secara elektrikal.
  • REVOLUSI INDUSTRI KETIGA: Kemunculan Industri Digital telah membawa kepada penggunaan internet. Teknologi-teknologi baru juga ditemui untuk menggantikan sumber tenaga-tenaga lama yang semakin berkurangan sumbernya seperti petroleum.
  • REVOLUSI INDUSTRI KEEMPAT: Penggunaan data secara Globalisasi, wujudnya penggunaan telefon mudah alih bertaraf “Super”, pembinaan robot-robot bijak, pemanduan kereta secara kendiri, Teknologi Neuro-Teknologi Otak & pembaikian Genetik.

Pada tahun 2017, perkataan Revolusi Perindustrian ke-4 menjadi perkataan yang disebut-sebut dalam kalangan bijak-pandai teknologi dunia.

Jadi, apakah itu Revolusi Perindustrian ke-4?

Sebenarnya, apabila Industri Digital menjadi matang, tanpa disangka-sangka manusia di dunia mendapatkan kumpulan-kumpulan data besar yang tersedia di tangan. Gabungan data besar, teknologi fizikal dan analisis, telah berjaya membentuk sebuah gangguan terhadap industri tenaga. Gangguan yang terbentuk ini telah membina semula cara bagaimana kita seharusnya bekerja, mengaitkan sesuatu, cara berkomunikasi & cara belajar. Dengan adanya gangguan ini, maka terjadilah revolusi terhadap industri tenaga.

Walaupun ramai orang melihat Revolusi Perindustrian ke-4 sebagai ancaman pekerjaan kepada manusia, tetapi hakikatnya jika kita perhatikan ia menawarkan potensi terbaik dalam perkembangan teknologi berdaya maju, seperti:

  1. Mendedahkan semua orang kepada cabaran. Di mana, sebelum kemunculan revolusi ini (4.0) interaksi manusia adalah antara manusia dan manusia. Tetapi selepas kemunculannya, kaedah interaksi mengubah kepada interaksi antara manusia kepada mesin.
  2. Ia berlaku secara global. Revolusi 3.0 Digital World membolehkan ramai orang mencapai banyak perkara melalui perkhidmatan internet.
  3. Industri tenaga akan mencapai titik kritikal tidak lama lagi, di mana Artificial Intelligence akan mengambil-alih fungsi manusia. Contohnya:

Business Insider Malaysia menerbitkan sebuah artikel diterbitkan pada 1 Disember 2016. Artikel tersebut bertajuk "21 Titik Teknologi Titipan yang Kita Akan Kita Capai Menjelang tahun 2030". Artikel ini memberi kita beberapa pandangan sejauh mana teknologi dapat mencapai 'titik tertinggi' dalam teknologi.

  1. 90% penduduk akan mempunyai simpanan data tanpa had pada 2018.
  2. Robot farmasi pertama akan tiba di Amerika Syarikat pada tahun 2021.
  3. 1 trilion sensor akan disambungkan ke internet menjelang tahun 2022.
  4. 10% penduduk dunia akan memakai pakaian yang disambungkan kepada internet menjelang tahun 2022.
  5. Kereta pertama yang dicetak melalui teknologi 3D akan dikeluarkan pada tahun 2022.
  6. Telefon mudah alih yang pertama dapat ditanam dalam badan manusia akan menjadi komersial pada tahun 2025.
  7. Kerajaan pertama yang akan menggantikan kaedah banci dengan teknologi data besar (Big Data) menjelang tahun 2023.
  8. 10% cermin mata akan disambungkan kepada internet pada tahun 2023.
  9. 80% orang di dunia akan mempunyai kehadiran digital dalam talian menjelang 2023.
  10. Kerajaan akan mengutip cukai buat kali pertama melalui rantaian blok (blockchain) pada tahun 2023.
  11. 90% daripada penduduk global akan mempunyai superkomputer di dalam poket mereka menjelang tahun 2023.
  12. Akses ke internet akan menjadi hak asas menjelang tahun 2024.
  13. Pemindahan pertama hati yang dicetak melalui sistem 3D akan berlaku pada tahun 2024.
  14. Menjelang 2024, lebih daripada 50% trafik internet adalah dari peralatan dan peranti.
  15. 5% daripada produk pengguna akan dicetak dengan sistem 3D.
  16. 30% audit korporat akan dilakukan oleh robot bijak-pandai menjelang tahun 2025.
  17. Secara global, lebih banyak perjalanan akan dibuat menggunakan program perkongsian kereta daripada kereta milik persendirian pada tahun 2025.
  18. Kereta tanpa pemandu akan mengambil kira 10% daripada jumlah ke semua kereta yang berada di Amerika Syarikat pada tahun 2026.
  19. Robot bijak-pandai (Artificial Intelligence) pertama akan menyertai lembaga pengarah korporat pada tahun 2026.
  20. Bandar pertama yang mempunyai lebih daripada 50,000 orang dan tiada satu lampu isyarat pun yang akan mengawal lalu-lintas, akan muncul pada tahun 2026.
  21. Menjelang 2027, 10% daripada keluaran dalam negara kasar global akan disimpan menggunakan teknologi blockchain.

Sumber Rujukan:

  • Horn, Jeff; Rosenband, Leonard; Smith, Merritt (2010). Reconceptualizing the Industrial Revolution. Cambridge MA, USA, London: MIT Press. ISBN 978-0262515627.
  • Landes & year-1969, pp. 15
  • Lucas, Robert E., Jr. (2002). Lectures on Economic Growth. Cambridge: Harvard University Press. pp. 109–10. ISBN 978-0-674-01601-9.
  • Feinstein, Charles (September 1998). "Pessimism Perpetuated: Real Wages and the Standard of Living in Britain during and after the Industrial Revolution". Journal of Economic History. 58 (3): 625–58. doi:10.1017/s0022050700021100. Retrieved 6 May2014.
  • Szreter & Mooney; Mooney (February 1998). "Urbanization, Mortality, and the Standard of Living Debate: New Estimates of the Expectation of Life at Birth in Nineteenth-Century British Cities". The Economic History Review. 51 (1): 104. doi:10.1111/1468-0289.00084. Retrieved 6 May 2014.

Disusun Oleh: Ummu Abdillah Al-Madani

Dunia Tidak Mustahil: Pekerja robot pengganti tena...
BlueStacks: Perisian emulator Android yang patut a...
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Dahulu mudah mencari durian sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya di Petaling Street, Chow Kit, Kampung Baru dan Petalin Jaya. Beberapa tahun sebelum ini banyak juga kawasan yang menawarkan “Duria...
Hidup ni kita kenalah mempunyai perasaan. Kalau tidak ada perasaan, sila meninggal. Kami di sini menyenaraikan beberapa kelakuan yang boleh memberikan kita rasa seronok, gembira, lega, tenang dan seum...
Kertas, gam dan bakat. Ini adalah kombinasi yang digunakan oleh artis Jepun Manabu Kosaka untuk membuat jam tangan replika yang sempurna. Kerja itu sangat teliti dan lengkap. Pencapaian terbesar Kosak...
Filem ini mengisahkan kisah benar seorang lelaki berkulit hitam diculik dan dijual untuk dijadikan sebagai hamba. Pada tahun 1841, Solomon Northup adalah seorang lelaki Afrika-Amerika yang bekerja seb...
Dalam tempoh yang singkat, terkenal pada musim panas yang lepas, Pokémon Go mencapai kedudukan yang tertinggi dalam carta permainan telefon bimbit. Ia memberi kesan ketagihan, kegembiraan, kecederaan ...
Serpihan gelas susah nak lupus. Telah didapati gelas masih belum terlupus walaupun berusia 3000 tahun! manakala plastik pula mengambil masa selama 500 tahun untuk terurai. Bahan kimianya akan mencemar...
Apa itu pengurusan sisa?Pengurusan sisa atau pelupusan sisa adalah semua aktiviti dan tindakan yang diperlukan untuk menguruskan sisa dari awal penghasilannya sehinggalah kepada peringkat pelupusan te...
Sesetengah orang berfikir jika nak tambah pendapatan melalui blogger mestilah menggunakan Google Adsense atau periklanan pada laman web kita. Sebenarnya ada cara yang lain lagi untuk jana pendapatan i...
KUALA LUMPUR – Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin 27.11.2017 sehingga 31.12.2017 ini.Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, be...
Jika anda memikirkan betapa banyak perkara pelik dan luar biasa yang terdapat di dunia tetapi tidak merasakan keajaiban kewujudannya. Anda mungkin telah bosan untuk hidup barangkali, tetapi kami pasti...
Di ruang dapur orang itulah tempat Jamhuri seisi keluarga berlindung daripada hujan dan panas. Memang, ruang dapur itu terlalu sempit untuk sebuah keluarga tinggal bersama, tapi apakan daya... Tatkala...

Teknologi

Fakta

Filem