Rosella: Tumbuhan yang boleh mencegah ketegangan otot, radang pundi kencing dan membantu penghadaman.

Anda tahu tentang Roselle? Roselle ialah sejenis bunga daripada keluarga Malvaceae. Ia adalah salah-satu daripada kumpulan Bunga Raya. Nama botanikalnya ialah Hibiscus sabdariffa L. Di negara – negara barat ia dikenali sebagai ‘Rozelle’ atau ‘Jamaica Sorrel’. Manakala di masyarakat Arab seperti di Negara Saudi dan Mesir ia dikenali dengan nama Karkadeh (carcade).

Pokok Roselle

Bunga Roselle

Kegunaannya bunga ini adalah sebagai bahan perubatan alternatif atau digunakan sebagai air minuman.

  • Di negara Eropah, Roselle digunakan untuk bahan perubatan farmaseutikal dan dalam bidang perisa makanan (food-flavoring).
  • Di Mesir ia digunakan sebagai ubat untuk sakit darah tinggi.
  • Di Taiwan, biji Roselle digunakan untuk melawaskan kencing dan memudahkan buang air besar (julap).
  • Di Afrika bunga Roselle sering dijadikan air minuman sebagai mana rakyat Malaysia menikmati teh.
  • Di Afrika Tengah, daun Roselle digunakan untuk mengeluarkan nanah dari kulit.
  • Dikatakan bahawa Roselle boleh mengubati batuk, demam, hipertensi, ketidak-hadaman, melancarkan peredaran usus, membantu selera makan, membaiki masalah pernafasan, melegakan saluran darah, melegakan saluran darah dan membunuh cacing parasit.

Roselle adalah tumbuhan semulajadi yang terdapat banyak di kawasan tropika. Ia dikenali sejak berzaman lamanya. Pokoknya agak renek berukuran 2.4 meter tinggi. Batangnya berwarna merah. Ia mempunyai daun berjumlah  antara 3 – 5 helai berselang-seli. bunganya berukuran sepangjang 12.5 cm dan berwarna kuning apabila mekar. Di petang hari ia akan menguncup dan bunganya bertukar menjadi warna merah pekat atau merah jambu. Ia berbunga setahun sekali dan buahnya mengambil masa untuk matang iaitu selama 6 bulan.

Kajian terhadap kandungan vitamin 100 gram kuntum bunga Roselle mengandungi:

  • Vitamin C = 260 -280 mg
  • Vitamin B1 = 0.04 mg
  • Vitamin B2 = 0.06 mg
  • Vitamin D = 2.85 µg

Kandungan Phyto-kimia:

  • 49 Kalori
  • 84.5% H2O
  • 1.9g Protein
  • 0.1g Lemak
  • 12.3g Karbohidrat
  • 2.3g Fiber
  • 1.2g Abu
  • 1.72mg Ca
  • 57mg P
  • 2.9mg Fe
  • 300mg Karotin
  • 14mg Asid Ascorbic

Mengandungi saponins, tannins dan cyanogenic glycoside. Manakala ekstrak Roselle kaya dengan pigmen Anthosianin (Flavonid), Asid ascorbic (sebagai antioksidan) dan lain-lain asid buah.

Beberapa kajian telah dijalankan tentang pengaruh tumbuhan Roselle. Berikut merupakan keputusan yang didapati hasil kajian:

  • Kajian telah mendapati bahawa kuntum bunga Roselle mengandungi kandungan anti-hipertensi, mengelakkan ketegangan otot dan mengurangkan kesan jangkitan bakteria.
  • Dalam satu eksperimen mendapati bahawa ekstrak Roselle boleh mengurangkan kandungan kesan pengambilan alkohol, mengurangkan risiko batu karang dan menghalang pengumpulan yis serta mengurangkan demam.
  • Kajian ke atas Jus Roselle menunjukkan bahawa ia mencairkan kepekatan darah, menjauhkan radang saluran kencing dan radang pundi kencing, membantu penghadaman, bertindak sebagai penyaring toksik pada tubuh badan manusia serta membantu orang yang kurang Vitamin C dalam badan.

Cadangan jumlah/quantiti pengambilan:

  • Bentuk ekstrak (Tincture) : 1 – 3 ml, setiap hari ( 1 – 3 titik)
  • Bentuk cecair (Infusion) : 1 - 2 cawan sehari

Perhatian: Elakkan mengambil Roselle jika anda sedang menggunakan ubat-ubatan mengurangkan tekanan darah, kerana boleh menyebabkan keadaan berbahaya bagi diri anda !!! Sila dapatkan nasihat doktor / pakar perubatan / ahli farmasi yang bertauliah.

Roselle kering direbus kemudian dijadikan sebagai minuman.

Sumber rujukan:

  1. “Studies on the aqueous extract of jamaica (Hibiscus Sabdariffa) as a potent antioxidant” by V. HUERTA-E, Facultad de Ing Quimica, Escuela de Ingenieria de Alimentos, Benemerita Universidad Autonoma de Puebla, 18 Sur & San Claudio, Ciudad Universitaria, Puebla, 72000, Mexico, I. Garcia.
  2. “Phytochemical, pharmacological and toxicological aspects of Hibiscus sabdariffa L.: a review”. Instituto de Farmacia y Alimentos, Univ. de La Habana, La Coronela, La Lisa, Ciudad Habana, Cuba, E. Urrutia, Investigacion, Univ. Popular Autonoma del Estado de Puebla, 21 Sur 1103, Col. Santiago, Puebla, Pue, 72160, Mexico, and J. L. Rodriguez, Instituto de Investigaciones de la Industria Alimentaria, IIIA, La Habana, Cuba.
  3. Ali BH, Al Wabel N, Blunden G. Department of Veterinary Medicine, Al-Gaseem University, Buraydah, Al Gaseem 81999, Saudi Arabia.

Disusun oleh: Ummu Abdillah Al-Madani

Perkampungan yang indah tanpa jalan raya
Bajrangi Bhaijaan: Filem hindi yang menarik patut ...
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Coca-Cola merupakan salah satu jenama minuman yang besar dan terkenal di dunia. Lebih daripada 1.9 bilion hidangan minuman dinikmati lebih daripada 200 buah negara setiap hari. Samada anda merupakan s...
Kampung Giethoorn, di Belanda terkenal dengan ciri-ciri yang paling unik iaitu anda tidak akan menemui mana-mana kenderaan seperti kereta, bas, lori atau seumpamannya di sini. Pekan kecil yang indah i...
Ia adalah fakta yang diketahui bahawa wanita hidup lebih lama daripada lelaki. Sekiranya anda tidak pernah fikirkan tentang sebab-sebab fenomena ini, kompilasi foto lucu dari kami akan menerangkan ban...
Di ruang dapur orang itulah tempat Jamhuri seisi keluarga berlindung daripada hujan dan panas. Memang, ruang dapur itu terlalu sempit untuk sebuah keluarga tinggal bersama, tapi apakan daya... Tatkala...
Filem ini mengisahkan tentera laut Amerika Syarikat membangunkan projek penerbangan untuk menangani pengganas antarabangsa dan musuh-musuh negara dengan cepat dan senyap, dan pengurus projek Kapten Ge...
Kertas, gam dan bakat. Ini adalah kombinasi yang digunakan oleh artis Jepun Manabu Kosaka untuk membuat jam tangan replika yang sempurna. Kerja itu sangat teliti dan lengkap. Pencapaian terbesar Kosak...
Kembang kempis hidung Abdul Ghani Ali apabila tercium bau busuk daripada tong sampah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang diselongkar. Satu per satu beg hitam yang bertimbun itu dikir...
Wahai anakku!Lihatlah ke arah burung berdada putih di atas pohon itu. Kepaknya berbulu hitam putih bagai salju di tanah hitam. Bulu dari tengkuk hingga ke kepalanya bagai matahari berwarna oren sewakt...
Robot sudah menjadi kehadiran yang biasa dalam industri perkilangan. Tidak dinafikan bahawa robot-robot di kilang telah membuat aktiviti perkilangan menjadi semakin senang, membolehkan pengeluaran pro...
Admin telah menggunakan perisian ini lebih dari 7 tahun dan ianya betul-betul memuaskan. Sekarang ni pun admin masih lagi menggunakannya utk domain http://majalah.me, http://jpjkpptest.com dan lain-la...
FONT berwarna merah tebal, terpampang di tirai e-mel yang saya terima daripada orang yang tak dikenali. Syarikatnya beroperasi di Cheras, Kuala Lumpur, sama seperti iklan bekerja dari rumah yang perna...

Teknologi

Fakta

Filem