Sejarah dan asal usul teh yang telah menjadi kegemaran seluruh dunia

Teh adalah minuman berkafeina dan dihasilkan daripada daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis atau Camellia thea di dalam air panas dan sejuk, melalui cara rendaman atau campuran. Cara pemprosesan melibatkan pengoksidaan, pemanasan dan pengeringan. Selain itu, untuk memberi rasa yang berlainan dan peningkatan kualiti, teh dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah, bunga dan perasa buah.

Pada suatu hari, Kaisar Shen Nung sedang mendidihkan air. Beliau melakukan aktiviti itu dibawah sebuah pokok. Kebetulan pada petang itu, angina bertiup agak kencang sehingga menyebabkan beberapa daun yang ditiupi angin telah masuk ke dalam bekas didihan airnya itu.

Air didihan tersebut telah bertukar warna. Disebabkan rasa ingin tahu mendadak di dalam hatinya, maka Kaiser Sheng Nung memutuskan untuk merasai air tersebut. Setelah meminum air tersebut, Kaisar pun merasakan air itu sedap dan menyegarkan tubuhnya.

Cerita versi lain pula di mana India menghubungkan penemuan teh dengan biarawan Bodhidharma. Setelah bertapa selama 7 tahun, beliau sangat letih. Dalam keadaan putus-asa beliau mengunyah beberapa daun yang tumbuh di sekitar tempatnya. Ternyata setelah dikunyah, dia merasa segar kembali.

Air teh yang cukup menyegarkan.

Pokok teh yang ditanam memerlukan masa selama dua tahun untuk matang sebelum daunnya boleh dipetik.

Setelah berusia dua tahun, daun teh mula dipetik di bahagian pucuknya. Daun-daun teh boleh dipetik selang tiga minggu.

Daun-daun teh dipetik hanya pada waktu pagi. Pekerja akan memilih daun-daun muda atau pucuk daun Teh sahaja untuk membuat teh yang berkualiti tinggi. Zaman dahulu daun teh dipetik dengan menggunakan tangan. Namun teknologi semakin berkembang, kini banyak ladang teh menggunakan peralatan yang canggih untuk kerja memetik daun tersebut. Walaupun menggunakan alat tersebut, tenaga tangan masih digunakan.

Selepas daun teh dipetik, ia akan dipilih mengikut kualitinya dan ditimbang. Kemudiannya ia dihantar ke kilang untuk melalui lima peringkat pemprosesan sehingga menjadi teh. Proses ini mengambil masa selama 12 jam hingga 20 jam.

Proses pertama ialah pengeringan daun Teh. Selepas ia kering, daun Teh akan melalui proses penggilingan. Hasil daripada penggilingan ini, daun Teh akan menjadi lebih kecil. Kilang Boh menggunakan tiga jenis mesin penggilingan iaitu Mesin Rotovane, mesin penggelek dan mesin CTC (potong, koyak dan gulung).

Kemudian daun tersebut akan menjalani peringkat Fermentasi atau pengoksidaan. Daun yang sudah siap digiling akan didedahkan kepada udara dan dibiarkan sehingga satu masa yang ditetapkan.

Proses seterusnya ialah pengeringan yang akan menghentikan proses fermentasi. Wap panas bersuhu 1200 darjah Celsius ditebarkan selama 10 minit ke atas daun Teh tadi.

Teh ini kemudian diasingkan oleh penapis untuk menetukan saiz yang bersesuai.

Untuk menjamin kualiti setiap keluaran teh, kilang teh menggambil pakar perasa yang akan memeriksa teh tersebut daripada segi warna, aroma dan kesegaran rasanya. Pekerjaan ini dianggap satu seni dan penghormatan bagi penggemar Teh.

Setelah siap segala proses daripada memetik sehingga ke proses merasa, teh yang sudah siap boleh disimpan. Tetapi ia harus di simpan di tempat yang kering.

Anda ingin tanam teh sendiri? Ikuti langkah-langkah berikut:

IKLIM YANG SESUAI BAGI POHON TEH:

  • Pokok Teh memerlukan purata hujan yang tinggi, oleh itu pohon teh yang ditanam diatas tanah tinggi lebih berkualiti dan sedap rasanya.

  • Ketinggian kawasan tanaman adalah antara 800 meter ke 1,100 meter dari aras laut. Jika pohon teh ditanam di kawasan yang melebehi ketinggian 1,100 meter, kadar produksi daun teh akan berkurangan kerana daunnya lambat tumbuh (akibat tekanan tinggi).
  • Suhu sesuai untuk pohon teh hidup subur ialah 140C hingga 250C.

TARAHAN TANAH:

  • Pohon teh perlu ditanam di tanah yang curam.
  • Lereng perlu berbentuk Panjang-panjang dan berbentuk petak Panjang, ini untuk memudahkan kerja memetik daun teh dan kitar tadahan air.
  • Tanah perlu digembur selalu supaya ia subur.

JENIS – JENIS SELEKSI TEH:

  • Teh putih - Pucuk daun yang tidak melalui proses pengoksidaan iaitu dijauhkan daripada pendedahan cahaya matahari.
  • Teh hijau - Hanya melalui proses pengoksidaan yang sebentar. Kemudian proses pengoksidaan dihentikan dengan cara diwapkan atau keringkn daun di atas kuali panas.
  • Oolong (烏龍茶) - Pengoksidaan dihentikan ketika daun teh mencapai tahap separa matang.
  • Teh hitam - Berlaku pengoksidaan yang sempurna. Teh hitam boleh ditambah klasifikasinya berdasarkan Teknik penyediaannya contoh kaedah kuno iaitu "CTC" (Crush, Tear, Curl atau "Penyek, Koyak, Kecut" ). Teh hitam juga boleh dikelaskan mengikut kawasan ia ditanam (ladang asal) atau daripada segi bilangan tuaian seperti flush (keluaran pertama, kedua, atau musim luruh).

VARIASI TEH LUAR BIASA:

  • Pu-erh (普洱茶) - Ia adalah sejenis teh khas dari Jajahan Yunnan, China. Cara penyediaan daun Teh ini, ia dibungkus dengan cara memampatkan ke dalam bentuk seakan batu-bata, cakera atau gasing. Terdapat Teh Pu-erh juga dipanggil sebagai ‘teh dwi-penapaian’. "Penapaian" kedua ini adalah melalui tindakan mikrob dan kulat. Kebanyakan teh digunakan dalam setahun selepas tarikh pengeluarannya. Luar biasanya teh Pu-erh boleh disimpan melebihi 50 tahun. Teh ini seringkali direndam untuk tempoh masa yang lama atau juga direbus (orang-orang Tibet merebusnya semalaman). Pu-erh juga dianggap sebagai teh ubat di masyarakat negara China.
  • Teh kuning - Teh ini menyerupai teh hijau, tetapi ia melalui proses pengeringan yang sangat perlahan. Luar biasanya teh ini adalah kerana nama timangannya “Teh Maharaja” kerana ia dihidangkan di dalam istana-istana maharaja.
  • Chong Cha (虫茶, teh cacing) - Ia digunakan dalam perubatan Cina untuk menangani cuaca musim panas dan melegakan simptom selsema "Influenza". Luar biasanya teh ini adalah kerana ia diperbuat dari benih pokok teh renek dan bukan bahagian daunnya.
  • Kukicha - The ini dikenali sebagai “teh musim sejuk”. Ia Popular sebagai makanan kesihatan di Jepun dalam diet makrobiotik. Luar biasanya teh ini kerana ia diperbuat daripada ranting dan daun tua yang dipotong dari pokok teh semasa musim bertapa. Ia kemudiannya dilayur di atas api.
  • Lapsang souchong (正山小种 or 烟小种) - Teh ini adalah sejenis teh hitam yang berasal dari Fujian, China. Luar biasanya teh ini adalah kerana cara penyediaanya. Daun teh dikeringkan, kemudian diasapkan dengan menggunakan kayu api pokok pain (pine). Bau asap dari pokok pain sangat kuat.
  • Teh Rize - Ia adalah sejenis teh hitam yang pekat. Ia dihasilkan di negara Turki. Luar biasanya teh ini adalah kerana cara hidangan. Teknik hidangan teh ini dididihkan terlebih dahulu dan dihidangkan berasingan tanpa gula.

Disusun oleh: Ummu Abdillah Al-Madani

Memandu kenderaan sambil bermain Pokemon Go telah ...
BR1M 2018: Kemaskini dan permohonan baru dibuka pa...
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

KUALA LUMPUR – Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin 27.11.2017 sehingga 31.12.2017 ini.Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, be...
Raymond "Red" Reddington, bekas pegawai perisikan angkatan tentera laut AS yang telah menghilangkan diri lebih dua puluh tahun lalu kini menjadi salah satu daripada sepuluh pelarian paling dikehendaki...
Wahai anakku!Lihatlah ke arah burung berdada putih di atas pohon itu. Kepaknya berbulu hitam putih bagai salju di tanah hitam. Bulu dari tengkuk hingga ke kepalanya bagai matahari berwarna oren sewakt...
FONT berwarna merah tebal, terpampang di tirai e-mel yang saya terima daripada orang yang tak dikenali. Syarikatnya beroperasi di Cheras, Kuala Lumpur, sama seperti iklan bekerja dari rumah yang perna...
Robot sudah menjadi kehadiran yang biasa dalam industri perkilangan. Tidak dinafikan bahawa robot-robot di kilang telah membuat aktiviti perkilangan menjadi semakin senang, membolehkan pengeluaran pro...
Admin telah menggunakan perisian ini lebih dari 7 tahun dan ianya betul-betul memuaskan. Sekarang ni pun admin masih lagi menggunakannya utk domain http://majalah.me, http://jpjkpptest.com dan lain-la...
Sejarah dunia penuh dengan misteri yang mengejutkan. Tiada seorang pun daripada kita akan hidup cukup lama untuk melihat semua misteri diselesaikan. Tetapi ia sentiasa menarik untuk melihat beberapa p...
Kecelakaan besar menimpa seluruh umat Islam apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bakal mengumumkan peralihan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.Bahaya sekali tindakan T...
Planet bumi kita sentiasa menghasilkan sesuatu mengejutkan manusia seperti ia memaparkan bunga api, ikan-ikan yang berkilauan, gunung-ganang yang besar dan macam-macam lagi. Kami menyediakan gambar-ga...
Jika anda memikirkan betapa banyak perkara pelik dan luar biasa yang terdapat di dunia tetapi tidak merasakan keajaiban kewujudannya. Anda mungkin telah bosan untuk hidup barangkali, tetapi kami pasti...
Joomla! adalah sistem pengurusan kandungan percuma dan sumber terbuka (CMS) untuk menerbitkan kandungan laman web. Selama bertahun-tahun Joomla! telah memenangi beberapa anugerah. Ia dibina di atas ra...

Teknologi

Fakta

Filem