Skim dari kayangan

FONT berwarna merah tebal, terpampang di tirai e-mel yang saya terima daripada orang yang tak dikenali. Syarikatnya beroperasi di Cheras, Kuala Lumpur, sama seperti iklan bekerja dari rumah yang pernah saya baca dalam sebuah akhbar Cina. Iklan yang sama turut mendapat perhatian beberapa ahli eHomemakers yang mengadu dalam forum laman sesawang kononnya iklan tersebut merupakan scam.

Sebuah lagi e-mel muncul dalam peti masuk berbunyi: Jana pendapatan pasih! Duduk rumah dan biarkan duit datang bergolek! Orang-orang bodoh sahaja perlu bekerja keras. Orang yang bijak mengikuti skim kami dan biar orang lain bekerja untuk anda! E-mel yang saya terima tersebut berbau skim piramid yang mempunyai tanda-tanda yang begitu jelas: Jaminan keuntungan yang tinggi melangit kepada ahli untuk usaha yang kecil, pembeli dan penjual merekrut pembeli yang baru manakala penjual perlu melebarkan sayap mengembangkan skim mereka.

Secara tidak langsung barangan dijual lebih mahal daripada kedai! Saya pelik! Kononnya, syarikat beroperasi secara sah dengan jaringan antarabangsa terbesar, tetapi mereka masih menggunakan e-mel percuma Yahoo! daripada menggunakan e-mel syarikat kepunyaan sendiri!

Sebuah lagi e-mel terselit dalam peti masuk. Kandungan e-mel itu berterima kasih kerana saya telah menjawab iklan pekerjaan walaupun saya tak membuat apa-apa permohonan kerja sejak lima belas tahun lepas! Dalam kandungan e-mel ter-sebut, ia turut memberi peluang kepada saya untuk bekerja dari rumah dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Hanya memerlukan sebuah komputer yang mempunyai talian Internet, akaun e-mel yang sah, sedikit kemahiran menggunakan Internet dan kebolehan menaip paling minimum.

Saya boleh pilih untuk bekerja secara sepenuh masa atau secara sambilan. Oleh kerana saya bakai ditawarkan menerima kerja dengan berjuta pelanggan di seluruh dunia, saya boleh bekerja bila-bila masa saya suka. Tugas saya hanya memproses data yang akan diterangkan secara terperinci dalam 'modul latihan'. Tiada sasaran diletakkan, buat sebanyak mana yang mampu! Tapi, ada suatu syarat: Bayar RM300 dulu untuk modul latihan!

Jelas, saya telah menerima e-mel scam kerana perlu membayar wang untuk dapat kerja. Selepas wang dihantar, tiada sebarang maklum balas daripada syarikat berkenaan. Nah, kalau seorang mangsa yang terkena, bayangkan berapa banyak penyangak ini peroleh jika seratus orang mangsa yang membayar modul latihan sebanyak RM300. Siapa sebenarnya yang dapat pendapatan secara pasif?

Saya turut menerima e-mel scam syarikat loteri dari Amerika dan negara-negara dari Eropah, kononnya saya menang cabutan pertama. Selain itu, saya turut menerima surat daripada kanak-kanak, para ibu, perempuan simpanan, pengawal keselamatan, setiausaha sulit presiden, perdana menteri, menteri kewangan dan institusi kewangan dari serata dunia, meminta bantuan saya untuk memindahkan wang mereka keluar negara tanpa pengetahuan sesiapa.

Sekiranya saya setuju dan memberi nombor akaun bank saya, serta sejumlah deposit untuk 'melicinkan urusan', saya bakal memperoleh sagu hati yang iumayan. Wah, saya boleh jadi kaya-raya kalau respons semula semua benda ni!

Perkara pertama yang saya buat pagi-pagi apabila buka e-mel ialah membuang semua scam. Saya hanya membuka e-mel berkenaan bekerja dari rumah. Saya cukup teruja kempen bekerja dari rumah kerana perkembangan sektor ini sungguh menarik hati saya termasuklah semua scams. Kebiasaannya, penipu-penipu ini menyasarkan golongan yang bekerja dari rumah dengan menawarkan kerja menaip dan kerja-kerja yang berkaitan envelop-stuffing.

Modus operandi mereka mudah, mereka minta mangsa membayar manual dan beli barang-barang seperti sampul surat dan kertas, taip hasil kerja tadi dan masukkan ke dalam sampul surat. Kemudian, pos hasil kerja tadi ke alamat yang mereka sertakan. Selepas itu, tiada sebarang bayaran yang diterima. Sebab inilah mereka tak perlukan sebarang pengalaman kerja!

Ramai rangkaian eHomemakers.net telah ditipu bertahun-tahun lamanya sungguhpun telah sering kali kami memberi amaran. Orang kita cenderung untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Kita perlu berjaga-jaga dalam setiap langkah dengan berfikir menggunakan akal untuk mencegah danpada ditipu hidup-hidup. Dunia bekerja dari rumah yang sebenar tidak berani memberi jaminan memperoleh pendapatan yang pasif dengan cepat.

Mereka memerlukan pekerja yang berpengalaman dan latihan yang sebenar. Mereka juga tidak melakukan spam ke dalam peti masuk e-mel dan menawarkan sagu hati yang lumayan. Baru-baru ini, seorang pengasas rangkaian bekerja dari rumah merayu kepada saya untuk menyertai skim membina laman sesawang. Saya tidak tahu dari mana dia dapat nombor telefon saya. Sebagai seorang ahli, saya perlu membina laman sesawang untuk diri sendiri tapi untuk jana pendapatan, perlulah merekrut orang. Dia mendakwa kononnya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang sosiologi daripada sebuah universiti berprestij di Amerika.

Sungguhpun begitu perbendaharaan bahasa Inggerisnya begitu tenik semasa kami berbual menerusi telefon, dia asyik bercerita tentang ramai orang yang dah dapat duit dengan cara kerja sebegini.

"You want to drive Mercedes or not? Join-lah! So easy to make money. You don't do anything, just call and meet people only!" katanya.

"Apa dah jadi dengan pembinaan laman sesawang?" saya bertanya. "Kamu dah bayar, bukan? Tahu tak HTML?"

"What is that? Do later-loh! Make money first! We talk. money, not funny tink!"

Berkali-kali saya menasihatinya. Saya turut bercerita tentang orang yang saya kenali hilang banyak duit menyertai skim piramid yang hampir sama saja bentuknya.

Saya bertanya lagi, berapa banyak wang yang dia peroleh dari sistem yang dibinanya itu? Mula-mula dia marah, tapi selepas berbual panjang, dia mula membuka mulut dan bercerita hal sebenar: Rupa-rupanya, ijazah kedoktoran yang dimilikinya merupakan sijil palsu yang dibeli dengan harga RM100. Sijil itu dibuat di Kuala Lumpur, ia bukanlah dari universiti berprestij Amerika.

Dia menyangka dengan menjaja Ph.D palsu, dia boleh merekrut lebih ramai orang untuk bernaung di bawah rangkaiannya. "Buat duit cara begini dipanggil 'menipu'," saya mengingatkannya dengan cara yang lembut. Akhirnya dia menjadi semakin layu, sudah berminggu-minggu dia tidak dapat merekrut orang baru. Dia tidak berjaya memperoleh RM10,000 sebulan seperti yang digembar-gemburkan oleh skim yang disertainya tadi.

Dia begitu terdesak untuk mendapatkan semuia wang untuk membantu suaminya bayar pinjaman baru. Sejak wanita itu tidak bekerja selama lima belas tahun, skim itu seakan hadiah dari kayangan. Apabila perbualan telefon kami berada di penghujung, nada suaranya bertukar sebak. Dia tidak mahu memberi nombor telefon bimbitnya kerana bimbang saya akan melaporkan pada pihak berkuasa.

Saya mengeluh sebaik saja meletakkan gagang telefon. Seorang ahli falsafah China kuno, Lao Tze pernah berkata: "Perjalanan seribu
batu bermula dengan langkah pertama!" Kalau wanita itu mahu kemewahan, dia perlu memulakan langkah pertama - belajar skil yang baru. Kalau dia tipu orang lain untuk dapatkan wang, dia langsung tidak mengambil apa-apa langkah untuk mengecap kemewahan!

Trivia:

  • Font - Set lengkap satu saiz dan jenis huruf-huruf untuk imej aksara.
  • Scam - Colloq (komplot). Skema penipuan perniagaan.
  • Spam - Mesej komersial yang tidak disangka-sangka memasuki ke dalam peti masuk e-mel tanpa kebenaran pemiliknya.
  • HTML -  Singkatan Hyper Text Markup Language, bahasa dominan untuk laman web.
Hebatnya tentera nyamuk
Skone Eropah vs Biskut Butter Madu Amerika
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

BATIK MAKIN UNIKBatik adalah salah-satu cabang seni penghasilan kain dalam industri tekstil. Batik telah menjadi warisan Negara Malaysia. Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, khususnya negeri Ke...
Setiap hari, kebanyakan manusia menggunakan minyak wangi. Di Amerika Syarikat sahaja, pasaran minyak wangi mendatangkan jualan tahunan berjumlah berbilion-bilion dolar.Siapa sangka, teks kuno dan peng...
Kisah ini terjadi pada tahun 2010 dimana ketika itu umurku 25 tahun. Aku seorang lelaki berasal dari pantai timur yang merantau jauh dari keluarga untuk mencari rezeki di Klang Selangor. Aku menyewa s...
Planet bumi kita sentiasa menghasilkan sesuatu mengejutkan manusia seperti ia memaparkan bunga api, ikan-ikan yang berkilauan, gunung-ganang yang besar dan macam-macam lagi. Kami menyediakan gambar-ga...
Terdapat lebih satu bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia pada masa ini. Walaubagaimanapun tidak semua yang tahu fungsi-fungsi WhatsApp secara keseluruhan kerana tidak mengetahuinya. Di sini kami ...
Coca-Cola merupakan salah satu jenama minuman yang besar dan terkenal di dunia. Lebih daripada 1.9 bilion hidangan minuman dinikmati lebih daripada 200 buah negara setiap hari. Samada anda merupakan s...
CITA-CITA harus ada asasnya. Cita-cita bukan halusinasi, ia harus ditunjangi oleh prasyarat dan pemboleh ubah tertentu. Itu pandanganku. Umpamanya jika seseorang itu berada dalam aliran Sastera yang l...
PERFUME berasal dari bahasa Latin "per" (Melalui) dan “fumum” (Asap).Zaman dahulu ketika awal muncul minyak wangi, ia diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Cara pembuatannya adalah melalui kaedah:Meneka...
Pada cuti sekolah lalu, saya membawa anak-anak menonton sekuel ketiga filem Narnia. Kami pilih panggung yang menggunakan teknik 3D. Tetapi anda tahu berapa kosnya? Jangan terkejut, untuk tiket tiga de...
Surimi pernah menjadi bahan perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (sila rujuk portal myhealth.gov.my). Hal ini berpunca daripada bahan utama dalam membuat surimi, iaitu Transglutaminase.1. Transglu...
Malam 24hb Disember 2017 penulis berada di sebuah majlis makan malam. Terdapat banyak makanan yang tuan rumah hidangkan antaranya Kari Kambing, Ayam Kurmak, Sayur Cendawan campur, Sup Ketam Surimi, ku...

Teknologi

Fakta

Filem