Skone Eropah vs Biskut Butter Madu Amerika

Rupa kedua-dua makanan ini hampir serupa cuma rasanya berlainan.

Skone adalah sejenis roti yang sering dimakan oleh orang Eropah pada waktu petang. Biasanya ia dihidangkan bersama teh, gabungan ini dinamakan sebagai Devonshire Tea atau Cream Tea. Skone berasal daripada Devon dan Cornwall. Kedua-dua daerah ini berada di England. Populariti skone tidak terbatas hanya di England, tetapi ia telah menjadi makanan asas pada waktu petang di negara-negara Commonwealth.

Oleh kerana Skone sangat terkenal di Eropah, rakyatnya menjadikan resepi skone sebagai tradisi keluarga. Hanya pakar memasak dalam sesuatu keluarga akan memegang resepi skone keluarga mereka dan ia akan diwariskan pada generasi seterusnya umpama harta pusaka kebanggaan keluarga.

Berbeza dengan Biskut Butter Madu, ia adalah sejenis roti yang dihidangkan ketika makan malam. Orang Amerika Utara (North America) memanggil roti ini sebagai biskut walaupun rupanya berbentuk seperti Skone, teksturnya gebu dan lembut, tetapi ia bukan kategori kek cawan. Biskut Butter Madu yang terkenal adalah Texas Honey Butter Biscuits. Kita yang berada di Malaysia boleh dapatkan biskut ini di mana-mana cawangan Texas Chicken.

Mungkin ada yang terlintas di minda tentang mengapa Biskut Butter Madu dipanggil biskut, sedangkan rupanya tidak seperti biskut? Sebenarnya terdapat beberapa perkataan biasa (common) di sesuatu tempat, merujuk kepada sesuatu yang lain di tempat yang berlainan. Contohnya perkataan Gerek, jika di Utara Semenanjung seperti Kedah, gerek merujuk kepada gula melaka. Manakala di Pulau Pinang, Gerek merujuk kepada basikal dan di Sarawak, Gerek bermaksud kekasih.

Kembali kita pada maksud biskut, orang-orang di Amerika Utara dan Kanada, mereka memanggil sesuatu makanan yang dibuat menggunakan tepung dana gen penaik lalu dibakar di dalam oven, teksturnya rotinya lembut dan berderai. Manakala perkataan biskut bagi negara England dan Commenwealth, merujuk kepada kepingan roti keras, kering dan rangup. Oleh itu, rakyat Malaysia sudah terbiasa berimaginasi biskut adalah biskut mengikut pandangan orang England kerana Malaysia adalah salah-sebuah negara Commonwealth.

RESEPI SKONE EROPAH

Bahan A:

2 gelas tepung, sebaiknya tepung kek

4 sudu teh serbuk penaik (bukan soda)

1/2 garam sudu teh

4 sudu mentega, pada suhu bilik

1 biji telur, dipukul ringan

3/4 cawan susu segar (atau Buttermilk)

Bahan B:

1 biji telur

Cara-cara memasak:

1.    Panaskan ketuhar hingga 400 darjah Ferenheit.

2.    Campurkan tepung, serbuk penaik dan garam dalam mangkuk.

3.    Tambah mentega dan gaul sehingga berderai menyerupai serbuk.

4.    Pukul telur secara ringan, tuangkan ke dalam cawan dan tambah susu (atau buttermilk)

Tambah cecair ini perlahan-lahan kepada bahan-bahan kering tadi. Anda harus dapat  yang adunan lembut, tetapi tidak basah atau sangat melekit.

5.    Letakkan adunan di atas papan kayu, digelek setebal 1 setengah inci (1 ½ inci). Tekan acuan bulat berukuran diameter 2 setengah inci (2 ½ inci).

6.    Letakkan doh di atas tray yang dialas kertas baking.

7.    Pukul telur (Bahan B) dan sapukan telur di atas doh menggunakan berus pastri.

8.    Bakar selama kira-kira 13 minit sehingga doh meningkat pada paras yang baik dan berwarna kuning keemasan.

9.    Ketika dihidangkan untuk makan, belah skone ditengah-tengahnya semasa ia masih panas. Sapukan butter, krim, dan jem ditengah-tengah skone.

RESEPI BISKUT BUTTER MADU AMERICA

Bahan A:

Tepung Gandum - 2 cawan *

Baking powder - 1 sudu kecil *

Cream of tartar - 1 sudu kecil *

Gula - 2 Sudu kecil

Garam - 1/2 sudu kecil

Vegetable shortening - 120g

Susu full cream - 3/4 cawan

Bahan B:

Butter - 60g

Madu - 120g

Penyediaan untuk 12 biji

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven sehingga mencecah kepanasan 200°c

2. Ayak bahan A yang bertanda *.

Masukkan semua bahan A dalam bekas kecuali susu. Ramas-ramas bahan A sehingga menjadi seperti pasir berderai. Selepas itu masukkan susu sedikit-sedikit ke dalam adunan sehingga susu habis. Uli lalu jadikan doh. Bulatkan doh kecil-kecil seperti bebola dan letakkan atas tray yang beralas kertas baking. Kemudian sapukan butter cair atas doh tadi. Boleh terus masuk dalam oven.

Bakar doh di dalam oven 200°c selama 15minit atau sehingga doh bertukar menjadi kuning emas.

3. Sementara menunggu doh dibakar, boleh buat sos madu.

Cairkan butter bersama madu di dalam periuk panas. Api perlahan. Kacau sehingga menjadi sos yang pekat .

4. Sebelum masa 3 minit terakhir membakar Honey Butter Biscuits, keluarkan tray dari oven, sapukan sos honey butter di atas doh-doh sebanyak 2 atau 3 lapis dengan pantas, kemudian sambung bakar kembali.

Disusun Oleh: Ummu Abdillah Al-Madani

Skim dari kayangan
Aku insan yang tiada cita-cita
 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Jika anda memikirkan betapa banyak perkara pelik dan luar biasa yang terdapat di dunia tetapi tidak merasakan keajaiban kewujudannya. Anda mungkin telah bosan untuk hidup barangkali, tetapi kami pasti...
Kisah ini terjadi pada tahun 2010 dimana ketika itu umurku 25 tahun. Aku seorang lelaki berasal dari pantai timur yang merantau jauh dari keluarga untuk mencari rezeki di Klang Selangor. Aku menyewa s...
Sejarah dunia penuh dengan misteri yang mengejutkan. Tiada seorang pun daripada kita akan hidup cukup lama untuk melihat semua misteri diselesaikan. Tetapi ia sentiasa menarik untuk melihat beberapa p...
Sesetengah orang berfikir jika nak tambah pendapatan melalui blogger mestilah menggunakan Google Adsense atau periklanan pada laman web kita. Sebenarnya ada cara yang lain lagi untuk jana pendapatan i...
Dahulu mudah mencari durian sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya di Petaling Street, Chow Kit, Kampung Baru dan Petalin Jaya. Beberapa tahun sebelum ini banyak juga kawasan yang menawarkan “Duria...
Sekiranya anda kehilangan cd driver komputer, anda tidak perlu risau lagi. Kini Snappy driver dapat membantu anda dengan mengesan dan menyediakan segala jenis driver untuk semua jenis komputer sama ad...
Teh adalah minuman berkafeina dan dihasilkan daripada daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis atau Camellia thea di dalam air panas dan sejuk, melalui cara rendaman atau campuran. Cara pemproses...
FONT berwarna merah tebal, terpampang di tirai e-mel yang saya terima daripada orang yang tak dikenali. Syarikatnya beroperasi di Cheras, Kuala Lumpur, sama seperti iklan bekerja dari rumah yang perna...
Dengungannya mengalahkan bunyi jet pejuang. Tentera nyamuk menggigit serata tubuh. Tentera nyamuk juga memasuki lubang hidung, telinga dan mata.Jutaan tentera nyamuk yang diarah menyerbu tentera berku...
Wahai anakku!Lihatlah ke arah burung berdada putih di atas pohon itu. Kepaknya berbulu hitam putih bagai salju di tanah hitam. Bulu dari tengkuk hingga ke kepalanya bagai matahari berwarna oren sewakt...
Dunia berubah dengan cepat dan kita bersama-sama dengannya. Malangnya, tidak semua perubahan ini adalah untuk kebaikan kita.Sesetengah orang telah menyatakan keprihatinan mereka tentang kita melalui s...

Teknologi

Fakta

Filem