Sup ketam Surimi

Malam 24hb Disember 2017 penulis berada di sebuah majlis makan malam. Terdapat banyak makanan yang tuan rumah hidangkan antaranya Kari Kambing, Ayam Kurmak, Sayur Cendawan campur, Sup Ketam Surimi, kuih-muih dan manisan. Penulis amat tertarik dengan Sup Ketam Surimi kerana baunya dan rupanya sangat memikat selera. Sambil beratur, mata penulis melihat ramai betul yang mengambil Sup Ketam Surimi sehinggakan sebelum sampai giliran penulis mengambil makanan, sup tersebut telah habis. Betapa hampanya hamba!!!

 

Surimi (Japanese: 擂り身 / すり身, merujuk kepada pes yang dibuat daripada ikan atau daging. Ia juga boleh merujuk kepada beberapa makanan di negara-negara Asia yang menggunakan surimi sebagai ramuan utama mereka seperti makanan steamboat, Yong Tau Fu dan Sushi.

Surimi boleh didapati dalam pelbagai bentuk, rasa dan tekstur, serta sering digunakan untuk meniru tekstur dan warna daging ikan, udang, kepiting (lobster),  skallop, kerang, sotong dan lain-lain seperti daging lembu dan ayam.

Pes Surimi

Produk surimi yang paling biasa di pasaran Barat adalah daging ketam tiruan. Produk ini sering dijual dengan menggunakan nama krab, atau ketam tiruan (mock crab). Di Amerika Syarikat dan negara-negara Commonwealth, surimi dijual dengan nama kepingan makanan laut (seafood sticks) seperti kepingan ketam, kepingan ikan atau kepingan makanan laut. Manakala di Negara Britain, produk surimi perlu dilabelkan sebagai “sticks” supaya tidak melanggar piawaian perdagangan dagangan mengenai pengiklanan palsu. Dijangka di Britain jika meletakkan nama tanpa “stick” akan menimbulkan kesalah-fahaman pengguna yang mungkin menganggap bahan yang digunakan adalah daripada 100% daging haiwan asli. Mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kandungan isi ikan di dalam bebola ikan dan kek ikan hendaklah tidak kurang daripada 50% daripada jumlah berat.

Sejarah industri surimi dipelopori oleh negara Jepun pada tahun 1960. Ia diwujudkan sebagai perkembangan teknologi dalam perikanan. Pada tahun 1969, Nishitani Yosuke daripada Institut Eksperimen Perikanan Hokkaido telah memperbaiki teknologi pembuatan surimi untuk menghidupkan semula industry ikan negara Jepun dan memanfaatkan industri “ikan pakan”.

Sebetulnya industri surimi sangat bermanfaat kerana ia dapat mempelbagaikan pasaran makanan berasaskan haiwan kerana ia dapat mengurangkan pembuangan haiwan mentah yang tidak tahan lama kesegarannya. Melalui teknologi ini, pembaziran seharusnya tidak berlaku.

Menyedari manfaat surimi, negara-negara selain Jepun, seperti Amerika syarikat, Thailand, Lithuania, Vietnam, Chile, Kepulauan Faroe, Perancis, dan Malaysia menjadikan ia sebagai salah-satu industri untuk meningkatkan ekonomi masyarakat.

Di Malaysia, hasil surimi adalah seperti:

  • Bebola ikan (fish ball)
  • Jejari ketam (crab stick)
  • Nugget ikan (fish nugget)
  • Kek ikan (fish cake)
  • Bebola sotong

Antara bahan-bahan asas membuat surimi adalah:

  1. Isi ikan
  2. Kanji
  3. Garam
  4. Minyak sayur
  5. Protein soya
  6. Transglutaminase
  7. Protein whey
  8. Bahan perisa makanan seperti monosodium glutamate (MSG)
  9. Bahan pemanis seperti sorbitol, sukrosa, glukosa dan polifosfat digunakan untuk memberi rasa manis bagi produk surimi. Keperluan ramuan ini adalah mengikut jenis produk surimi yang ingin dihasilkan dan mengikut kepada permintaan pasaran.

Surimi Scallop

Surimi Udang Karang

Surimi Ketam

Surimi Kerang

Surimi Ikan

Surimi Udang

Surimi Sotong

Sumber rujukan:

  1. http://www.myhealth.gov.my/ramuan-kritikal-dalam-produk-surimi/
  2. "World Surimi Market", by Benoit Vidal-Giraud and Denis Chateau, Globefish Research Programme, Volume 89, April 2007
  3. The Evolution of the Surimi-Making Process (1961/1970/current) (in Japanese)
  4. "Nutrient data for 15109, Fish, surimi". National Nutrient Database for Standard Reference. Release 25. United States Department of Agriculture. 9 October 2012. Retrieved 5 May 2013.
  5. 使用硼砂替代品吃得更安心, 彰化縣衛生局 (Changhua county health bureau), 2008-09-04
Loteri dulu, loteri sekarang
Kelly masih berkeliaran

Artikel Berkaitan

 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Sesetengah orang berfikir jika nak tambah pendapatan melalui blogger mestilah menggunakan Google Adsense atau periklanan pada laman web kita. Sebenarnya ada cara yang lain lagi untuk jana pendapatan i...
21.12.12 telah pun lama berlalu. Jelaslah kiamat sebagaimana diuar-uarkan oleh media Barat tidak berlaku. Hakikatnya kiamat pasti akan berlaku tetapi manusia tetap tidak tahu bila ia akan tiba.Terbukt...
Malam 24hb Disember 2017 penulis berada di sebuah majlis makan malam. Terdapat banyak makanan yang tuan rumah hidangkan antaranya Kari Kambing, Ayam Kurmak, Sayur Cendawan campur, Sup Ketam Surimi, ku...
Robot sudah menjadi kehadiran yang biasa dalam industri perkilangan. Tidak dinafikan bahawa robot-robot di kilang telah membuat aktiviti perkilangan menjadi semakin senang, membolehkan pengeluaran pro...
Facebook Messenger telah membuat banyak peningkatan sejak setahun yang lalu dan kini anda boleh menghantar gambar resolusi tinggi ke senarai. Bermula hari ini, Facebook melancarkan keupayaan untuk men...
Sejarah dunia penuh dengan misteri yang mengejutkan. Tiada seorang pun daripada kita akan hidup cukup lama untuk melihat semua misteri diselesaikan. Tetapi ia sentiasa menarik untuk melihat beberapa p...
Planet bumi kita sentiasa menghasilkan sesuatu mengejutkan manusia seperti ia memaparkan bunga api, ikan-ikan yang berkilauan, gunung-ganang yang besar dan macam-macam lagi. Kami menyediakan gambar-ga...
Admin telah menggunakan perisian ini lebih dari 7 tahun dan ianya betul-betul memuaskan. Sekarang ni pun admin masih lagi menggunakannya utk domain http://majalah.me, http://jpjkpptest.com dan lain-la...
Dalam tempoh yang singkat, terkenal pada musim panas yang lepas, Pokémon Go mencapai kedudukan yang tertinggi dalam carta permainan telefon bimbit. Ia memberi kesan ketagihan, kegembiraan, kecederaan ...
Rupa kedua-dua makanan ini hampir serupa cuma rasanya berlainan.Skone adalah sejenis roti yang sering dimakan oleh orang Eropah pada waktu petang. Biasanya ia dihidangkan bersama teh, gabungan ini din...
Kisah lorworth Hoare, perogol bersiri yang dihukum penjara seumur hidup dan memenangi hadiah loteri tujuh juta pound (RM49 juta) pada ketika dahulu adalah sebuah cerita yang menakutkan. Bukannya nak b...

Teknologi

Fakta

Filem