Takkan ini pun salah!

Kembang kempis hidung Abdul Ghani Ali apabila tercium bau busuk daripada tong sampah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang diselongkar. Satu per satu beg hitam yang bertimbun itu dikirai-kirainya. Tapi Abdul Ghani belum berpuas bati dengan hasil yang diperoleh. Tangannya terus menyeluk sampah yang berada jauh di lapisan bawah.

Bersusah payah Abdul Ghani menarik plastik yang tersepit di bawah timbunan sampah-sampab itu. Kadang-kadang beg yang diikat kemas seperti itu perlu dibuka dan diperiksa. Mungkin di dalamnya mengandungi benda-benda berharga. Entah ada kotak, tin minuman atau besi buruk yang bernilai untuk dijual.

"Hisssyyy, apa ni? Alamak pampers... taikkkkkkkk!" dengus Abdul Ghani.

Selamba saja Abdul Ghani melemparkan benda tak berguna itu ke suatu sudut. Kalau setakat pampers bayi tidaklah dia geli-geleman. Abdul Ghani menarik satu lagi plastik hitam. Rongga hidungnya sudah tercium aromanya yang menikam-nikam. Baunya bukan main hamis. Macam bau bangkai.

UWEKKKKKKKKKK!!!!

Patutlah baunya pengor betul! Kalaulah tak biasa, pasti muntah-lewah. Rupa-nya tuala wanita. Tuala yang berjejeran dengan air berwarna merah itu dibalingnya ke tepi. Abdul Ghani menggagau lagi. Dia menarik satu lagi beg ke timbunan paling atas untuk melihat isinya. Entah ada tembaga atau besi buruk. Baru hendak meraba-raba dia terpegang sesuatu yang lembik.

EEEEEEEEEEEE!!! PHUIIIIIIIIIII!!!

“Tahi kucing...” Abdul Ghani meludah.

Geli-geleman juga Abdul Ghani walaupun sudah lali dengan bermacam-macam kotoran dalam tong sampah DBKL itu. Kalau ikutkan hati tak tertahan Abdul Ghani menahan gelodak perutnya. Mahu saja dia tinggalkan sampah sarap itu. Tapi kalau tak cari sampah, apa kerja yang hendak dibuatnya?

Hendak berniaga kedai runcit pun modalnya tak kurang RM100 ribu. Memang dia minat berniaga. Bukan sekali, bukan dua kali Abdul Ghani mengikuti kursus usahawan malangnya apabila dia memohon bantuan, tak ada siapa melayan. Sekarang dia dah serik. Nak pinjam bank, mereka mahukan cagaran. Kalau dah ada tanah bernilai ratusan ribu, buat apa nak pinjam? Pasal tak ada duitlah nak buat pinjaman!

Apa lagi, baiklah cari sampah. Tak ada siapa nak kacau. Modalnya cuma guna pancaindera. Kalau kuat bekerja dan rajin, dapatlah duit. Sedang asyik mencari sampah, Abdul Ghani ternampak ada beberapa orang penduduk menjinjing plastik sampah. Alamak! Malu juga kalau orang nampak. Mukanya ramai sangat yang kenal di Kampung Pandan.

Lebih baik dia menyorok dulu. Kalau tidak nanti banyak sangat soalannya. Kenapa duduk dalam tong sampah. Buat apa menggagau sampah sarap? Dah tak ada kerja lain ke? Padahal kalau dia tak ada duit siapa yang pernah tanya?

PRAMMMMMMMMMM!!!

PRAMMMMMMM!!!

Dua tiga buntil plastik sampah dibaling ke arah tempat Abdul Ghani sedang menyorok. Salah satu beg itu betul-betul menghempap kepalanya. Tapi tiada objek keras dirasa mengenainya. Hanya Abdul Ghani tercium bau hanyir. Air yang masih meleleh-leleh itu membasahi badannya.

PHUIIIIIIIII!!!!

Abdul Ghani meludah beberapa kali. Apabila diperiksa plastik itu mengandungi perut ayam, perut ikan dan bermacam-macam sampah sarap yang busuk-busuk belaka. Tak mengapa. Biarlah sekarang dia mandi dengan air najis sekalipun atau terpegang najis, terkena air kencing, terpegang bangkai, itu tidak mengapa. Bila habis kerja nanti Abdul Ghani mandi dan basuh badannya sebersih-bersihnya. Kalau nak hidup senang kena bersusah-susah dulu. Abdul Ghani memujuk hatinya. Suatu hari nanti dia akan buktikan.

Abdul Ghani menggagau lagi. Dia mencari apa saja barang-barang yang berguna. Tak kiralah kertas, botol, kotak, tin, besi dan tembaga. Pagi itu banyak juga hasil yang diperolehnya. Ada sebeban kertas dan kotak. Itu semua duit belaka! Sekilo kotak berharga 20 sen. Duit punya pasal tidak mengapa. Busuk pun busuklah! Abdul Ghani meletakkan tin-tin minuman dalam sebeg plastik. Tin pun duit. Tin sekilo RM3.00. Kalau dapat sepuluh kilo sehari dah RM30. Kaya! Aku kaya! bisik Abdul Ghani.

Tapi susah juga dia hendak mencari tin sebanyak itu. Ramai lagi pemburu tin sepertinya. Orang lain pun nak cari makan juga. Setelah hampir sejam mencari bahan-bahan terpakai di situ Abdul Ghani melompat turun dengan memikul guni yang sudah diisi dengan pelbagai barang bernilai untuk dijual. Dia meletakkan barang-barang tersebut ke dalam raga motosikalnya.

Kotak-kotak tersebut diikat di belakang motosikal buruknya. Abdul Ghani mengumpul barang-barang tersebut di kawasan lapang di Kampung Pandan. Selepas barang-barang itu dikumpulkan setempat Abdul Ghani melonggokkan di suatu kawasan lapang sebelum dijual kepada tauke besi buruk. Esok Abdul Ghani masuk lagi ke dalam tong sampah DBKL mencari rezeki. Berkat kerajinannya hasil yang diperoleh lumayan juga. Dapatlah dia menyara keluarganya.

Selepas enam bulan asyik menyelongkar tong sampah, Abdul Ghani mendapat idea - membeli barang-barang terpakai pula. Bermodalkan RM300 dia menjadikan kawasan lapang di Kampung Pandan, Kuala Lumpur untuk beroperasi. Ramailah orang perseorangan, syarikat tertentu yang datang untuk melupuskan barangan mereka. Hari ke hari perniagaan Abdul Ghani semakin maju. Bermula dengan seorang kini dia sudah ada enam pekerja termasuk anaknya, Faizal, 22.

Kini sebahagian besar kerja-kerja mengasingkan bahan-bahan lusuh seperti kotak-kotak, barangan elektrik yang rosak, pelbagai plastik dan sebagainya diserahkan kepada Faizal menguruskannya. Abdul Ghani hanya terlibat dengan kerja-kerja menghantar barang-barang lusuh ke kilang-kilang besi buruk di Sungai Besi. Setelah memperoleh sedikit kejayaan dia kini cukup kesal kerana sudah ada pihak yang cuba mengacau perniagaannya yang baru nak berkembang. Ada-ada saja alasan pihak yang tak senang dengannya.

"Bila dah maju mulalah nak ganggu. Ada orang datang kata, salah ni bang... kena ada lesen... Saya jawab balik, dulu saya masuk tong sampah tak ada siapa nak peduli. Pernah tangan saya pecah kena ketuk masa nak keluarkan tembaga. Tak ada siapa tanya. Mengapa masa tengah merangkak tak ada siapa nak menyibuk!"

"Saya anak jati Kam-pung Pandan! Lahir dan besar di sini. Jangan kacau orang Melayu baru nak bertatih berniaga. Orang lain dah lama kaya-raya. Bila lagi anak bangsa nak maju kalau asyik ditenyeh. Tak bantu pun tak apalah, janganlah dipijak-pijak! Saya bukan nak minta wang ringgit, cuma tolong jangan ganggu! Saya tak beli barang curi."

"Saya berniaga nak cari rezeki halal. Takkan itu pun salah?" soal Abdul Ghani geram.

Kelly masih berkeliaran
Ramalan hari kiamat bohong

Artikel Berkaitan

 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Sejarah dunia penuh dengan misteri yang mengejutkan. Tiada seorang pun daripada kita akan hidup cukup lama untuk melihat semua misteri diselesaikan. Tetapi ia sentiasa menarik untuk melihat beberapa p...
Anda tahu tentang Roselle? Roselle ialah sejenis bunga daripada keluarga Malvaceae. Ia adalah salah-satu daripada kumpulan Bunga Raya. Nama botanikalnya ialah Hibiscus sabdariffa L. Di negara – negara...
Dalam tempoh yang singkat, terkenal pada musim panas yang lepas, Pokémon Go mencapai kedudukan yang tertinggi dalam carta permainan telefon bimbit. Ia memberi kesan ketagihan, kegembiraan, kecederaan ...
Malam 24hb Disember 2017 penulis berada di sebuah majlis makan malam. Terdapat banyak makanan yang tuan rumah hidangkan antaranya Kari Kambing, Ayam Kurmak, Sayur Cendawan campur, Sup Ketam Surimi, ku...
Biasanya, kita dengan mudah melihat pemuzik, pengarah, dan pelakon yang mempunyai tabiat buruk sebagai perkara seharian. Mereka adalah orang yang kreatif. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada ...
Sekitar musim luruh 1979, penduduk Liverpool di England gempar dengan cerita aneh membabitkan seorang lelaki, Frank Haines, 56. Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang selepas menziarahi i...
Kembang kempis hidung Abdul Ghani Ali apabila tercium bau busuk daripada tong sampah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang diselongkar. Satu per satu beg hitam yang bertimbun itu dikir...
Ia adalah fakta yang diketahui bahawa wanita hidup lebih lama daripada lelaki. Sekiranya anda tidak pernah fikirkan tentang sebab-sebab fenomena ini, kompilasi foto lucu dari kami akan menerangkan ban...
Raymond "Red" Reddington, bekas pegawai perisikan angkatan tentera laut AS yang telah menghilangkan diri lebih dua puluh tahun lalu kini menjadi salah satu daripada sepuluh pelarian paling dikehendaki...
Hidup ni kita kenalah mempunyai perasaan. Kalau tidak ada perasaan, sila meninggal. Kami di sini menyenaraikan beberapa kelakuan yang boleh memberikan kita rasa seronok, gembira, lega, tenang dan seum...
Setiap hari, kebanyakan manusia menggunakan minyak wangi. Di Amerika Syarikat sahaja, pasaran minyak wangi mendatangkan jualan tahunan berjumlah berbilion-bilion dolar.Siapa sangka, teks kuno dan peng...

Teknologi

Fakta

Filem