Wangian orang-orang zaman dahulu

Setiap hari, kebanyakan manusia menggunakan minyak wangi. Di Amerika Syarikat sahaja, pasaran minyak wangi mendatangkan jualan tahunan berjumlah berbilion-bilion dolar.

Siapa sangka, teks kuno dan penggalian arkeologi menunjukkan penggunaan minyak wangi telah digunakan dalam beberapa tamadun manusia terawal.

Pada tahun 2003, ahli-ahli Arkeologi telah menemukan kawasan pembuatan minyak wangi, dipercayai paling awal dapat dikesan setakat in. kawasan pembuatan minyak wangi itu berukuran sepanjang 300 meter persegi, dianggarkan berusia 4,000 tahun. Terdapat  hamper 60 perkakas membuat minyak wangi termasuklah mangkuk pengadun, alat sulingan serta botol-botol mengisi minyak wangi.

Telah didapati bahawa manusia purba membuat minyak wangi dari sumber tumbuhan herba dan rempah-ratus. Antaranya ialah Almond, ketumbar, resin pohon Konifer, Bergamot, Myrtle dan bunga-bungaan.

Pada abad ke-9, ahli kimia bangsa Arab yang terkenal iaitu Al-Kindi (Alkindus) telah menulis sebuah buku bertajuk “Parfum dan Penyulingan”. Al-Kindi telah mencatatkan lebih daripada seratus resipi untuk membuat minyak wangi, salap (salves) , cecair aromatik, dan pengganti dadah.

Ahli kimia yang lahir pada tahun 890 masihi di Parsi yang bernama Ibnu Sina (Avicenna) memperkenalkan proses pengekstrakan minyak dari bunga melalui penyulingan. Beliau memulakan eksperimennya dengan menggunakan Bunga Mawar. Sebelum penemuan Ibnu Sina ini, dunia ketika itu membuat minyak wangi menggunakan herba dan serpihan kelopak-kelopak bunga. Kerana ekstrak Bunga Mawar berbau harum dan lembut, ia telah menjadi popular sekelip mata.

Orang Kuno Greek menggunakan minyak wangi ketika upacara sembahyang. Mereka mendidihkan bunga-bungaan atau herba di dalam air. Kemudian mencampurkan air wangian tersebut ke dalam minyak zaitun. Minyak zaitun wangi itu kemudiannya disental pada kulit tubuh. Orang Kuno Greek sangat meraikan minyak wangi dalam kehidupan harian mereka sebagai tanda kekayaan, status, sambutan (hospitality), berkuasa mistikal, spiritual dan godaan. Antara bunga yang digunakan oleh orang kuno Greek ialah bunga Iris, Mawar, Lili dan Seri Pagi. Manakala jika menggunakan herba untuk membuat minyak wangi, mereka menggunakan Marjoram (Origanum), Sage (Salvia Officinalis) dan ketumbar.

Orang Mesir Kuno menganggap minyak wangi adalah simbol seseorang itu adalah sangat kaya. Telah dikatakan bahawa Raja Firaun selalu mengarahkan 20 budak pekerja membawa besen berisi minyak-minyak wangi berasal dari Saffron, Mohabshi (Myrrh - Commiphora) dan bunga-bungaan lain. Tidak sampai di situ, Raja Firaun akan mengarahkan deretan unta-unta membawa kemenyan (Frankincense), Kasia, Orris, Kayu Manis dan selainnya kerana bahan-bahan ini dianggap sebagai ramuan wangian.

Orang Kuno Babylon dan Syria menggunakan minyak wangi secara berleluasa. Mereka menganggap minyak wangi sebagai sumber perubatan dan juga keluhuran. Ketika pertabalan di-raja, minyak wangi 15 jenis direnjis pada raja sedang yang ditabalkan. Bunga-bunga yang biasa digunakan oleh orang Kuno Syria adalah Bunga Lili, Saffron, Amaracus (Marjoram), Spikenard (Keluarga Daisi) dan Kayu Manis. Dicatakan bawaha 200 dayang perempuan membawa bekas emas berisi minyak wangi untuk upacara pertabalan Raja Antiochus, di zaman Syria kuno.

Orang Kuno Selatan dan Tengah Amerika menggunakan minyak wangi untuk menghalau pelbagai binatang terutamanya binatang terbang dan makhluk perosak tanaman.Mereka menggunakan tumbuhan Osage Jingga (Maclura Pomifera), Pokok Sedar (Cedar) dan Pokok West Indian Crab untuk membuat minyak wangi.

Orang Indian Kuno yang tinggal di Selatan Amerika menggunakan kulit Bawang Merah dan Biji Bawang Putih sebagai minyak wangi untuk badan mereka. Mereka menyemburkan minyak wangi bawang ini untuk menjauhkan binatang-binatang hinggap. Bagi Orang Indian Kuno, kedua-dua jenis bawang ini adalah komoditi yang sangat berharga.

Dapatkah minda anda mencipta daya bayangan bagaimana bau-bauan orang-orang Kuno?

Sungguh berbeza bukan bau-bau mereka daripada minyak wangi yang kita gunakan sekarang ……..!

Sumber Rujukan:

  1. A Guide To The History Of Perfume, Sims Press (October 4, 2011).
  2. Pharmacographia Indica (1891 edition), London.
  3. Guo, R; Canter, PH; Ernst, E (2006). "Herbal medicines for the treatment of rhinosinusitis: A systematic review". Otolaryngology--head and neck surgery : official journal of American Academy of Otolaryngology-Head and Neck Surgery. 135 (4): 496–506.
  4. Sedycias Roberto, Article “Perfumes in Ancient Greece.”.

Disusun oleh: Ummu Abdillah Al-Madani

Pengurusan sisa coklat
Perfume dan asal usulnya

Artikel Berkaitan

 

Ikuti Kami Di Facebook

Artikel Pilihan

Filem ini mengisahkan tentera laut Amerika Syarikat membangunkan projek penerbangan untuk menangani pengganas antarabangsa dan musuh-musuh negara dengan cepat dan senyap, dan pengurus projek Kapten Ge...
Joomla! adalah sistem pengurusan kandungan percuma dan sumber terbuka (CMS) untuk menerbitkan kandungan laman web. Selama bertahun-tahun Joomla! telah memenangi beberapa anugerah. Ia dibina di atas ra...
Kertas, gam dan bakat. Ini adalah kombinasi yang digunakan oleh artis Jepun Manabu Kosaka untuk membuat jam tangan replika yang sempurna. Kerja itu sangat teliti dan lengkap. Pencapaian terbesar Kosak...
Dunia berubah dengan cepat dan kita bersama-sama dengannya. Malangnya, tidak semua perubahan ini adalah untuk kebaikan kita.Sesetengah orang telah menyatakan keprihatinan mereka tentang kita melalui s...
Singapura adalah sebuah negara yang sangat mementingkan kebersihan dan mempunyai undang-undang yang ketat. Walaupun ia sebuah negara yang kecil ia adalah negara yang stabil ekonomi berbanding dengan n...
Dahulu mudah mencari durian sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya di Petaling Street, Chow Kit, Kampung Baru dan Petalin Jaya. Beberapa tahun sebelum ini banyak juga kawasan yang menawarkan “Duria...
Sesetengah orang berfikir jika nak tambah pendapatan melalui blogger mestilah menggunakan Google Adsense atau periklanan pada laman web kita. Sebenarnya ada cara yang lain lagi untuk jana pendapatan i...
Kecelakaan besar menimpa seluruh umat Islam apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bakal mengumumkan peralihan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.Bahaya sekali tindakan T...
Biasanya, kita dengan mudah melihat pemuzik, pengarah, dan pelakon yang mempunyai tabiat buruk sebagai perkara seharian. Mereka adalah orang yang kreatif. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada ...
Pada tahun 2043, pengkhianat James Cole (Aaron Stanford) telah direkrut oleh pasukan saintis "Project Splinter" yang diketuai oleh ahli fizik Katarina Jones (Barbara Sukowa) untuk menghantar kembali k...
Serpihan gelas susah nak lupus. Telah didapati gelas masih belum terlupus walaupun berusia 3000 tahun! manakala plastik pula mengambil masa selama 500 tahun untuk terurai. Bahan kimianya akan mencemar...

Teknologi

Fakta

Filem